Amelia Rania seorang yang tidak berminat dengan cinta. Baginya cinta membuang masa. Dia lebih suka makan dan tengok movie.
Sampai suatu hari dia berjumpa dengan Farel Mifzal. Lelaki dengan muka dingin. CEO syarikat permainan video, Mifel Production...
Aku diberi cuti sampai kakiku sembuh. Setiap hari perlu lapor kepada Farel keadaanku. Rimaslah. Nak makan ke nak buat apa-apa kena beritahu kak Hanis dahulu jika tidak aku dan kak Hanis akan dimarah. Dia ingat aku ini lumpuh satu badan ke sampai tak boleh buat apa-apa.
"Assalamualaikum Mel, ni akak ada masak tomyam."
"Waalaikumussalam,kak."
"Kak letak dalam mangkuk kejap. Mel duduk sahaja."
"Kak saya ni terseliuh kaki bukan lumpuh."
"Nak buat macam mana nanti boss awak tu marah."
Aku menunjukkan muka masam.
"Mel ada apa-apa ke dengan Farel?"
"Tak ada. Kenapa kak tanya?"
"Farel tak pernah jaga seseorang sampai macam ni. Setahu kak dia tak pernah bercinta."
"Takkanlah orang handsome macam tu tak pernah bercinta."
Kak Hanis hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Jom makan."
"Ya."
~~~~~~
Hari ini dah tiga hari aku cuti. Kaki dah pun sembuh. Tapi Farel beri aku masuk kerja esok. Aku ini dah jadi seperti burung dalam sangkar; mata lepas badan terkurung. Dilayan seperti tuan puteri tapi terkurung dalam rumah.
Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada notification whatsapp. Whatsapp dari Tiara. Aku baru perasan dah lama aku tak contact dengan kawan-kawan baikku.