Farah mengeluh " yer memang saya masih berhubung dengan jessica lagi. Puas?"
" kenapa awak..."
Bengang naz!
" saya minta maaf sebab ingkar arahan awak, tapi saya tak boleh meninggalkan jessica seperti itu sahaja."
" bagi saya sebab, kenapa saya tak perlu tahu apa yang awak dengan dia buat dekat belakang abang."
" sebab apa awak nak tahu...?"
" sebab saya ni suami awak, sayang.."
Farah tundukkan kepalanya seketika.
" sayang.."
" saya minta maaf..."
Kalini dia berani menatap wajah suaminya. Ditenung wajah suaminya dengan penuh serius.
" yer saya masih berhubung dengan jessica tapi semua tu sebab saya tak nak awak cemburu."
" haa?"
" yer, saya tak nak awak cemburu bila awak dapat tahu saya sendiri masih belum move on dari bekas tunang saya sendiri. Tempoh hari masa saya bagitahu awak yang saya nak keluar dengan mereka sebenarnya saya tak keluar pun, tapi saya tipu sebab saya tak nak awak berfikiran yang bukan bukan apabila saya selalu sahaja melawat kubur bekas tunang saya sendiri."
" jadi apa kena mengena dengan perempuan tu?"
" sebab dia serba salah, awak tahu faris yang langgar ryan masatu. Jadinya dia hanya ingin berada disamping saya. Dengan melihat dia sudah berubah kenapa tidak saya hanya setuju saja dengan benda itu."
" tapi..."
" saya dengan dia sudah tidak lagi berhubung sejak itu."
Menipu lagi farah.
" sejak dari itu saya cakap dengan jessica jangan cari dan jumpa saya lagi atas sebab awak tidak mengizinkan."
Tipu farah! Tak tahulah dari mana dia dapat idea itu. Naz pandang sahaja farah. Farah senyum sinis memandang suaminya.
" kalau awak tak percaya saya tidak kisah. Terpulang kepada awak."
Naz ambil nafas dan hembus kembali.
" okehh bagus kalau awak sudah tidak berhubung dengan dia. Tapi pasal tadi tu, kenapa kena call client dekat luar dan jauh dari abang? Memangnya abang sendiri tak boleh dengar..?"
Terdiam farah kalini! Naz memandang tajam wajah farah dengan sikit sikit mendekat
" jujur sahaja dengan saya farah. Jangan nak menipu lagi!"
Farah hembus nafas.
" apa lagi yang awak nak tahu, dah saya memang call client kenapa mesti kena jadikan isu masalah kita?"
Naz lagi tajam memandang farah. Farah mengeluh bila naz memandangnya seperti itu.
" okeh semua tu bersebab, sebabnya saya tak nak kacau korang berborak. Sebab saya nak berbincang pasal kerja dengan client tak akan saya nak menyibuk atau menganggu perbualan?"
Farah senyum dah kembali tenang untuk menyakinkan naz. Naz hanya diam memandang isterinya. Digapai tangan naz dengan erat.
" tolong percayakan isteri busuk awak ni, tengku. Boleh?"
Tangan yang digengam dilepaskan dan diteruskan dengan mengusap kedua dua pipi gebu isterinya.
" isteri abang ni cantik sangat, mana datangnya busuk?"
YOU ARE READING
KAU DATANG KEMBALI
RomanceFirst story✨ Tengku syed nazmi, berkejaya. Berkedudukan tinggi. Dirinya sangatlah terkenal dikhalayak orang ramai. Nur farah auliana, seorang perempuan berperibadian tinggi. Sangat kasar. Dia tidaklah seperti perempuan melayu terakhir. Kenapa duni...