42 x Forever Mine

133 13 7
                                    

"SAYANG please." Nabila menggeleng. Dia tak mahu masuk campur lagi. Dia risau kalau kali ini Iqbal pula yang menghilang dari hidupnya.

"Bella tak nak. Cukup Bella hilang ayah. Bella tak nak hilang abang."

"Sayang tak hilang abang. I promise. Benda ni penting, sayang. Tolong abang." Nabila menunduk dan diam membisu buat Iqbal rasa putus harapan.

"Sebelum ni Bella ada cakap. Tapi kesannya Bella hilang ayah. Dahlah abang. Bella tak nak masuk campur hal company. Abang ubah PI ke auditor ke. Tolonglah abang." Nabila serik. Apa yang dia luahkan sebelum ini tiada yang ambil serius. Akhirnya dia yang dipersalahkan.

"Tapi kali ini abang yang tanya. Sayang tak percayakan abang?" Nabila memandang wajah resah suaminya.

"Okaylah. Abang nak tanya apa?" Nabila mengalah.

"Sayang tahukan ada transaksi meragukan dalam projek Calciyen?" Wajah Nabila berubah pucat.

"Mana ada Bella tahu apa-apa. Kenapa tanya Bella? Bukan Bella yang pegang kewangan." Terus dia berpaling membelakangi Iqbal buat lelaki itu semakin yakin dengan telahannya.

Walaupun sebelum ini Nabila menafikannya, dia yakin itulah punca Nabila tak tentu arah dahulu.

"Abang rasa ada sesuatu tak kena dengan rekod waktu tu. Dan abang yakin sayang perasan. Abang perlukan clarification sayang untuk sahkan apa yang abang fikir ni betul."

"Kan ada rekod kewangan. Kenapa tak check?"

"Rekod semua bersih. Please sayang. Abang tahu sayang tahu sesuatu. Dan sesuatu tu yang kacau emosi sayang dulu sampai Bella mengamuk dekat Nadira."

"Betul dia kacau. Dan Bella tak nak dia kacau lagi. Kita abaikan dia. Bella nak kita stay macam ni. Mungkin kesilapan teknikal waktu tu. Lagipun Bella tak tengok betul-betul pun. Memang Bella nak cari pasal dengan Nadira. Everything's going smoothly now, right? So let it be. Kita jangan buat masalah." Nabila cuba melangkah keluar bilik. Dia mahu meneguk air.

"Unfortunately no, sayang."  Kata-kata Iqbal berjaya buat langkah wanita itu terhenti.

"What do you mean?" Terus dia berpaling apabila sedar perubahan suara suaminya itu.

"I'm messed up."

"What?"

"Masalah kalau tak dibuang akarnya, tak akan hilang, sayang."

"Abang cakap apa ni?"

"Tolong abang." Nabila menatap dalam mata suaminya. Nampaknya kali ini memang sesuatu yang besar berlaku.

"PANGGIL Nadira." Awal pagi dia sudah tercongok di pejabat. Semakin disemak, semakin banyak masalah yang muncul dalam projek ini.

"Nadira dah berhenti." Kata-kata Alif berjaya menghentikan pergerakan Iqbal.

"Siapa yang luluskan? Kenapa aku tak tau?" Mustahil dia tak diberitahu hal ini. Tambah pulak, jawatan yang dipegang Nadira bukannya tanggungjawab kecil

"Ayah mentua kau. Aku pun baru tahu." Semalam, dia memcari Nadira untuk memeriksa berapa rekod kewangan sebelum ini. Bukan main terkejut dia apabila dimaklumkan hari sebelum itu gadis itu sudah meletakkan jawatan. Laju dia menyelidik kerana tahu pasti Iqbal akan menyoalnya juga.

"Ayah?"

"Ya. Asal? Kau ada bapak mertua lain ke?" Serta-merta Alif menerima jelingan maut dari Iqbal.

"Aku tanya je." Iqbal mengeluh kuat. Susah juga apabila para pemegang saham diberi kuasa begini. Sukar untuk dia mengawal syarikat yang di bawah tanggungjawabnya.

Forever MineWhere stories live. Discover now