Aku dan Sachi hanya ke mall. Kami singgah ke Starbucks. Macam biasa aku selalu order Chocolate Chip Frappuccino. Sachi pula cuma order ais americano saja.
"Sachi kau okay tak ni?"
"Okay."
Jawab Sachi dengan nada perlahan.
"Baik kau cakap dengan aku siapa yang buli kau ni."
"Tak ada siapa pun buli aku."
"Habis tu?"
"Mel, kalau ada someone yang baik dengan kau maknanya apa?"
"Someone tu lelaki ke?"
"Ya."
"Sah dia nak dekat kau."
"Tapi dia memang baik dengan semua orang."
"Dia friendly ke?"
"Ya."
"Habis tu lelaki tu kalau dengan kau dia macam mana?"
"Dia baik,suka buat lawak dan selalu ajak aku pergi lunch sama-sama."
"Baik kau confess dekat dia."
"Takkan aku pulak. Aku perempuan."
"Lah, kau ni takpe kalau perempuan confess dulu. Lelaki ni lembab sikit."
"Malulah."
"Takpe aku sorang kau."
"Aku cuba."
"Fighting."
Selepas itu, kami pergi shopping baju sikit. Girls kan tak sah kalau pergi mall tak beli baju. Walaupun baju banyak lagi tak pakai tetap beli jugak untuk memenuhi koleksi. HAHAHAHA.
Sambil pilih baju aku rasa ada orang yang perhatikan aku. Aku toleh ke belakang tiada siapa. Mungkin perasaan aku.
"Kenapa Mel?"
"Tak ada apa-apa. Jomlah balik."
"Kenapa takut husband rindu ke?"
"Taklah cuma makan untuk suami tak siapkan lagi."
"Yelah. Jom."
Aku terpaksa pulang naik grab sebab Sachi ada hal lain. Selepas 2 minit tunggu grab yang aku order sampai. Aku memberitahu alamat rumah aku kepada pemandu grab.
Aku masih ada orang yang ikut aku tapi siapa yang ikut aku. Pemandu grab ni pun aku rasa semacam je. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Suami aku call.
"Assalamualaikum,sayang ada dekat mall lagi ke?"
"Tak dah nak balik."
"Sachi hantar ke?"
"Tak naik grab Sachi ada hal."
"Suruh grab tu berhenti biar abang pergi jemput sayang. Hantar location."
"Kenapa?"
"Suruh je."
Buat pertama kali aku dengar suara Farel tinggi seperti tengah marah.
"Okay."
Panggilan tamat.
"Encik boleh tak berhenti."
"Kenapa?"
"Minta maaf encik suami saya akan jemput. Minta maaf sekali sebab tak sampai destinasi yang tetap dah. Berapa ringgit."
"15 ringgit."
Aku mengambil duit dari dompet aku lalu memberikan kepada pemandu grab tersebut.
"Nah."
YOU ARE READING
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomanceAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...