BAB 12

996 52 1
                                    


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Asyahadu alla illahaillallah....

Farel terjaga kerana azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Farel menarik tangannya perlahan-lahan kerana Mel tidur di atas lengannya dan takut Mel terjaga. Farel melangkah ke tandas untuk mengambil wuduk.

Selepas selesai mengambil wuduk Farel melihat isterinya masih lena diulit mimpi. Farel ke arah isterinya untuk mengejutkan isterinya bangun solat subuh.

"Sayang bangun solat subuh."

"Kejaplah ma." Kata Mel dengan mata masih pejam.

"Sayang tak baik lambatkan solat."

Mel masih tidur tapi terkejut apabila mendengar suara lelaki yang mengejutkannya dan memanggilnya sayang.

Mel membuka mata dan melihat seorang lelaki di depannya. Dia hampir menjerit tapi mulatnya di tutup oleh Farel.

"Sayang. Ini suami sayang."

Mel kau dah kenapa masih tak boleh nak tinggalkan lagi ke hidup bujang. Kau tu dah kahwin dengan Encik Farel.

Mel terus cemas bangun dari tidur dan terus ke tandas. Mel melihat dirinya di cermin. Nampak mukanya merah kerana malu dan terkejut dengan tindakan Farel sebentar tadi.

Mel mandi dan mengambil wuduk lalu keluar dari tandas. Mel memakai telekung solat. Sejadah sudah terbentang di lantai bilik. Hari ini kali kedua Mel solat diimamkan oleh Farel. Sebelum ini sudah pernah sekali tapi waktu itu belum halal. Sekarang sudah halal. Feel nya lain macam kalau dah halal.

Selepas solat Farel memberikan tangannya kepada Mel untuk Mel bersalam. Mel menyambut salam suaminya tapi berbalut dengan telekung solat.

"Sayang kenapa balut tangan tu?"

"Saya takut batal air wuduk awak."

"Tak apa."

Buat pertama kalinya aku menyentuh tangan Farel. Wah.

Selepas solat aku turun ke bawah untuk sediakan sarapan buat family aku. Suamiku masih ada di dalam bilik. Entah apa yang dia buat mungkin sambung tidur.

Aku masak nasi goreng cina dan sup daging untuk di makan sekali dengan nasi goreng. Aku menunggu sup daging untuk mendidih sampai aku tertidur.  Aku tak sedar sup daging dah mendidih. Farel menutup api dapur gas.

"Sayang."

"Kenapa?"

"Sup daging dah mendidih. Kenapa tak tutup?"

"Ye ke."

Aku bergegas ke periuk sup daging yang masih ada di atas dapur gas. Aku sentuh periuk yang panas dengan tangan kosong.

"Ahh."

Cepat Farel menarik tangan ku lalu membasuh tangan ku dengan air sejuk. Aku melihat muka Farel sangat cemas. Selepas membasuh tangan ku Farel menyuruh aku duduk di kerusi lalu menyapukan ubat ke tanganku. Selepas itu, Farel terus memeluk aku. Aku dapat mendengar degupan jantung Farel sangat cepat berdegup macam baru selesai marathon 2 kilometer. Farel mencium ubun-ubun kepala ku.

"Ahem."

Perlukan Farel terlerai kerana ada penyibuk.

"Janganlah tunjuk sangat sweet tu. Orang dekat sini masih single. Jealous tau."

"Abang tu kenapa tak nak kahwin awal-awal."

"Jodoh tak sampai lagi."

"Dulu kak Qisya nak abang tolak."

"Jangan ungkit perkara lama. Lagipun dia dah selamat kahwin dengan kawan abang juga."

Aku dah lupa kerja aku untuk menghidangkan makanan. Farel mengambil tugas ku mengidamkan makanan di atas meja. Keluarga ku turun dari biliknya di tingkat atas. Keluarga Farel sudah balik semalam untuk menyiapkan majlis di Indonesia pula.

𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Where stories live. Discover now