Selepas sahaja makan tengah hari, farah mengambil keputusan untuk mengambil angin di balkoni rumahnya
Tetiba
" termenung apa tu awaknya?"
" hmm tahlah sarah, pikir masa depan aku yang tak berapa masa depan barangkali?"
Sinis farah sambil geleng tanpa memandang wajah farah. Sarah ketawa sinis dan tenung muka farah.
" masa depan? Maksud kau masa depan kau dengan dia ke?"
Farah pandang sarah tak puas hati " again? Haihh kau ni kan bila aku kaitkan masa depan aku jer mesti kena pasal dia eaaa?"
Geleng farah. Semua benda mesti kena kaitkan dengan dia! Sakit hati aku!
" aku tahu auliana, jauh dari lubuk hati kau yang kau sebenarnya masih sayang pada dia kan? Kau boleh tipu diri kau, tapi kau tak boleh tipu kitaorang auliana"
" aku sedar sarah, jodoh aku bukan dengan dia dan kalau kitaorang dipertemukan sekali lagi pun aku harap sangat yang aku ni tak nak langsung ada kaitan dengan dia"
Farah mengeluh. Tahlah, memang sakit kalau mengenang kembali saat itu.
" kau bukan sedar, kau masih belum sedar yang kau masih sayang pada dia. Jangan tinggi sangat ego kau auliana, dia dulu ceraikan kau pun sebab keinginan kau bukan keinginan dia"
Jelas sarah. Ye! Dulu diaorang bercerai pun sebab keinginan farah bukan si naz sendiri! Dan sarah sangat yakin yang mereka dua tu memang sayang satu sama lain cuma keadaan yang membuatkan mereka sukar bersama
" aku tahu kau masih dendam pada dia kerana disebabkan dia anak kau dengan dia tak boleh hidup dekat dunia ni tapi semua tu takdir auliana, kalau dah jalan kehidupan anak kau dah macamtu kita kena terima dan kau mesti percaya anak kau adalah anak yang dah tergolong dari ahli syurga. Suatu hari nanti dia tulah yang akan tarik kau masuk syurga, kau kena redha auliana. Aku tahu sukar tapi percayalah allah uji sebab allah sayang hambanya, allah sayang sangat kau auliana"
Farah diam sambil mengeluarkan air mata. Tahlah, dia bukan tak terima tapi tulah hati ini kadang kadang merasa diri dia ni tak layak menjadi seorang ibu. Kalau tidak sebab dia tak protect anaknya, mesti anaknya sekarang akan hidup sampai sekarang.
" aku juga paham yang kau terlalu marah dia sebab dia bunuh anak korang, tapi auliana time tu pun kau cakap korang tak tahu yang kau dah mengandung hampir 3 bulan. Jadi, kau tak boleh nak salahkan dia juga dan aku rasa kalau dia tahu yang kau mengandung mungkin dia akan tahu hargai kau? Dia akan more caring pada kau? Sebab aku percaya dia tu sungguh sayang benar pada kau tapi sebab dia tahu kau tak bahagia dan dia selalu sakitkan hati kau, dia rela korbankan hati dia untuk sakit demi kau bahagia dengan cara menurut permintaan kau dulu iaitu berpisah"
Lama farah diam akhirnya dia bersuara dengan menggunakan suara yang agak emosi
" semua tu emosi dia sarah, kalau tak disebabkan emosi dia yang sanggup pukul aku dulu demi kepuasan hati dia! Apa tu? Memang dia langsung tak percaya aku kan? Okey kalau betul dia sayang aku kenapa dia langsung tak pernah percaya pada aku? Dia percaya gambar tu bulat bulat dulu tanpa dengar apa yang aku nak explain? And then dia effect pada anak aku sarah!"
Bentak farah pandang sarah tak puas hati. Farah mengeluh. Percaya? Tak lelaki itu tak akan paham apa itu erti kepercayaan.
" ye memang aku akui, aku sayang dia aku cintakan dia, sampai sekarang pun hati aku untuk dia tak pernah sekali pun terhenti untuk mencintai dia, tapi bila aku ingat benda yang dulu dia buat pada aku hanya allah jer tahu perasaan aku sarah bila dia sakitkan hati aku! Sakit sangat! "
YOU ARE READING
KAU DATANG KEMBALI
RomanceFirst story✨ Tengku syed nazmi, berkejaya. Berkedudukan tinggi. Dirinya sangatlah terkenal dikhalayak orang ramai. Nur farah auliana, seorang perempuan berperibadian tinggi. Sangat kasar. Dia tidaklah seperti perempuan melayu terakhir. Kenapa duni...