"kenapa kita kena duduk dekat sini?" dia kembali bertanya untuk sekian kalinya. Muka dia dah tunjuk tanda penat. Nak mengalah.
"alaaa sabarlah. Abang takde ni. Tunggu sini sekejap je" aku kena pujuk dia kalau tak dia bising. Aku dan dia duduk dekat taman bunga. Belakang pokok bunga ros.
Dan aku dah dapat tangkap apa akan jadi lepas ni.
"dah penat. Nak balik. Bye" dia lari tinggal aku kat situ. Dalam masa yang sama badan aku ditarik dari belakang sambil mulut ditutup kemas dari mengeluarkan sebarang suara. Sekuat mana aku meronta untuk dilepaskan, tubuh kecil aku tetap tak dapat nak lawan kekuatan orang dewasa.
"sophia" suara dari belakang.
Aku tutup mata rapat. Badan aku mula ditarik jauh dari tempat tadi. Ditolak jatuh kedalam lubang hitam dan..
DUHHHH
"my dear princess,having good dream aih? Kissing some prince I guess?" dia tarik seyum mengejek. Morning greeting style kejam dan membunuh. Serius membunuh kalau hari-hari dia tolak aku dari katil hanya sebab nak kejut aku bangun. Patah tulang aku siapa nak ganti.
"boleh tak kau kejut aku dengan lebih selamat ?" suara serak aku dah keluar. mahluk disebelah hanya angkat bahu. Aku bangun memebetulkan segala otot dan mungkin tulang. Ditarik selimut yang turut mengikut aku jatuh tadi, dilipat memanjang dan diletak dihujung katil.
"boleh keluar tak?"arahan.
"kalau aku cakap aku tak nak, kau nak buat apa?" mencabar
"kau comel harini" tipu. Dia mahluk paling selekeh didalam kolam mata aku tapi bukan dalam mata orang lain.
"oke. Aku tahu. Kalau kau cepat, orang yang comel ni nak hantar kau ke sekolah" dia lempar senyum sebelum figura dia hilang dibalik pintu.
tangan mencapai tuala lalu kaki diheret kearah bilik air. tangan berkerja membesihkan gigi tapi otak masih mengulang tayang mimpi pelik tadi.
Aku dengan dia
kali ni dah masuk 3 kali. setiap kali itu, aku dalam situasi yang sama. Budak yang tinggal aku kesorangan, aku diheret oleh seseorang. Macam realiti.
Mental note;
Mimpi hanya mainan tidur.
tangan melakukan kerja kerja pengeringan rambut pula. mata masih kukuh pada susunan baju tergantung dalam almari. Baju aku bukan banyak macam budak perempuan lain dan aku selesa dengan style aku macam ni. Kepala dibungkus macam turban, tangan mencapai baju oversize white plain tshir dipadankan dengan jeans berwarna dark chocholate. For outer wear, aku padankan dengan kemeja berbutang berwarna hijau lumut.
Tuala ditarik turun dari melilit kepala. Rambut yang hanya paras bahu dibiar lepas. Disikat hanya ala kadar. Lagipun rambut tak berapa nak kering. Getah rambut disarung dipergelangan tangan.
kasut, my only one. high cut denim sneakers and all done!
dicapai beg lalu disangkut pada bahu. diambil segala note book yang bersepah di atas meja study. Aku berlari anak menuruni tangga. Membawa kaki kearah dapur yang semerbak dengan bau kopi instant dan roti bakar.
"morning Rafh" uncle menyapa dangan senyuman yang tak pernah lekang dibibirnya.
"morning uncle, Rafh dah lambat ni. adios"
"ambil roti tu. have a nive day, sweety" aku capai mug berisi milo suam. seteguk dua dah cukup. roti dicapai pula. digigit dan terus kearah pintu depan. Sure enough mahluk tu dah berapi tunggu kat luar.
uncle James. orang kedua aku sayang kat muka bumi ni. yang pertama mestilah mak ayah aku. walaupun aku pun tak tahu apa yang jadi kat mereka, mengikut cerita uncle meraka mati dalam kebakaran. Rumah kami-lebih tepat. Kami terselamat, my parent-tak. Mungkin sebab kami masih kecil masa tu, memori tu macam tak wujud dalam kotak ingatan.
uncle jaga kami start umur 3 tahun dan aku terbiasa panggil dia uncle walaupun dia marah suruh panggil dia papa.
"kau lambat" dia bersandar pada kereta. Gaya muka macam nak telan aku.
"aku tak suruh kau tunggu pun" mulut disumbat lagi dengan roti.
"habiskan roti tu cepat atau aku yang makan nanti" kalau orang lain dengar mungkin dah cair. Aku dah immune dengan pick-up line dia. 18 years live together, dari sekecil cell sampai dah tinggi melanggit macam galah ni. Semua tu dah sebati dengan aku.
~~
(edited-20151022)
that my prolog pasal princess tu. hahaha. seriusly, aku tetibe hilang idea ape aku nak tulis semalam. hahahaha. ampun?
aku suka element of surprise. hahaha. sebab aku rasa tak best reveal nama watak aku awal cerita.
Q: who is 'mahluk' ?
anyway do read and comment.
xoxo
zxxtralala
YOU ARE READING
three sixty
Teen FictionHanya sebab sekeping memori yang sangat pahit untuk ditelan. Hanya kerana satu salah faham, Dipusing sampai 360 darjah demi mengambil kembali hak yang sepatutnya. Dijanji pada diri jangan jatuh dalam perangkap sendiri Hanya kerana 'dia' Semua benda...