Prolog

67 11 3
                                    

"ARGHHH!" Aku menjerit sepenuh hati. Mahu tertanggal anak tekak aku.

Sungguh, tekak aku rasa perit dan kering. Mataku yang tertutup membataskan pergerakan aku. Tangan dan kaki aku sudah diikat pada kerusi. Nak bergerak pun tak boleh! Rasanya kulit aku yang tak seberapa mulus ni dah melecet disebabkan ikatan yang kuat.

Pasti orang yang mengikat ni, pengakap. Gaya ikatan tu nampak bebenar diikat dengan betul!

"Diam lah perempuan!" Aku dijerkah oleh orang sebelah. Suara lelaki. Dia kut yang menculik aku ni.

"Siapa kau?" Walaupun tekak kering, tetap juga aku jerkah kembali.

"Kau culik aku, kan? Kau nak apa? Aku takde duit lah!" Aku cuba meronta walaupun tiada hasil.

"Otak awaklah! Aku pun kena culik."

Eh, lah? Kena culik jugak rupanya! Rasa nak tergelak pulak. Bila diamati suara yang bercakap ni, macam orang kacak. Ya Allah, Naura! Tak ada masa kau nak mengusyar!

"Serius? Asal orang nak culik kau? Tak akan dia orang nak jual kau jugak? Bukan orang jual perempuan je ke?" Banyak pulak soalan yang terkeluar dari mulutku.

Aku dapat dengar lelaki di sebelah mendengus kasar. Pasti rasa terganggu dengan aku! Hello? Aku pun terganggu bila dia di sini! Cumanya rasa berteman sikit lah. Aku tak keseorangan! Tapi apa jadi kalau dia jahat jugak? Malang kuasa dua!

"Lelaki pun ada harga okey! Dia boleh jual buah pinggang aku! Apa fikir jual orang tu jual harga diri aje?" Dia melawan persoalan aku.

Alamak, bang! Chill lah! Emo dah kenapa?

"Okey. You got point! Tak payah marah. Kita kena cari cara keluar dari sini." Aku cuba berbalah dengannya. Kalau bergaduh tidak berhenti, tak ke manalah kami.

"Dengan kau yang mata tertutup? Lupakan ajelah!" Dia mengeluh berat di hujung ayat.

"Mata kau tak tertutup ke?" Soalku pula.

"Tak. I can clearly see your face, Naura." Balasnya bersahaja.

Jawapannya membuatkan aku terkedu. Dia nampaklah muka hodoh aku menjerit tadi? Malang kuasa infiniti ni weh! Nak tanam diri sendiri! Dan, dia kenal aku?

"Siapa kau sebenarnya ni?" Soalku antara dengar dan tidak dengar.

"Your schoolmate."

Kepala aku macam nak pecah!

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang