Sesampai saja Farel ke rumah, dia melihat pintu depan yang tak berkunci. Terus dia berlari mencari sosok isterinya. Waktu hendak naik ke bilik Farel perasan ada tulisan pada cermin di ruang tamu yang tertulis.
𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸
𝗰𝘂𝗯𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗸𝘂
𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀
📍 𝗹𝗼𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻Farel terus bergegas ke lokasi yang di tertulis pada cermin di ruang tamu. Sebelum itu Farel sudah melaporkan pada pihak polis dan sudah memberitahu pada keluarganya. Memang betul tekaan Farel alamat yang Zack tulis pada cermin adalah kilang syarikat papanya Farel dahulu. Di mana tempat mereka selalu bermain. Farel mengenangkan masa dahulu. Pada suatu hari, mereka pernah bermain hide and seek di sini.
"Abang Rel jadi sebab Zack jumpa abang dulu."
"1,2,3,4,....." Kedengaran suara Farel kira untuk memberi masa Zack menyorok.
Tiba-tiba
"Auch!"
"Zack!"
"Abang dah cakap hati-hati."
Farel memimpin tangan Zack untuk berjalan.
Farel kembali ke alam nyata selepas mendengar aku menjerit dan Farel melihat aku yang terikat pada tiang bumbung bangunan lama ini. Farel terus berlari ke bumbung.
"Ohh, hero kita dah sampai." Dengan tepuk gemeruh Zack bagi.
"Zack tolong jangan buat macam ni."
"Buat apa? Aku tak ada buat apa-apapun."
"Zack..... Abang tahu ni bukan perangai Zack yang sebenar."
Terkejut aku apabila Farel bahasa kan dirinya abang pada Zack bermakna mereka memang saling kenal. Farel kenal Zack sebelum aku kenal Farel atau selepas aku kenal Farel?
"My behavior depends on who I'm dealing with. Your family make my become a devil." Zack memberikan senyuman sinis.
"What do you mean?"
"Buat-buat tak faham pulak." Zack menayangkan muka menyampah.
"Your family ruin my happy family. Papa aku masuk penjara sebabkan papa kau dan mama aku menderita sehingga bunuh diri sendiri."
Targisnya cerita Zack. Selama ini dia memang menderita.
"Papa Zack yang salah dia seleweng duit syarikat sehinggakan berjuta-juta."
"Papa aku seleweng sebabkan keluarga kau sombong waktu papa kau susah papa aku ada tolong tapi waktu papa aku susah papa kau tak tolong pun. Tolong masukkan papa aku dalam penjara adalah." Balas Zack dengan suara nada yang tinggi.
"Zack tolong bertenang dulu."
"Aku adalah lama tenang tengok kau bahagia. Semua benda aku nak kau ambil. Sampai perempuan yang aku nak pun aku ambil. Mel lelaki macam boleh kau suka."
"Dia tak bodoh macam kau yang culik aku."
Aku nampak muka Zack yang bengang dengan kata-kata ku. Zack melangkah ke arahku lalu memegang mukaku.
"Zack!" Setapak Farel melangkah.
"Jangan kau berani dekat kalau kau tak nak isteri kau jatuh."
"Abang minta maaf bagi pihak keluarga abang."
"Cukuplah, kau bukan abang aku."
Tiba-tiba seseorang datang iaitu papa Farel.
"Zack..." Lemah suara papa Farel.
Zack membulat mata sebab terkejut.
"Kau beritahu papa kau?"
"Ya, Farel bagitahu pada uncle. Zack uncle mohon jangan buat macam ni. Uncle tahu Zack berdendam dengan keluarga kami kerana uncle memasukkan papa kamu ke penjara. Uncle tolong papa kamu waktu dia susah tapi dia degil selepas dapat duit di pergi berjudi sehingga pukul mama kamu kalau kalah dalam perjudian. Waktu tu kamu kecil lagi."
"Tipu! Papa baik papa tak pernah pukul mama."
"Mama kamu selalu hantar kamu ke rumah uncle sebab nak mengelak daripada kamu tahu perangai papa kamu yang panas baran."
"Uncle saja nak reka cerita."
"Mana ada Zack ingat sendiri kan. Tolong Zack uncle sudah anggap Zack macam nak uncle sendiri."
"Abang anggap Zack macam adik abang sendiri." Farel pula bersuara.
Zack diam dan macam berfikir sesuatu. Zack mengeluarkan pisau ke arah belakangku.
"Zack jangan!" Farel dan papanya menjerit.
Zack tidak mengendahkan lalu berbisik di telingaku.
"Aku suka kau bermakna aku tak bodoh. Aku mencintai orang yang tepat. Cuma kau bukan milik aku. Maafkan aku."
Zack berkata lalu melepaskan ikatan pada tanganku dan meletakkan sesuatu pada poket baju ku. Terkejut aku kerana Zack melakukan tindakan tersebut. Aku berlari ke arah Farel. Zack diam berdiri lalu memandang ke arah kami dengan senyuman. Zack melebarkan tangannya lalu terjun.
"Zack!!!" Semua menjerit.
Farel memeluk aku untuk mengelakkan aku melihat apa yang terjadi.
~~~~~~
5 minggu berlalu,
Zack masih tak sedarkan diri. Ya, Zack tak mati. Zack jatuh ada timbunan daun gugur. Sekarang Zack koma dan kata doktor mungkin dia lumpuh separuh badan. Zack di akan masuk penjara kerana papa Farel menjamin dia.
Aku pula bahagia tengok family mereka bahagia.
"Sayang penat tak?"
"Tak."
"Anak papa ni penat tak?"
"Abang ni baru 2 minggu doktor sahkan sayang mengandung."
"Biarlah kita perlu berinteraksi dengan bayi selalu. Biar dia kenal suara papanya."
"Mel!"
Suara Tania dan Sachi kedengaran.
"Tania Sachi!"
Kami memeluk antara satu sama lain.
"Anak kau mana Tania?" Tanya aku.
"Dengan suami aku."
"Kau Sachi bila nak kahwin? Ops sorry Suraya."
Sachi kini sudah memeluk Islam.
"Ini." Balas Sachi sambil menunjukkan pada cari manisnya.
"Wow!"
Terbeliak mata aku dan Tania sebab cincin pada tangan Sachi cantik sangat.
"Bila wei?" Tanya Tania.
"Minggu depan."
"Kau ni kan minggu depan nak kahwin sekarang baru nak bagi tahu kawan kau."
"Sorry lah. Kira awal tau aku bagitahu korang saudara mara aku dekat Jepun pun aku tak bagi tahu lagi."
"Yelah. Selamat pengantin baru kawan aku ni."
"Nah kad jemputan."
"Terima kasih." Jawab aku dan Tania
"Jom makan!" Panggil Farel bersama pasangan hidup kawan aku masing-masing.
TAMAT.
YOU ARE READING
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomanceAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...