BAB 13

1.1K 52 1
                                    


Honeymoon. Mesti banyak kejadian sweet nanti tak sabarnya.

Asal cerita kenapa ibu mertua atau aku panggil mummy menyuruh kami pergi honeymoon ke Switzerland kerana aku yang mahu. Sebenarnya, mummy tanya kepada aku dahulu yang aku nak honeymoon dimana. Aku cakap nak honeymoon di negara yang banyak tempat menarik dan permandangan indah tapi taklah Jepun sebab aku sudah dua aku tinggal sana. Jadi mummy memilih Switzerland. Aku setuju sahaja.

Tepat pukul 02.00 malam waktu Malaysia kami tiba di Zurich Airport iaitu lapangan terbang utama di Switzerland. Perjalanan kami mengambil masa 13 jam. Kami dijemput oleh kawan mummy, Uncle Michael. Uncle Michael menyapa kami.

"Hai Farel dan Mel. Saya Michael panggilannya Uncle Michael. Welcome to Switzerland."

"Hai Uncle Michael."

"Dah besar Farel. Last uncle tengok kamu waktu kamu tingkatan 2. Sekarang dah jadi suami orang. Lupa nak ucapkan. Selamat pengantin baru."

"Thank you."

"Jom uncle bawa kamu berdua pergi hotel. Mesti Mel penat kan."

"Petang uncle. 13 jam flight."

"Alah kesian Mel. Nanti Mel tidur puas-puas."

Aku berbual dengan Uncle Michael macam aku sudah kenal sangat dengan Uncle Michael. Uncle Michael sangat ramah. Betul cakap mama yang Uncle Michael peramah orangnya walaupun mukanya agak dingin tapi jika sudah kenal dengannya memang satu malam tak habis bercakap.

Uncle membawa kami ke hotel lima bintang. Sangat mewah. Macam istana. Farel cakap Uncle Michael pemilik hotel ini. Jadi Uncle Michael bukan calang-calang orang lah. Uncle Michael memberikan kami menginap di bilik VVIP yang disediakan oleh hotel itu sebagai hadiah pengantin baru kepada kami. Aku berterima kasih kepada Uncle Michael.

Saat kaki aku melangkah ke dalam hotel, mata aku terasa sakit akibat sinaran dari perabot dan hiasan yang ada dalam hotel tersebut. Perabot dan hiasan mewah. Bukan selalu tengok benda-benda mewah sekali tengok sampai ter sakit mata. Banyak pasu cantik yang di hiasi di lobi hotel. Ada juga pasu bunga sejarah dari dinasti ke dinasti. Aku menyuruh Farel mengambil gambar aku dengan pasu-pasu itu. Saya buat kenangan. Bukan senang nak tengok barangan bersejarah.

Aku terasa macam berada dalam istana Inggeris. Mel masa untuk kau berangan. Aku terasa macam menjadi seorang puteri. Puteri yang hadir ke majlis tari-menari. Putera sudah ada cuma kepakaran menari aku perlu diasah lagi. Sedar sahaja aku sudah terduduk di tengah lobi hotel. Farel hanya melihat aku yang sedang berangan. Bila aku rasa semua melihat aku terus berlari kearah Farel.

"Kenapa awak tak kawal saya tadi?"

"Sayang mana boleh dikawal kalau sudah berangan."

"Malu tau."

Farel cuma ketawa.

Uncle Michael memberikan kunci bilik kepada Farel. Masuk sahaja bilik aku terus melompat ke atas katil. Perkara yang aku sudah terbayang dari tadi. Bila bilik VVIP katil mesti besar swimimg pool. Katil yang disediakan sangat besar tapi tak lah besar swimimg pool. Itu hasil berangan aku sahaja.

Tak sampai tiga saat mata aku sudah terlelap. Penat sangat. Farel mandi dahulu sebelum tidur. Selesai mandi Farel melihat isterinya yang tidur meniarap dengan tak selimut. Farel mengangkat isteri supaya isterinya dapat tidur dengan lebih selesa. Farel juga menarik selimut untuk menyelimuti isterinya.

~~~~~~

Pagi aku dibangunkan oleh suamiku. Aku ni jenis tak akan bangun pagi kalau alarm jam aku tak berbunyi. Dulu masa bujang alarm phone sahaja kita guna. Sekarang sudah ada suami gunalah hikmat alarm manusia pula. Hahaha!!. Jahatnya aku.

Aku siap-siap nak keluar sarapan. Kami bersarapan di restoran hotel kerana Farel tak nak pergi sarapan jauh dari hotel. Farel takut aku gastrik.

Farel menyuruh pelayan hotel menyediakan hot chocolate kepada ku kerana aku tak minum coffee. Farel hanya menyuruh aku duduk di kerusi dan dia yang menyediakan semua.

Ping!!

Satu cawan hot chocolate sudah membasahi lantai restoran hotel. Aku terus kearah Farel.

"How dare you."

"Sorry miss."

"What sorry.....Farel?"

"Aeris?"

"Yes. Kau buat apa di sini?"

"Siapa dia sayang?"

"My friend."

Aeris mahu memeluk Farel tapi di tolak Farel.

"Aku datang honeymoon dengan wife aku." Farel melihat ku.

"She is your wife? Sorry I thought she is you little sister."

Tahulah aku ni pendek sikit tapi aku ni isteri sah Farel tau.

"Just kidding." Aeris ketawa sambil melihat aku.

"Sorry saya ingatkan awak akan jadi perampas suami orang. Just kidding."

Kini giliran aku pula ketawa. Aku bukan nak fitnah orang sesuka hati sebagai perampas. Tapi aku kenal siapa yang ada niat jahat dan siapa ada niat baik. Nampak sudah yang dia mahu memeluk suami aku. Gedik. Mesti dia ada niat jahat.

Selepas makan aku terus masuk ke bilik hotel kami. Farel penat jelaskan yang dia dan Aeris cuma kawan dan Aeris ialah bekas kekasih kawan Farel.

Sampai sahaja bilik aku terus ke tandas. Sorry bukan nak nangis bukan akulah nangis sebab perkara macam tu sahaja. Aku cuma mahu menjadi Sherlock Holmes iaitu masa menyiasat siapa Si Aeris ni.

Mula-mula aku contact kak Hanis. Kak Hanis cakap yang Aeris tu satu universiti dengan Farel,kak Hanis dan abang Haikal iaitu suami kak Hanis. Dia seorang model. Dahulu Aeris bekas kekasih abang Haikal tapi dia curang dan ada hati dengan Farel. Tapi Farel tak pernah layan Aeris. Dia tak suka perangai Aeris. Selepas tahu semua tentang Si Aeris aku keluar dari tandas.
Keluar Farel terus memeluk ku.

"Sorry sayang selepas ni kalau jumpa Aeris tak tegur dah."

Aku meletakkan pelukan tersebut.

"Mana ada saya marah. Tapi bagus juga nanti kalau jumpa dia buat tak kenal aje."

Farel mengukir senyuman. Mungkin lega aku tak marahkan dia. Kalau tadi pucat muka.

"Hari sayang nak pergi mana abang akan tunaikan."

"Kejap saya nak siap."

"Okay."

Aku pun siap-siap Farel melihat telefonnya sambil menunggu aku siap. Sorry sang suami isteri mu memang lambat kalau bersiap nak keluar jalan-jalan.

Keluar dari bilik hotel aku terus memegang tangan suami ku. Takutlah ada yang nak ambil suami aku.

𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Where stories live. Discover now