BAB 14

513 27 0
                                    

Hari ni hari terakhir aku dan Farel honeymoon. Jadi aku suruh husband aku ke  Lindt Home of Chocolate. Hari last baru nak pergi ni semua salah Farel orang lain honeymoon habiskan masa dengan isteri dia tiba-tiba busy dengan projek dekat Switzerland ni.

"Cepatlah sayang". Aku menarik tangan Farel.

"Sabar sayang".

"Saya tak boleh sabar siapa suruh awak busy pastu suruh saya melepak dalam bilik hotel sampai dua hari".

Tangan aku ditarik oleh Farel. Tiba-tiba saja aku ada dalam pelukan Farel.

"Mengajuklah ni?"

"Ya. Jadi sekarang ni sayang kena layan kerenah sayang. Jom."

"Ya."

Masuk saja dalam Lindt Home of Chocolate aku tergamam cantiknya tempat ni. Rasa tak nak keluar. Banyak sangat chocolate. Aku terus berlari ke arah chocolate yang ada dalam muzium ini.

Aku mencuba satu chocolate yang tersedia. Wah,sedap ia tak terhingga. Sedap sangat. Aku panggil suami aku suruh rasa.

"Sedap tak?"

"Sedapnya."

"Kan."

Aku ambik satu persatu chocolate letak dalam poket hoodie suami aku.

"Sayang buat apa ni?"

"Shh!"

"Sayang mana boleh buat balik."

"Saya ambil sikit je."

"Ohh,patut tadi sayang suruh abang pakai hoodie."

Aku cuma balas dengan senyuman yang tak bersalah.

Kami tiba di Malaysia pada pukul 8 pagi.

Kini aku dan Farel mencari barangan untuk rumah kami.

Kami pergi ke pasar raya. Aku pergi ke bahagian barangan basah untuk mencari ayam dan ikan untuk makan tengah hari. Takkan tak nak masak untuk sang suami kan. Farel pula pergi mencari barangan lain.

Mata aku tertarik pada ikan pari yang ada seekor sahaja. Sedapnya masak pari berlada. Sudah terbayang di fikiran aku. Waktu hendak memanggil pekerja disitu untuk memotong ikan pari tiba-tiba pula ada seorang perempuan nak ikan pari tersebut juga. Sibuk je aku dulu nak.

Perempuan tersebut ialah Aeris. Ya Aeris yang aku jumpa dekat Switzerland. Bila pula lah dia balik entah dia datang membeli sini sebab dia stalk aku dan nak jumpa suami aku. Jangan harap!

"Abang saya nak ikan pari yang ini."kata Aeris.

"Sorry kak sudah dibeli oleh kakak ni."kata pekerja sambil menunjukkan jarinya kearah aku.

"Ohh, Amelia kan? Isteri Farel? Datang sorang ke? Mana Farel?"

Banyak pula dia tanya aku.

"Ya saya Amelia Rania isteri Farel. Nama pun ada suami mestilah datang dengan suami." Aku tersenyum.

"Ya lah kan. Tak macam saya sorang-sorang sahaja."

"Akak ini ikan pari yang akak minta."

"Thanks. Saya pergi dahulu."

Kebetulan pula Farel sampai. Aeris menyapa Farel tapi tidak dibalas. Farel terus membawa aku ke kaunter untuk membayar. Aku boleh melihat muka Si Aeris tu bengang.

Sampai di rumah aku terus ke dapur untuk menyimpan barang basah dalam peti sejuk. Selepas itu aku masuk ke bilik untuk mandi. Farel masih ada di bawah. Entah lah apa yang dibuatnya.

Selesai mandi, tiba-tiba rumah aku blackout dan kelihatan kilat menyambar aku terus terduduk sambil menutup telinga. Farel dari bawah berlari ke atas. Farel membuka pintu melihat isterinya terduduk di tepi katil.

Farel terus menarik selimut menutup isterinya lalu memeluknya. Farel menepuk belakang isteri untuk menenangkan isteri. Sehinggalah isterinya tertidur dalam perlukan Farel. Farel membuka selimut melihat isterinya lena tidur lalu dia mendukung isterinya ke atas katil. Farel turun ke bawah untuk menyiapkan makanan tengahari.

Dengan keterampilan macam chef lima bintang Farel memasak makanan tengahari. Selepas hampir 20 minit, kini siap makanan untuk makan tengahari. Ada sayur goreng, ayam masak halia dan paling ditunggu-tunggu kan ikan pari masak berlada. Walaupun Farel kurang gemar makanan pedas dia tetap masakan makan yang pedas kerana favorite aku.

Farel menyakut kembali apron di tempat sedia ada. Farel terus bergegas ke atas untuk membangunkan isterinya. Tetapi Rania sudah bangun.

"Sayang?"

"Abang dah masak ke?"

"Ya, siap dah."

"Thanks, abang. Sorry susahkan abang."

"Kenapa susahkan pula. Lagi pun tugas isteri melayan suami bukan buat kerja rumah."

Aku menghadiahkan satu ciuman kepada Farel. Buat pertama kali aku buat langkah pertama. Wow.

~~~~~~

Hari ini Farel perlu ke pejabatnya jadi terpaksa aku tinggal sorang-sorang. Kalau aku bosan aku keluar dengan Sachi jugak nanti. Sachi kan sudah kerja di Malaysia.

Farel sudah berangkat ke pejabat aku pula tak tahu nak buat apa. Jadi aku buka tv mana tahu ada cerita yang aku boleh tengok. Tv pun tak bagi kerja sama tak ada langsung cerita best yang aku boleh tengok. Aku terus naik ke atas pergi ke bilik kerja Farel. Cari album perkahwinan kami yang sampai kelmarin. Aku melihat gambar kami waktu akad nikah dan bersanding. Tiba-tiba telefon aku berdering. Tapi nombor yang tertera di skrin telefon aku adalah nombor tidak dikenali. Aku takut nak angkat tapi aku angkat juga takutlah yang call aku tu Farel ke keluarga aku ke.

"Assalamualaikum?"

"Mel." Suara garau kedengaran.

"Siapa ni?"

Tut...

Panggilan tamat.

Siapa sebenarnya yang call aku. Dia tahu nama aku lagi. Lantaklah baik aku masak Farel cakap nak balik makan tengahari. Sekali lagi telefon aku berbunyi.

"Sayang hari ni abang tak dapat balik makan tengah hari."

"Abang?"

"Ya sayang ni suami sayang. Ohh, lupa ni telefon setiausaha abang."

"Ohh, okay."

"Kenapa suara sayang macam lain?"

"Tak ada apa-apa. Abang sayang nak minta izin keluar."

"Keluar dengan siapa?"

"Sachi."

"Boleh. Hati-hati tau. I love you."

"Thanks abang. I love you too."

Panggilan tamat.

Aku teringat orang yang aku tadi panggil aku Mel. Kalau suami aku call akan panggil aku sayang atau Nia. Takkan dia kot? Biarlah baik aku siap nak pergi jumpa Sachi.




𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗶𝘀𝗵 𝗪𝗶𝗳𝗲Where stories live. Discover now