19 × Forever Mine

166 15 4
                                    

Satu-persatu tulisan berdakwat hitam dibacanya. Sesekali dia menggenyeh mata untuk memastikan tiada apa-apa yang menghalang pandangan matanya.

Perasaannya kini bercampur-baur.

Tak mungkin!

Tanpa sebarang amaran, kertas tadi dikoyak seribu. Koyakan kertas itu kemudiannya dicarik-carik sehinggakan rupanya hilang seratus-peratus.

"Bella buat apa ni?!" Encik Aiman cuba merampas namun hanya cebisan kertas yang diperolehnya.

"Bella nak hapuskan benda palsu ni. Kau! Kau bayar makmal tu untuk palsukan maklumat ni kan? Kau nak apa sebenarnya dengan keluarga aku? Cakap!" Nabila berura-ura mahu mencekik Nadira namun Iqbal segera menghalang.

"Tak Bella. Kakak tak pernah buat mcam tu." Ujar Nadira sedikit kecewa.

Keputusan ujian DNA yang keluar hari Ini menujukkan peratusan persamaan yang tinggi antara Nabila dan Nadira, sekaligus membuktikan hubungan talian darah mereka.

"Tipu! Kau siapa sebenarnya? Kakak aku dah lama mati!"

PANG!

"Ayah!" Iqbal tergamam. Laju tangannya mengusap pipi isterinya yang sudah memerah itu. Tubuh Nabila juga ditatik masuk ke dalam pelukannya. Risau Encik Aiman akan naik tangan lagi.

"Ayah kecewa dengan Bella. Sepatutnya Bella gembira anak ayah dah balik. Bukan meroyan macam ini. Nadira, jom kita balik." Encik Aiman segera berpaling Dan mengorak langkah.

"Tapi ayah..."

"Balik." Ketegasan suara Encik Aiman membuatkan Nadira tidak lagi berani menjawab. 

"Maaf Bella. Kakak balik dulu. Kita jumpa nanti. Jangan risau, kakak pujukkan ayah." Lembut sahaja Nadira berjanji seakan tidak terasa langsung dengan tomahan Nabila tadi.

Nabila tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia terkaku di situ.

"Sayang, kita balik dulu." Tak menunggu lama, tangan Nabila diraih masuk sehingga ke dalam kereta. Perjalanan pulang mereka sungguh sepi. Nabila seolah berada dalam dunianya sendiri.

Iqbal pejam mata sekejap sebelum dia memarkirkan kereta di bahu jalan. Nombor telefon Hazim didail.

"Dik, tolong tengokkan twinnie hari ni. Achik ada hal." Setelah mematikan panggilan, Iqbal memandang Nabila di sebelahnya. Nampaknya Nabila masih hilang arah.

"Kenapa sayang buat macam ni? Ada benda yang menganggu sayang ke? Tell me. I'm here for you."

Nabila sedikit tersentak apabila Iqbal mengusap kekura tangannya, bagaikan baru tersedar dari dunia mayanya.

"Abang tanya apa?" Iqbal tersenyum kelat. Risau Nabila tertekan lagi sehingga membawa kepada anxiety.

"I'm here with you. Jangan tanggung beban sendiri. Cerita pada abang." Nabila hela nafas berat. Dia sendiri tidak tahu apa masalahnya sehingga dirinya tidak mampu menerima fakta yang Nadira merupakan saudara kembarnya. Bukti yang ada sudah jelas lagi nyata.

"Bella tak tahu nak cakap macam mana."

"Okay macam ni. Sayang mula dengan bagitahu abang kenapa sayang yakin dia bukan kakak sayang?" Sekali lagi Nabila mengeluh.

"Sebab Bella ingat, abang. Bella ingat." Nabila baling pandangan ke luar tingkap

"Bella ingat macam mana dia kena gas  meletup waktu itu. Bella ingat macam mana dia lari selamatkan Bella. Walaupun Bella tak ingat sebenarnya dia kembar Bella..." Iqbal tekun mendengar. Dia ingat yang Encik Aiman pernah memaklumkan yang Nabila tidak tahu kewujudan kembarnya.

Forever MineWhere stories live. Discover now