Aku terjaga dari tidur lena ku kerana jam telefon ku berbunyi. Aku bangun dari katil melihat mak cik Lin sudah tiada mungkin sudah ada di dapur. Aku mengemas katil sebelum mandi. Selepas mandi aku mengemas semua barangan ku nasib barangan ku tak banyak.Aku buka pintu melihat keliling takut Encik Farel ada menunggu aku. Aku langkah perlahan-lahan hingga ke tingkat bawah. Sampai di depan pintu keluar rumah Encik Farel aku di panggil.
"Rania."
Aku membalikkan kepala ku melihat Encik Farel yang berdiri tidak jauh dari dengan ekspresi muka yang payah untukku tafsirkan. Encik Farel melangkah ke arah ku.
"Kau nak pergi mana?"
"Saya...."
"Saya apa!"
"Saya nak cari rumah sewa." Terkejut aku.
"Kenapa tak tinggal saja di rumah aku. Kenapa tak selesa?"
"Saya tak selesa tinggal dengan boss sendiri."
"Kenapa pulak?"
"Encik Farel lelaki saya perempuan."
"Bukan tidak ada perempuan lain rumah aku. Mak cik Lin ada."
"Tapi... tetap saya tak selesa."
"Ikut kau. Tapi jom sarapan dahulu."
Aku mengikut Encik Farel ke meja makan.
"Kau dah kenapa bawa bagasi kau ke meja makan. Bukan aku nak ambil bagasi kau tu."
Aku pun tak perasan dari tadi aku asyik menarik bagasi ku. Memang tak ada orang nak ambil dia tu CEO syarikat tak akan dia nak ambil dia boleh beli lebih bagus daripada ini. Aku melihat makanan di dalam pinggan iaitu nasi goreng cina favorite aku tapi entah kenapa aku tak ada selera nak makan.
"Kau kenapa tak makan."
"Saya tak ada selera."
"Kau demam?"
"Tak tahulah."
Tiba-tiba aku rasa nak muntah. Aku berlari ke sinki untuk muntah. Encik Farel pergi menolong ku.
"Kau demam ni jom aku bawa kau ke klinik." Suara Encik Farel berbaur cemas.
"Saya tak apa-apa..."
Tiba-tiba dunia ku hampir gelap sehingga aku tak sedarkan diri.
~~~~~~
Aku terdengar suara seorang perempuan dan lelaki sedang perbualan.
"Hani dia macam mana?"
"Jangan risau aku dah beri dia ubat. Dia cuma demam biasa mungkin letih. Jangan bagi dia fikir banyak sangat. Aku rasa dia stress."
"Thanks Hani."
"My pleasure. But who she?"
"She is..."
Aku sangat penat jadi aku tidur kembali dan tak sempat aku mendengarkan siapa sebenarnya aku kepada Encik Farel. Mungkin dia anggap aku pekerja dia sahaja. Aku tak nak berharap lebih baik aku sahaja suka dia dalam diam.
Sebenarnya aku pun tak tahu bila aku boleh jatuh cinta dengan boss aku yang dingin tu. Mungkin masa dia tolong makanan untuk waktu aku gastrik.
Encik memberi arahan kepada staf-staf waktu mesyuarat. Tiba-tiba aku rasa perut ku sakit sangat. Aku lupa yang aku tak ambil sarapan pagi tadi. Sekarang waktu mesyuarat aku takut nak keluar jadi aku cuba tahan semampu mungkin. Encik Farel berhenti bercakap. Aku memandangnya. Dia memandang ku dengan wajah cemas.
YOU ARE READING
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomanceAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...