BAB 10

1K 55 0
                                    


Farel dan Aqil sedang tidur di atas kerusi bersebelahan dengan katil Mel. Mel dapat di selamatkan kerana Farel cepat berlari ke arahnya dan sempat menyambutnya. Doktor Hani beritahu Farel yang mental Mel tidak stabil disebabkan kejadian itu. Mel akan rasa takut dan mungkin hilang kepercayaan diri. Farel sangat kecewa dan menyesal kerana dirinya yang penyebab Mel sakit kerana dia yang bawa Mel pindah ke kondominium miliknya.

Aqil cuba menenangkan Farel yang menyalahgunakan dirinya. Aqil tahu Farel sangat menyayangi adiknya. Farel cuba tenangkan diri. Semalaman Farel tidak tidur kerana mahu jaga Mel. Beberapa kali Mel mengacau waktu tidur. Farel tahu mungkin Mel sedang mimpi buruk.

Keesokan harinya, Mel bangun melihat Farel dan abangnya masih tidur. Mel tidak mahu ganggu mereka kerana Mel tahu mesti mereka penat. Mel bangun dari baring untuk mengambil air di meja sebelah katilnya. Waktu mahu tuangkan air ke dalam gelas air tertumpah terkena Farel. Farel terjaga dari tidurnya.

"Rania. Awak dah bangun."

"Sorry saya tak sengaja."

"It's okay. Kau nak minum?"

"Ya."

Farel mengambil jag berisi air dan cawan dari tangan Mel. Farel menuangkan air ke dalam gelas lalu memberikan gelas itu kepada Mel. Farel hanya menatap Mel yang sedang minum. Mel melirik ke Farel.

"Kenapa encik muka saya ada apa-apa ke?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Tak ada apa-apa. Rania....kau ingat tak apa terjadi semalam."

"Semalam?"

"Kau tak ingat?"

"Ohh, ingat. Kenapa Encik Farel lambat sangat bukan encik janji nak belikan makanan yang saya minta semalam."

"Itu sahaja yang kau ingat?"

"Ada perkara lain lagi ke terjadi semalam?"

"Tak ada."

Farel sediakan Mel sarapan. Aqil sudah balik ke rumah kerana semalaman tidur di hospital dan mahu datang ke hospital dengan ibu bapanya.

Hari ini Mel sangat lain dari kelmarin waktu dirinya mahu terjun dari bangunan. Mel hari ini adalah Mel yang sebelum ini. Tapi doktor Hani pesan kepada Farel jangan tengok luaran Mel sahaja happy mungkin Mel ingat kejadian kelmarin tetapi tidak mahu mengaku.

Farel tetap gembira dia dapat melihat senyum manis Mel lagi. Hari ini Mel sudah boleh pulang. Mel tinggal di rumah keluarganya. Farel memberikan cuti kepada Mel. Selepas dari kejadian Mel mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan dia tidak lagi merasa mahu bunuh diri ini kerana kawan kepada doktor Hani selalu memberi kaunseling kepada Mel.

Seminggu selepas itu Mel mahu bekerja tetapi di larang Farel. Walaupun Farel rindu untuk melihat Mel dan rindu untuk mengusik Mel tetapi dia tidak mahu sakit Mel datang kembali. Keras kepalanya Mel dia tetap datang ke syarikat.

Mama Mel,Puan Rozita melihat Mel yang sudah tiada dalam bilik dan keretanya sudah tiada. Puan Rozita dengan cepat memaklumkan kepada Farel kerana Farel pesan kepada Puan Rozita jika Mel ke mana-mana tolong maklumkan kepadanya.

"Assalamualaikum Farel."

"Waalaikumussalam aunty."

"Mel dah tidak ada dalam bilik."

"Apa! Dia ke mana?" Cepat Farel lari ke depan mengambil kunci keretanya.

"Mungkin pergi kerja."

"Tak apa aunty saya on the way ke tempat kerja."

𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Where stories live. Discover now