♬water lily-instrument♬
♛♕♛♕♛♕
kiri kanan kiri kanan. Ohh yea, smile. otak tengah programming apa yang patut dan tak patut. untung dapat pujuk Kelly nak pakai chuck taylor kalau tak, saja je buat free show berguling sebab pijak baju sendiri
"okei?" wajah tuanya memandang aku dengan penuh kerisauan. mana taknya, tangan sejuk macam kena celup ais.
"maybe" tu je mampu terluah. i wish Hunny is here.
"lama lama okeilah. be fun. uncle ada urusan kena settle kan. can you enjoy yourself?" aku angguk. kesian uncle, ni mesti hal kerajaan. El baru ambil alih, jadi banyak prosedur dan uncle banyak membantu kami adik beradik.
"well then, anything call uncle okei?" aku tampal senyum. sepanjang malam aku kena senyum. sah, kebas muka aku esok.
diperhatikan sekeliling dewan ini dihiasi bunga bungaan segar. secara semula jadi dewan dilitupi bauan bunga.
tetamu yang hadir kebanyakan royal. dari dress yang dikenakan hingga ke perhiasaan semuanya tampak mewah. aku? huh. aku rasa macam kerdil je dalam kelompok manusia dalam dewan ni.
dari aku terpacak sambil fikir bertapa kerdilnya aku, lagi baik aku layan perut. makanan dalam dewan ni macam ada daya magnet tarik aku untuk capai beberapa dari mereka lalu diletakan atas pinggan.
"banyaknya"ada suara menegur dari belakang tapi diendahkan sahaja. Siapa je yang kenal aku selain dari uncle.
"hey, chuck Taylor" mati langkah aku. lambat lambat badan dipusingkan melihat manusia yang menegur. dia lempar sengeh.
/ / / /
"kau royal" aku yang mula dulu.
"kau pun" dia balas. tangan dilipat didada sambil mata tak lepas dari aku.
"aku? Just nobody. Trust me"
"me too" dia mengambil kebab dari pinggan aku.
"bagi balik" separuh menjerit.
"kat sana banyak lagi" dia tunjuk arah tempat buffet.
"kau kan. Urg whatever "mengalah.
aku meneruskan aktiviti makan aku aside of kebab aku kena kebas, nasib ada cupcakes. Dia duduk depan aku—makan jugak. Tak kesah lah dia nak duduk mana pun. Malas nak bertekak. Kat tempat asing ni aku rasa semua mata curi pandang aku. Maybe because first, mereka dah tahu siapa aku and secondly, mereka dah nampak kasut dalam dress aku ni. Mana ada princess lain padankan dress dengan chuck taylor kecuali aku.
"hey, jom main games like the last time we met?" diangkat wajah kearah mahluk tadi. dia ni memang tak reti duduk diam ke?
"no"
"aku bosan."
"dahtu?" ditongkat dagunya diatas meja. menyelaraskan pandangan matanya kearah aku. kolam mata hijaunya yang sangat unik bagi aku.
"be my partner dance?"
"bagi sebab kenapa aku kena terima?"
dia tarik senyum. dirapatkan lagi mukanya kearah aku, "sebab saya paling kacak dalam dewan ni"
dan aku mula gelak tanpa sedar sehingga jadi perhatian orang.
Lagi.
"ha ha ha ha , dan aku paling cantik dalam dewan ni? tolong jangan perah santan" pinggan yang kosong ditolak kedepan. ditarik pula gelas berisi fruit punch kearah mulut.
"I'm serious" dengan gaya muka serius-lah-sangat. aku tahan gelak. Behave myself.
"me too" aku lempar senyum.
"dahtu?"
"three!" riak muka dia sama ada bengang takpun blur lagi. hahaha.
"minta maaf mengganggu semua. minta diberikan perhatian kearah pentas sebentar" mata dilarikan kearah pentas. seorang lelaki yang memegang microphone itu mungkin host tapi yang sebelah tu macam biasa jumpa. kat mana agaknya..
"terima kasih kepada hadirin yang hadir. Tujuan utama majlis hari ini adalah untuk memperkenalkan calon isteri kepada the prince" para tetamu mula memandang antara satu sama lain. ada yang mula berbisik.
"patutlah dia rajin semacam nak ikut sekali the ball" aku pandang Aden. pelik.
"You know him?"
"Sort of" air muka dia macam tak puas hati. entah aku susah nak describe. mata kembali semula kearah pentas.
"calon isteri bagi prince Edmund Luke Hemmington adalah Miss Rafhalena Sofhhia Hapton" seisi dewan bertepukan—tanda tahniah. aku membeku di tempat duduk. otak lambat memberi respon apa yang baru didengari.
tolonglah cakap aku salah dengar.
"Miss Hapton, saya harap awak dapat naik ke atas pentas ni" aku rasa nak menyorok bawah meja. apa kaitan aku dengan dia?!
~ ~ ~
Edited:20151022
hello again. dah chapter 011 rupanya. /terharu/
kali ni tak banyak sgt sebab yg hari panjang gila - -"
dan aku tak tahu knp ilham aku dtg tgh malam dan pagi buta. otak bru dpt berfungsi kut? hahahaha.
silalah sambung. aku nak tgk point 'dia' hahahaha.
p/s: aku dh ade nicks baru. hahaha. budak2 AS punya keje XD
xoxo
zxtralala
YOU ARE READING
three sixty
Teen FictionHanya sebab sekeping memori yang sangat pahit untuk ditelan. Hanya kerana satu salah faham, Dipusing sampai 360 darjah demi mengambil kembali hak yang sepatutnya. Dijanji pada diri jangan jatuh dalam perangkap sendiri Hanya kerana 'dia' Semua benda...