Aku berlari ke arah lift dengan keadaan ketakutan. Aku cepat-cepat menekan butang close pintu lift. Melihat Zack yang berjalan ke arah lift nasib baik lift cepat tertutup. Aku cepat mencari contact nombor Encik Farel. Aku terlalu takut dan tak tahu siapa yang harus aku hubungi. Hanya Encik Farel yang terlintas dalam kepala aku.Nafas aku masih tercungap-cungap sambil menunggu Encik Farel mengangkat panggilan telefon aku. Panggilan ku diangkat.
"Rania...Rania kau kenapa?"
"Za... Zack....nak....apa....to....tolong."
"Rania jawab kenapa?" Farel mula cemas.
"Za...Zack nak apa-apakan saya." Aku jelaskan kepada Encik Farel dalam keadaan takut.
"Rania sekarang kau dekat mana? Cari tempat selamat. Nanti aku sampai."
"Saya dalam lift."
Aku tidak sedar pintu lift ku sudah terbuka dan lelaki psycho yang telah buat aku ketakutan iaitu Zack sudah ada di depan pintu lift. Aku melangkah ke belakang kerana takut.
"Mel nak pergi mana?" Zack tersenyum sinis seperti watak psycho yang menjumpai mangsanya.
"Kau nak buat apa? Kalau aku jerit semua orang dengar."
"Kau nak jerit? Jerit lah tapi kawasan ini tak ramai orang lalu."
Zack menghampiri ku. Aku cuba menolaknya tapi apa kan daya aku hanya seorang perempuan yang tak mampu lawan kudarat seorang lelaki. Zack memegang dagu ku dengan agresif dan cuma memegang bibirku. Tapi di tepis oleh ku.
"Semua tubuh kau ni hak aku patutnya."
Zack menyentuh pipiku. Aku pejam mata kerana takut dan hanya mampu berdoa agar Encik Farel datang secepatnya. Tiba-tiba aku tersedar kerana satu suara.
"She is my woman. Everything she has is mine. Don't dare you touch want is mine."
Farel menarik Zack keluar dari mulut lift dengan sangat agresif seperti harimau yang sedang lapar. Farel memukul Zack tanpa belas kasihan. Farel menekan tangan Zack dengan kakinya.
"Tangan kau ini dah tak tahu nak jaga baik tak payah ada tangan."
"Ahhh." Zack menahan kesakitan akibat tangannya di tekan oleh kaki Farel.
Aku terkejut melihat Encik Farel memukul orang. Walaupun Encik Farel seorang yang dingin macam gangster tapi aku tak pernah nampak dia naikkan tangan dia pada sesiapa.
Tiba-tiba aku terasa pusing dan pandangan ku semakin mengelap. Farel berlari ke arah ku.
"Rania Rania." Aku cuba dengar perlahan nama ku dipanggil.
~~~~~~
Aku membuka mata ku perlahan-lahan. Aku melihat sekeliling dan ternyata aku sudah berada di hospital. Aku menguatkan diri untuk bangun.
Cepat Farel ke arah ku.
"Rania."
"Encik Farel."
"Kau tak apa-apa?"
Aku tak tahu kenapa apabila pertanyaan itu keluar dari mulut Encik Farel aku terasa nak menangis.
"Kenapa Rania kau sakit? Dekat mana sakit?"
Farel bingung kenapa tiba-tiba aku menangis. Kalau aku tak sedih masa tu mahu aku gelak tak ingat dunia tengok muka confuse Encik Farel.
"Sa....saya takut."
"Dah jangan takut aku ada. Zack dah kena tangkap."
Farel cuba menenangkan ku.
"Tapi....." Lagi kuat aku menangis.
YOU ARE READING
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomantizmAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...