Ruang interview tiba-tiba diam seketikaAda suatu suara menyambung.
"Awak boleh kerja sebagai game designer di sini tapi awak perlu jadi secretary saya selama tiga bulan dahulu."
"Tiga bulan?"tanya aku.
"Ya, selepas itu kau diterima menjadi game designer syarikat aku."
Aku berfikir jika tolak tawaran ini macam mana aku nak bayar sewa rumah dan belum tentu aku diterima di syarikat lain.
"Jika awak terima tawaran ini gaji awak sebagai secretary saya adalah 3000 ringgit sebulan."
"Saya terima. Tapi perlu sain kontrak takutlah nanti lepas tiga bulan tak tepati janji."kata aku dengan menghadiahkan senyuman sinis.
"Boleh. Fatin tolong buatkan kontrak antara saya dengan dia."
"Baiklah Encik Farel." Cik Fatin memberi satu kertas merupakan kontrak kami.
"Kau boleh sain di sini."
"Esok kau boleh bekerja."
Aku melangkah keluar dihantar oleh Cik Fatin. Masih ramai lagi orang hendak interview.
"Okay semua interview kita sudah tamat. Secretary sudah dipilih."kata Cik Fatin sampai menunduk sedikit tubuhnya.
Semua orang yang menunggu menunjukkan muka tidak puas hati. Sebahagian mereka memandangku dengan wajah membenci. Aku rasa bersalah kerana diterima menjadi secretary tapi masih ramai yang menunggu.
"Cik Fatin kenapa semua macam nak marah dengan saya kerana saya diterima?"tanya aku.
"Encik Farel tu famous handsome kaya semua orang nak dia ada."
"Jadi?"hairan aku.
"Jadi ramailah perempuan nak dapatkan Encik Farel tu."
"Ohh."
"Tapi Encik Farel tak suka perempuan terhegeh-hegeh dekat dia."
~~~~~~
Jamku menunjukkan pukul 2 petang aku belum lagi solat zuhur. Aku mencari surau untuk menunaikan kewajipan semua umat Islam ini.
Sesudah solat aku ke pasar raya untuk membeli perlengkapan untuk bekerja esok. Aku juga mahu membeli sedikit makanan ringan untuk menjadi night snack aku malam ini.
Aku pulang ke rumah pada pukul 4 petang. Waktu aku hendak masuk ke dalam rumah salah seorang jiran menegurku.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Penyewa baru?"
"Ya, nama saya Amelia Rania. Boleh panggil Mel."
"Ohh,nama akak Hanis. Baru pindah kemarinkan?"
"Ya kak."
"Kamu jangan ikut sangat perangai Si Wisyah dan Si Aurel tu mereka tu selalu keluar malam."
"Ohh ya ke?"
"Ya setiap malam lelaki ambil mereka entah pergi mana."
"Kawan mereka kot." Aku cuma bersangka baik kerana aku baru saja kenal mereka dan tidak baik untuk memfitnah mereka.
"Kawan apa setiap malam lelaki lain-lain."
"Saya pun tak tahu lagi saya baru pindah."
"Ya tapi jangan ikut perangai mereka nak berkawan tak apa."
"Terima kasih akak."
"Sama-sama."
Aku menghabiskan masa di dalam bilik sampai ke Maghrib. Aku keluar selepas waktu Maghrib untuk mencari makanan di dapur maklumlah selagi perut tak berbunyi malas nak keluar.
YOU ARE READING
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
Lãng mạnAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...