Hari ini sudah genap satu bulan aku kerja sebagai secretary Encik Farel. Kenapa lambat sangat masa berlalu? Aku menghitung hari di kalendar bila boleh kerja sebagai game designer di syarikat Encik Farel. Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk."Masuk."
Wisyah dan Aurel masuk ke dalam bilik ku.
"Awak buat apa?" Tanya Aurel.
"Tak ada buat apa-apa."
"Kami nak minta tolong sikit."
"Apa?"
"Gaji kami tak masuk lagi bulan ini tapi pemilik rumah dah minta duit sewa. Jadi kami nak minta awak tolong bayarkan dulu."
"Oh. Ingatkan apa tadi."
"Boleh tak?"
"Boleh lagipun kita perlu tolong sesama housemate. Hari tu saya sakit kaki kamu berdua tolong saya juga."
"Terima kasih Mel."
"Sama-sama."
Kami berpelukan.
Jam menunjukkan sudah pukul 2 petang. Aku turun untuk masak makan tengahari. Lambatnya masak tengahari.
"Mel awak nak masak ke?"
"Entahlah. Saya pun malas nak masak."
"Kalau macam tu jom makan luar."
"Boleh juga."
Aku bersiap untuk keluar makan bersama Wisyah dan Aurel. Waktu kami mahu keluar rumah ada seorang jejaka tinggi, handsome sedang tunggu di luar pintu pagar bersama kereta mewahnya. Kalau tak salah memang boss aku.
"Mel tu bukan boss awak ke?"
"Ya."
"Dia nak buat apa datang rumah kita?"
"Entah. Saya pergi kejap."
"Ya kami tunggu."
Aku ke arah Encik Farel.
"Encik ada apa datang rumah saya?"
"Jom."
"Pergi mana?"
"Jomlah kau pun dah siap."
"Saya nak keluar makan dengan kawan saya."
"Aku memang nak ajak kau keluar makan."
"Tapi..."
"Tak payah tapi-tapi."
Aku dipaksa masuk ke dalam keretanya. Tak sempat aku beritahu Wisyah dan Aurel.
"Encik saya tak sempat nak beritahu mereka yang saya keluar dengan encik."
"Whatsapp lah mereka."
Aku whatsapp Wisyah untuk mengatakan aku tak jadi keluar makan dengan mereka. Selepas 15 minit kami tiba di destinasi. Tapi bukan di kedai makan di butik pakaian.
"Encik kenapa kita ke butik pakaian. Bukan ke encik cakap nak ajak saya makan."
"Tak boleh sabar ke?"
"Bukan boleh sabar atau tidak. Encik boleh tak jawab soalan saya."
"Aku ada jemputan ke majlis anniversary syarikat kawan aku. Jadi aku nak kau temankan."
"Cakaplah awal-awal."
Kami masuk ke dalam butik pakaian. Kami di sambut mesra oleh seorang pekerja di butik tersebut.
"Tuan Farel boleh duduk dulu."
"Cik ikut saya pilih baju."
Aku bangun mengikut salah seorang pekerja butik untuk memilih baju. Aku tidak tahu sangat bab baju ke majlis anniversary ini.
YOU ARE READING
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomanceAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...