"Mel."
Aku dengar satu suara memanggilku dari mana aku tak tahu.
"Sini."
"Kak Hanis."aku tersenyum.
"Ya akak ni."
"Ada apa kak?"
"Nak ajak Mel datang makan malam rumah akak malam ni."
"Boleh je."
"Nak sambut hari lahir Aniq."
"Happy birthday Aniq." ucapku.
"Kak Mel ucaplah malam ni."
"Malam ni akak ucap pulak." kata aku sambil menyentuh lembut hidung budak lelaki berusia 6 tahun itu.
"Akak balik dulu jumpa malam ni."
"Baiklah akak."
Aku masuk kedalam rumah terus ke bilik untuk membersihkan diri dan bersiap untuk membeli hadiah kepada Aniq.
Aku ke pasar raya berdekatan dengan rumahku. Aku tak tahu nak beli hadiah apa kepada Aniq. Aku ni anak bongsu tak ada adik anak saudara pun tak ada lagi. Bilakah abang aku seorang tu nak kahwin? Aku kahwin baru dia kahwin rasanya.
Aku ambil keputusan untuk belikan set mainan kereta lumba sebagai hadiah. Budak lelaki mesti suka mainan kereta ni. Aku ni main teka je.
Malam pun tiba,
Aku masuk pekarangan rumah kak Hanis.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, hai Mel. Mari masuk." Kak Hanis menarik aku masuk ke dalam rumahnya.
"Sorry lambat."
"Tak lambat pun. Majlis baru nak mula."
"Nah hadiah dan puding roti Mel buat."
"Susah-susah je Mel ni. Terima kasih."
"Sama-sama. Ada apa saya boleh tolong?"
"Tetamu duduk kat depan."kata Kak Hanis sambil menolak aku ke ruang tamu yang ada beberapa tetamu mungkin ibu bapa kawan sekolah Aniq.
Aku duduk di kerusi hujung sekali. Tak mahulah kacau tetamu lain.
"Kak!" Aniq berlari kearahku.
"Aniq!"
"Kak bawa hadiah apa untuk Aniq?"
"Nakal ni. Mana boleh bagi tahu kak bawa apa."
"Akak!" Aniq menunjukkan muka mengajuk.
"Tu hadiah akak." Aku menunjukkan hadiah yang dibalut dengan kertas warna navy blue di atas meja hadiah.
Berlari Aniq pergi ambil hadiahku.
"Apa ni kak?"
"Buka dulu."
Aniq buka hadiah. Dia sangat teruja kerana set permainan kereta lumba itu adalah favoritenya.
"Terima kasih akak."
"Sama-sama."
"Pandai kau pilih hadiah."
Tiba-tiba satu suara menegurku.
Aku memandang ke atas. Aku terkejut kerana seorang lelaki yang aku tak nak jumpa di tempat lain selain tempat kerja sudah ada di depan aku iaitu Encik Farel Mifzal bossku.
"Boss!" Berdiriku.
"Uncle." Aniq memeluk Farel.
"Happy birthday boy." Farel mendukung Aniq.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomanceAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...