BAB 11

1K 60 2
                                    


Aku yang masih tertanya-tanya siapakah yang malang meminang ku sedangkan aku tak berkenalan dengan mana-mana lelaki. Aku tak mahu kahwin lagi kerana rasa terlalu muda lagi padahal umur semakin meningkat. Pekerjaan impian aku pun tak dapat lagi jangan harap aku nak kahwin.

Sah aku tolak nanti tak kesah dah siapa. Amelia kau kenapa tak baik buat orang macam tu.

Sesampai di rumah, aku terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Aku terus mencari mama ku. Mama ku berada di ruang tamu sedang menonton televisyen. Boleh pula dia rileks apabila anak dia dipinang orang. Aku kemain gelabah dari dalam kereta tadi.

"Mama."

"Mel. Dah balik? Tak dengar bagi salam pun."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Mama siapa yang pinang adik?"

"Mama mana tahu dia cakap dia kenal dengan adik. Esok dia datang."

"Esok!"

Mama ku cuba mengangguk

Habislah hidup bujang kau Amelia. Nasib kaulah kahwin awal. Kahwin dengan orang yang aku tak kenal tak cinta macam mana nak bahagia. Serabut!!

~~~~~~

Keesokan pagi aku bangun lambat. Selepas solat subuh aku tidur balik. Semalam tak boleh tidur sebab tercari-cari siapakah gerangan si dia. Dia yang aku masukkan lelaki yang masuk minang ku. Aku cari kawan lelaki waktu di Jepun tak lah ramai cuma 3 orang dan 2 sudah kahwin.

Selepas selesai urus diri aku turun ke bawah kerana perut terasa lapar.

"Dah bangun pun anak dara. Ops bakal menjadi isteri orang."

"Diamlah abang."

"Alah biarlah abang tukar status tu. Besar dah adik abang." Sambil mengosok kepala ku.

"Abang adik baru sahaja sikat rambut."

"Hahaha."

Malas aku nak layan. Aku mengambil senduk dan menyendukkan nasi goreng cina masuk ke dalam pinggan ku. Tiba-tiba ada orang bagi salam dari luar rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Mama siapa datang?"

"Orang yang nak meminang adiklah."

"Nak tengok siapa."

"Dah adik pergi siap perempuan tak boleh keluar lagi."

"Bagi adik makan dulu."

Aku terus bawa makanan aku ke dalam bilik. Aku cepat makan tapi tak gelojoh nanti tercekik mahu aku nak kahwin. Amelia kau cakap tak nak kahwin? Memang tak nak kahwin dengan dia tapi nak kahwin dengan jodoh aku.

Aku siap dengan memakai baju kurung moden. Takkan lah aku nak pakai baju t-shirt dengan seluar track nanti di cakap nak pergi jogging. Walaupun aku tak mahu pinangan ini menjadi aku tak akan merosakkan air muka mama ku.

Aku keluar dari bilik. Aku melihat seramai 4 orang yang datang. Dan ada dua orang perempuan. Seorang perempuan baya mama ku seorang lagi aku tak nampak siapa. Tapi sosok lelaki yang sedang duduk di atas kerusi bersebelahan dengan papanya mungkin itu sangat aku kenali. Encik Farel Mifzal.

Buat apa dia di rumahku. Kejap ke dia yang masuk meminang ku. Aku terus melangkah ke bawah.

"Encik Farel."

Semua orang berpaling ke arah aku.

"Adik. Sorry puan."

"Dia ke yang Farel suka? Sudah besar dah makin cantik."

𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang