BAB 8

913 57 1
                                    


Seperti dijanjikan aku cepat masuk ke bilik kemas barangan ku untuk ke rumah sewa ku. Selepas kemas aku keluar dari bilik dan Encik Farel sudah tunggu di depan pintu. Dia mengambil beg barangan ku dan bawa ke bawah. Aku bersalaman dengan Mak Cik Lin kerana sudah menjaga aku selama dua hari di rumah Encik Farel.

"Terima kasih Mak Cik Lin."

"Sama-sama nanti datang lagi sini."

"Ya, saya tak akan lupa."

"Dah jom cepat."

"Bye Mak Cik Lin."

"Bye."

Aku masuk ke kereta milik Encik Farel. Encik Farel memandu keluar dari perkarangan rumahnya. Aku hairan kenapa Encik Farel tak tanya aku nak rumah sewa macam mana. Apa dia nak letak aku dekat tong sampah. Takkan kot.

Aku cuma diam dan melihat ke luar tingkap. Ramai orang sedang bermain di taman dengan keluarga dan kawan-kawan. Aku pun dah lama tak tanya khabar keluarga aku dekat Johor. Nak balik takut nak ambil cuti. Nanti sampai rumah sewa aku call family aku. Tiba-tiba kereta berhenti.

"Encik Farel kita dah sampai ke?"

"Ya."

Aku melihat ke luar dan sekarang kami berada di perumahan kondominium mewah.

"Encik Farel kenapa bawa saya kesini saya tak mampu nak bayar sewa."

"Jom aku ada."

Aku cuma mengikut. Kami nak ke tingkat 12. Kami keluar dari lif dan ke rumah nombor 126. Encik Farel menekan loceng yang di sediakan. Seorang perempuan membukakan pintu. Seorang perempuan muda. Dia isteri Encik Farel ke? Tapi kak Hanis cakap dia tak pernah bercinta jadi tak kahwin lagilah. Encik Farel masuk ke rumah dengan barangan ku dan aku cuma tunggu di luar.

"Kau tak nak masuk ke?"

Aku masuk ke rumah selepas di tegur. Encik Farel.

"Abang Rel inilah Amelia cantik orangnya. Hai saya Nisya."
Nisya menghulurkan tangannya untuk berkenalan denganku.

Aku menyambut tangannya.
"Saya Amelia Rania."

"Ini rumah aku tapi sepupu aku ini tinggal sini. Dia sama umur dengan kau cuba tak habis lagi study sebab malas."

"Abang Rel." Nisya menunjukkan muka geram.

Abang Rel? Kenapa aku macam pernah dengar panggil itu. Tapi aku tak tahu dimana.

"Mel jangan dengar cakap abang Rel. Saya tak habis belajar sebab course saya ambil kena study lama lagi."

Aku cuma tersenyum.

"Mel sini saya bawa awak ke bilik. Abang Rel angkat beg Mel."

Nisya menarik tanganku ke dalam salah satu bilik. Rumah kondominium ini ada 3 bilik semua bilik dilengkapi dengan tandas. Besar juga kondominium ini maklumlah milik Encik Farel.

"Ini bilik awak. Cantik tak boleh tengok KLCC."

"Cantik."

"Mel awak rehatlah dulu."

Aku cuma mengangguk.

Mereka berdua tinggal aku di dalam bilik. Aku mendengar perbualan mereka di luar.

"Nisya Mel baru sihat demam cakap bagi dia minum ais selalu. Dia takut tinggi,guruh dan kilat. Kalau hujan beserta kilat tolong selimutkan dia dan letak headphone dekat telinga dia."

"Ya Nisya tahulah nak jaga macam mana. Tahulah dia buah hati abang kan." Nisya mengusik Farel.

"Mana ada abang risaukan dia sebagai boss dan pekerja."

𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Where stories live. Discover now