BAB 1

3.4K 95 3
                                    

~𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟏𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐭𝐚𝐬~

~𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭~

~𝐖𝐚𝐭𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐫𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚~

~𝐓𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚~

~𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤𝐬 𝐲𝐨𝐮🦋~

~~~~~~

Angin pagi masuk ke bilik aku. Sejuknya angin pagi di negara matahari terbit ini.

"Mel cepatlah bangun!" jeritan dari luar bilikku kedengaran.

Jeritan itu mengejutkanku daripada ulikkan mimpi.

"Ya kejap nak mandi."

"Flight kau pukul berapa?"tanya Tiara.

"Pukul 9 waktu Malaysia."

Namaku Amelia Rania binti Ahmad Hadi. Itu nama yang diberikan oleh arwah nenek aku kerana aku seorang sahaja cucu perempuan nenek dan diberi nama itu supaya aku jadi perempuan sopan bila besar. Tapi aku rasa impian arwah nenek aku tak kesampaian. Aku ini pemalas maklum dilayan macam queen oleh abang aku.

Aku belajar di Jepun iaitu Osaka Seikei University,Osaka. Course game designer. Tiara Amina dan Ran Sachi ialah kawan baik aku di Jepun. Merekalah yang layan kerenah keanak-anakan aku ni.

~~~~~~

Aku keluar daripada bilik untuk bersarapan.

"Ohayō, Mel."

"Ohayō, Sachi."

"Mesti awak tak sabar nak balik Malaysia kan?"

"Mestilah."

"Tak sabar tapi siap lambat jugak."kata Tiara dengan gaya mak mak dah aku tengok.

Itulah Tiara perangai macam mak-mak dan dia dah macam mak dalam circle kami. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Sachi budak cerdik dia yang ajar kami dalam pelajaran dan dalam berkomunikasi bahasa Jepun. Aku tidak ada keistimewaan cuma manusia biasa dan pemalas. Itulah aku.

"Cepat makan nanti nak pergi airport."kata Tiara.

"Saya pun mahu hantar Mel."kata Sachi.

"Ya korang memang perlu hantar aku terutama Ara."

"Kenapa pulak aku?"

"Supaya kau jealous. Kaukan tak dapat balik Malaysia lagi."

"Kau ni."kata Tiara dengan sudu di tangannya mahu pukul kepala ku.

"Stop! awak berdua ni selalu bergaduh."

"Tu kan Sachi dah marah tu."

Aku ke Osaka International Airport untuk balik ke Malaysia.

"Mel nanti dekat Malaysia kau tinggal mana?"tanya Tiara.

"Kawan kepada kawan aku ada nak sewakan bilik."jawab aku.

"Kau kenal ke mereka?"tanya Tiara dengan muka risau.

"Tak tapi pernah chat sekali."jawab aku.

"Kalau terjadi apa-apa terus call aku."kata Tiara.

𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Where stories live. Discover now