KDK BAB 73

1K 29 0
                                    

" jauh sangat tu wehh, cuba kita guna jalan pintas..."

Tegur seorang perempuan kepada jessica dengan memberikan suara sinis. Jessica pusing dan senyum kepada orang itu

" jalan pintas apa pulak kau ni?"

Farah mengambil tempat untuk duduk disebelah jessica dan pandang pantai sambil senyum.

" maaf tau sebab semalam aku tak jawab balik call kau, aku baru perasan pagi tadi yang kau call aku malam tadi. Al maklum silent kan?"

" aku paham. Kau ada suami dengan anak yang kau perlu jaga, betul kan?"

Sinis jessica lepastu pandang farah senyum. Farah angguk sambil pandang jessica. Jessica mendengus nafas angguk dan pandang pantai semula.

" adakah dia masih membenci aku farah...?"

" jessica, benda dah lepas pun lah."

Jessica pandang farah senyum. Sekarang mata mereka saling menatap.

" betul kan dia masih benci aku?"

" takde punlah."

" jangan tipu aku, takkan semudah tu naz nak maafkan aku? dan kau pulak, tak perlu pun nak maafkan aku farah."

" apa pulak kau cakap macamtu?"

Jessica sinis " jadi dia tahu yang kau masih berhubung dengan aku sekarang ni?"

Farah mengeluh. Jessica angguk faham dan pandang depan semula.

" takpe aku dah dapat jawapan, kau tak bersuara pun aku dah dapat agak dengan melihat reaksi wajah kau macamtu."

" dia pun tak kasik aku berhubung dengan kau lagi sebenarnya tapi aku tipu dia yang mana aku cakap yang aku tak pernah contact dengan kau lagi. Dia larang teruk wehh."

Farah senyum sinis tanpa memandang jessica. Jessica senyum tanpa memandang farah juga.

" jadi, dengar jelah cakap suami kau. Dia tu suami kau sekarang ni farah, berdosa menipu suami tau."

" tak nak, aku tak akan buat macamtu."

Jessica pandang farah tak paham kenapa pulak tak nak dengar cakap naz? Suami kot?! Aku ni siapa jer?

" kenapa tidak farah, kau adalah isteri dia. Aku sendiri faham kenapa dia melarang untuk kau dekat dengan aku semula."

Farah senyum sinis pandang jessica " sesekali tipu sunat, tak salah kan?"

" farah..."

" lagipun, kenapa aku perlu berjauhan dengan kau yang dalam keadaan seperti ini."

" janganlah kau kisah pasal kesihatan aku ni farah, kalau dah tiba masanya aku akan pergi juga."

" kau meyerah macamtu jer ke?"

Mereka saling tatap. Jessica mengeluh.

" aku tak menyerah, aku cuma..."

" kenapa? Dah banyak sangat amalan sampai sanggup nak mati? Macamtu?"

Wowowow relax wooo!

" bukan macamtu.."

" bukan macammana, kau tu masih ada harapan lagi jessica. Kau jer rasa diri kau tu tak kuat, tapi sedangkan kau kuat. Tolonglah jangan selfish, kau masih ada mak ayah dan anak kau. Takkan kau nak pergi dan menyerah bergitu sahaja?"

Betul!

Jessica sinis " kau nak tahu tak?"

" kenapa..?"

KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now