39 x Forever Mine

172 18 7
                                    

Iqbal mengambil beberapa dokumen penting sebelum membawanya ke meja.

"Alif, ini fail yang paling barukan?" Alif yang sedang leka menaip mengangkat kepala.

"Ha betullah tu. Label biru. Kenapa?" Iqbal kembali menyemak. Kenapa sebelum ini figuranya berbeza?

Disebabkan hal yang berlaku sebelum ini, Iqbal kerap menyemak fail projek setiap jabatan. Sedikit sebanyak banyak perkara yang dia mampu ingat tanpa merujuk dokumen lagi termasuk segala nombor yang ada.

"Aku nak ambik kopi. Kau nak apa-apa?" Iqbal menggeleng. Dia kembali fokus.

"Ada benda yang tak kena." Iqbal menggumam sendiri.

"Tapi apa?" Jantung Iqbal mula berdegup kencang. Dia masih tak menjumpai apa yang berlaku tetapi hatinya sudah memberi tanda terlebih dahulu.

"Jangan kata Nabila dah–"

"Bal, emergency!" Secara drastik pintu pejabatnya dibuka oleh Alif. Kelihatan wajah cemas rakannya itu.

"Apa?"

"Nabila ada dekat luar!"

"Seriously?" Iqbal laju melangkah dengan senyuman lebar. Rasa rindu yang menebal terasa diubati. Namun langkahnya dihentikan oleh Alif.

"Tapi keadaan tak baik sekarang. Ayah ada dekat luar sekali." Mata Iqbal terbuntang. Adakah ini punca debaran di dadanya tadi? Laju dia berlari keluar.

Tingkat ini memang tiada pekerja lain selain barisan eksekutif. Kadang-kala ia akan digunakan untuk mesyuarat. Jadi tidak sukar dia mengagak di mana keluarganya berada.

Sampai sahaja di ruangan berdekatan lif, dia lihat Nabila baru sahaja menerobos masuk ke lif. Encik Usman dan Encik Aiman pula kelihatan sedang berada dalam situasi tegang.

Iqbal tidak pedulikan semua itu. Isterinya lebih penting. Laju dia menekan butang lif juga. Dia pasti, Nabila mahu terus pulang. Tingkat 1 ditekannya.

Terbuka sahaja pintu lif, dia disajikan dengan pertelingkahan Nabila dengan Samad. Hairan dia dibuatnya kerana isteri dan pekerjanya itu kenal baik.

"Habislah saya kalau atasan tahu, puan." Samad merintih. Tahu-tahu sahaja Nabila sudah di dalam.

"Jadi, kalau tak nak atasan tahu, bukanlah pintu! Saya nak balik." Nabila terus menggesa. Mana mungkin dia heret Aidan hanya untuk menghantar dirinya keluar.

"Tapi perlukan akses puan tadi. Macam mana puan masuk, macam itulah patutnya puan keluar. Kalau tak, rekod–"

"Buka sahajalah pintu! Lagi lama awak tahan saya, lagi cepat awak kantoi." Nabila sudah hilang kewarasan. Kejadian tadi benar-benar menguji akal dan mindanya.

"Samad, awak–" Kata-kata Nabila terhenti apabila lengannya ditarik menjauh. Samad segera menunduk apabila melihat figura di hadapannya.

"Lepaslah!" Nabila meronta. Dia tak mahu berjumpa Iqbal dengan keadaan sekarang. Sepatutnya dia bertemu lelaki itu dengan senyuman lebar di wajah, bekalan lauk tengah hari di tangan. Sekarang, keduanya hilang entah ke mana.

"Saya nak balik!" Nabila meronta dengan lebih kuat namun tiada kesiannya kepada Iqbal. Malah lelaki itu terus memeluk erat dirinya.

"Istighfar, sayang. Bertenang. Astagfirullahalazim.... Allazilailahailla... Huwal hayyul qayyum...wa atubu ilaik...." Nabila seakan tersedar. Dia memandang wajah tenang yang sudah lama tidak ditatapi.

"Abang..." Di situ juga Nabila teresak.

"Kita naik pejabat abang, okay?" Nabila menggeleng. Dia tak mahu terserempak dengan Encik Aiman.

Forever MineWhere stories live. Discover now