27 x Forever Mine

214 12 7
                                    

"Sekejap je dah habis vacation kita." Nabila membelek gambar yang diambil. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat masing-masing.

"Lain kali kita buat lagi, okay?" Iqbal yang baru selesai membersihkan diri menjawab sambil mengeringkan rambutnya. Percutian yang melelahkan namun memberi seribu satu makna. Sekarang mereka semua sedang bersiap untuk pulang.

Nabila hanya mengangguk. Dia terus membelek galerinya satu-persatu. Jarinya terhenti apabila tiba di satu gambar yang memaparkan Zulqarnain bermain bersama si kembar. Namun bukan kanak-kanak itu yang menarik perhatiannya kini. Tumpuan Nabila difokuskan kepada kelibat ayah dan anak yang sedang bersembang mesra di penjuru gambar.

"Abang, Bella rasa..."

"Rasa?" Iqbal mengangkat sebelah kenjngnya

"Tak ada apa-apalah." Nabila kembali mengemas beg mereka. Telefon diketakkan ke tepi. Tidak mahu hasutan negatif merasuk fikiran. Namun, langsir yang terbuka menampakkan kelibat kakak dan ayahnya sedang menghabiskan masa di pinggir pantai.

Sejujurnya, Nabila rasa gembira sekali dengan percutian kali ini di mana semua kenalan rapatnya juga turut serta meluangkan masa. Namun, tujuan asal percutian ini ialah merapatkan jurang antara mereka semua, terutamanya Nabila dengan insan yang sudah hilang selama hampir 20 tahun.

Tetapi nampaknya hanya mereka berdua yang sememangnya sudah rapat menjadi lebih akrab. Bukanlah dia mahu dengki dengan kakaknya sendiri cuma...

Tidak berhakkah dia untuk bersama mereka berdua? Mereka sudah tinggal serunah. Pasti lebih banyak masa untuk mereka meluangkan masa bersama.

"Sayang, betul okay ni?" Iqbal yang sedang memeriksa barangan mereka berhenti menyapa apabila melihat Nabila yang sudah jauh tenggelam dalam lamunannya sendiri.

"Hah? Apa abang?" Mendengar jawapan Nabila, Iqbal mengeluh perlahan. Sah! Ada yang tak kena.

"Sayang okay?"

"Okay okay! Sorry termengelamun pula." Jawab Nabila dengan ayat yang paling Iqbal tidak akan percaya. Mahu sahaja dia membalas namun panggilan telefon dari pejabat membantutkan niatnya.

"You owe me explanation." Iqbal menunjukkan telefonnya yang berdering lalu berlalu ke beranda. Sempat dia mengerling ke arah si kembar yang masih tidur dibatas katil.

Nabila juga mengeluh. Pasti Iqbal akan menceramahinya lagi kalau diberitahu sebab dia mengelamun. Salahnya juga kerana tidak pandai mengawal emosi. Mungkin kerana sudah berdekad dibesarkan sebagai anak tunggal membuatkan dia jadi begini?

"TENUNG apa?" Terhincut bahu Hazim apabila Puan Umairah tiba-tiba yang menyergahnya.

"Ummi ni. Terkejut tau. Tengok gambar bercuti hari tu. Cantik!" Hazim yang sememangnya meminati fotografi ralit meneliti satu-persatu gambar.

"Gambar yang cantik ke, orang yang dalam tu cantik?" Puan Umaira sembunyi senyum. Bukan dia tak nampak ada satu gambar yang mencuri tumpuan Hazim.

"Mestilah dua-dua. Berani cakap tak cantik? Semua dalam ni macam singa kalau cakap tak can– hehe..." Hazim tersengih sumbing apabila melihat Puan Umaira menjelingnya kerana dirinya turut berada dalam gambar itu. Gambar itu memaparkan dia dan semua wanita yang turut serta bercuti kali ini.

"Konon tengok gambar. Padahal duk renung yang single dalam tu." Hazim tersentak.

"Saif? Eei buat apa renung dia?" Hazim buat gaya geli-geliman. Nak kata Erina, gadis itu dengarnya sudah mahu mengikat hubungan dengan pengawal peribadinya. Kira bukan bujanglah kan?

"Eleh gaharu cendana pula dia. Kamu dengan abang kamu sama je taste. Nak bagitahu. Kalau terlepas, ummi tak tahu." Selamba Puan Umaira membebel sambil meneruskan langkah ke dapur.

Forever MineWhere stories live. Discover now