"all done?" aku buat jari peace sambil laju menuruni anak tangga. Dari jauh aku dapat tangkap bau fresh baked muffin mama. Makin laju kaki membawa aku kearah dapur. Duduk di kerusi hadapan kaunter dapur sambil kedua dua tangan dah menongkat dagu.
"bilik okay?"
"okay sangat ma. One more thing, thanks tau sebab tak sedekah semua buku buku Phia." ma pusing belakang. Senyum.
"Takkan mama nak sedekahkan harta kesayangan puteri mama sorang ni. 3 kotak besar pun tak mampu nak muatkan all your books. Nasiblah El hantar half of it pakai kargo awal awal dulu. Kalau nak buat sekali gus jawabnya ma tinggal je kat sana."
Ting!
Mama pakai balik glove oven dia yang berwana biru lembut. Dibawa keluar muffin coklat yang sangat gemuk lalu diletak dihadapan aku.
"Ma, can I have one?"tampal sengih. Mama dah angkat muffin yang masih lagi berasap nipis, diletak dihadapan aku. Muffin coklat yang gemuk gemuk tu macam tengah provok aku untuk telan diorang.
"mana El? Ma tak nampak pun dia""nak orang check dia tak? Kot kot pengsan kat atas ke?" aku gelak kecil. Mama mampu geleng kepala.
Faham benar dengan bahasa luar alam aku pakai. Kalau orang lain dengar mahu cakap aku ni kurang ajar.
Kaki dibawa kearah bilik El. Sebelah je dngan bilik aku. Diketuk tiga kali sebeluh dibuka pintu dengan luas. El duduk atas katil sambil belek album. Barang dia masih lagi tak terkemas. Setia dalam kotak. Ni kalau mama buat spot check mahu melayang kotak kotak ni keluar.
"mama suruh check, kau hidup ke tak?" aku berdiri sandar pada bingkai pintu.
Senyap.
Aku jalan masuk kedalam bilik dia. Berjalan kearah katil sebelum duduk sebelah dia. Mata dapat tangkap gambar mama peluk kami berdua masa hari jadi yang ke-tiga. Dibawah ada gambar El dengan pingat emas. Menang dalam acara swimming.
"mama okay?" mata lekat pada album."okay. Dia siap buat muffin lagi "aku ketawa tapi macam dibuat buat.
"kau tahu kan mama baking bila dia risau? "
Aku senyap. Kaki dihayun perlahan.
"i knew it. This is bad idea." dia kembali bersuara."kau taknak ambik balik hak kau yang dirampas?" aku tanya.
"kau tahu kan.."
Aku cantas. "no. Kau the only one yang paling berhak. Aku pujuk mama pindah sini sebab nak dapatkan balik hak kita. Aku nak mereka bayar balik apa mereka buat kat kita!"
"kakak, benda tu dah lama. Entah entah mereka semua tu memang dah ingat siapa mama." El tutup album gambar. Diletak di atas meja kecil sebelah katil dia.
"i know what you thinking. Kita kembar. Aku boleh baca kau. Kalau betul apa yang aku baca ni, aku harap kau lupakan. Aku taknak kau sakit." dia bangun berjalan keluar.
Sampai depan pintu, dia berhenti. Masih membelakangi aku. "at least kita tak akan ulang kesilapan yang sama macam mereka buat"
YOU ARE READING
three sixty
Teen FictionHanya sebab sekeping memori yang sangat pahit untuk ditelan. Hanya kerana satu salah faham, Dipusing sampai 360 darjah demi mengambil kembali hak yang sepatutnya. Dijanji pada diri jangan jatuh dalam perangkap sendiri Hanya kerana 'dia' Semua benda...