Hari ini hari minggu, aku ambil keputusan untuk tidur balik selepas mengaji selepas subuh.Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Siapalah yang kacau aku waktu cuti ini. Geramnya. Aku slide butang hijau untuk angkat call tersebut.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Tak bangun lagi ke?"
Aku terkejut bila dengar suara lelaki call aku. Aku tengok contact nama pada skrin telefon. Tertera nama Encik Farel Psycho. Terkejut aku buat apa dia call aku pagi-pagi ini. Jam pun baru menunjukkan pukul 8 pagi.
"Ada orang tak?"
"Ohh ada. Boss nak apa pagi-pagi ini."
"Rania bangun teman aku jogging."
"Boss hari ni hari cuti."
"Datang."
Panggil tiba-tiba tamat. Dia ini sukalah kacau aku nak rehat pun tak boleh. Aku bersiap untuk pergi berjoging. Aku mengenakan baju jersey, seluar olahraga dan kasut sukan aku yang dah berhabuk aku perap dalam rak kasut tu. Itulah Amelia makan banyak jogging sekali-sekala.
Aku tengok notification whatsapp dari Encik Farel. Encik Farel hantar aku location tempat untuk berjoging.
Aku tiba di location yang di hantar Encik Farel. Tapi aku tak nampak pun Encik Farel.
"Rania."
"Encik."
"Kenapa tak datang esok je?"
"Sorry lambat."
Dia ini ada je nak sakitkan hati aku. Dia tu yang pagi-pagi baru nak bagitahu nak suruh teman jogging. Kenapa tak bagitahu tahun lepas lagi?
"Jom."
"Sekarang?"
"Tak tahun depan. Sekaranglah kau yang lambat kenapa." Farel teruskan joggingnya.
Aku hanya jogging dibelakangnya. Semakin lama jogging semakin aku rasa jauh aku daripada dia. Tiba-tiba dah tak ada. Dia tu jogging ke lari pecut.
"Ahhh." Aku melepaskan penat di kerusi yang disediakan untuk pengunjung taman berehat.
"Baru 1 round."
"Sorry Encik Farel saya dah penat." Aku menunjukkan ekspresi penat mana tahu dia kesiankan aku.
"Bukan hobi kau berlari ke takkan jogging sikit dah penat."
Dia ni sindir aku ke apa.
"Encik Farel jogging dan berlari tak sama."
"Bagi aku sama dua-dua guna kaki." Dia meneruskan jogging untuk keberapa pusingan entah.
Aku terpaksalah ikut dia walaupun berjalan. Tapi aku terlampau penat jadi aku singgah di taman permainan. Aku melihat sekitar tak ramai kanak-kanak jadi aku terus ke buaian. Nanti kanak-kanak tengok aku semacam pula. Akak ini umur berapa main buaian.
"Manalah Si Rania ni." Farel mencari Rania satu taman tapi tak jumpa.
Farel mengambil keputusan untuk call Rania. Farel mencari contact nombor Rania. Terlihat di skrin Farel save nombor Rania "Si Rania Comel".
"Assalamualaikum. Kau dekat mana?"
"Sorry Encik Farel saya ada di taman permainan."
"Kejap aku pergi."
Panggil tamat.
Aku masih bermain buaian. Seorang jejaka ke arah aku.
"Hai boleh berkenalan?"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲
RomanceAmelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie. Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...