PERMINTAAN luar jangkaan yang keluar daripada mulut Datuk Adam sendiri. Perihal lama terungkit kembali. Permintaan lain boleh diterima tapi bukan yang ini. Bukan niat mahu menderhaka terhadap orang tua tapi dia masih belum bersedia.
"Papa tahu kan Bunga masih sayangkan arwah. Takkan Bunga nak khianat cinta dia." Datuk Adam merenung tajam puteri tunggalnya.
Bunga menunduk tidak berani membalas pandangan. Pandangan Datuk Adam kembali beralih pada
surat khabar di tangannya."Cinta kamu tu boleh bagi papa pewaris ke? Papa bukan makin muda tau, Bunga."
"Tapi pa..."
"Papa tak nak dengar sebarang alasan lagi. Papa perlukan cucu sebagai pewaris A. Holders. Nak harapkan kamu seorang tak boleh," balas Datuk Adam ralit membaca surat khabar.
Kedudukan Bunga yang tadinya di atas sofa melorot ke lantai. Jari ‘ketam’ Datin Thalia naik mencubit lengan kanannya.
"Duduk elok-elok Bunga," tegur Datin Thalia.
"Bunga nekad tak nak kahwin selagi hati dan perasaan masih cintakan arwah abang Izma."
"Apa yang susah sangat nak dengar cakap papa?!" Hempasan surat khabar menyentakkan Bunga dan
Datin Thalia. Kali ni tumpuan Datuk Adam sepenuhnya kepada Bunga."Sayang, Izma dah lama pergi. Takkan kembali lagi ke pangkuan anak mama," kata Datin Thalia lembut memujuk Bunga. Ibu mana yang tak mahu anak merasai kebahagiaan
dengan hidup berkeluarga."Pasal calon mama boleh carikan. Ramai anak lelaki kenalan mama yang boleh Bunga pilih."
Bukan itu masalah utama. Hatinya masih setia. Setia terhadap cinta Izma Fathi. Arwah tunangnya yang meninggal dunia akibat serangan bom sewaktu operasi.
"Mama dan papa tak kisah kalau Bunga ada calon sendiri?" Mulut terkatup rapat dari meneruskan ayat sebaik sedar. Datin Thalia dan Datuk Adam memandang serentak.
"Kalau macam tu suruh dia masuk minang."
"Errr...bagi Bunga masa. Dua minggu."
"Untuk apa masa dua minggu atau kamu sebenarnya takda calon langsung. Kamu nak kelentong mama dan papa?"
Datin Thalia serkap jarang pula.
"Bukan. Bagi masa sikit untuk Bunga cerita dekat dia. Lagi pun dia pun askar."
"Kalau macam tu papa beri kamu masa." Datin Thalia angguk setuju. Bunga menarik nafas lega selepas Datuk Adam berkata begitu. Senyuman kelat diberikan.
NURINA memandang Bunga atas bawah selepas dengar cerita. Gila ke cari calon suami dalam masa dua minggu. Ingat drama Akasia pukul tujuh malam ke?"Engkau ni suka ikut kepala otak sendiri kan. Eiii geramnya aku dengan kau!" Bunga pandang Nurina sambil tersengih. Silap sendiri kerana berkata begitu pada Datuk Adam dan Datin Thalia.
"Sekarang ni akak kena tolong Bunga."
"Engkau yang cari pasai dulu tanggung sendiri." Selamba Nurina membalas.
"Tolonglah. Akak kan bijaksana cantik pula tu takkan tak nak tolong adik akak yang comel ni." Bunga merayu.
Nurina menjeling Bunga sekilas. Bila nak minta tolong bukan main puji melambung tinggi.
"Pandai bodek eh. Ingat cari suami macam cari ikan dekat pasar. Banyak pilihan macam tu."
"Papa tu nak sangat cucu. Kalau ikutkan hati tak nak kahwin awal pun."
Nurina jadi hairan. "Tapi takkan Datuk suruh kahwin awal semata sebab cucu." Bunga angkat bahu. Mana dia tahu tujuan sebenar papa suruh kahwin awal. Nurina mengeluh berat. Tiba-tiba muncul idea di fikiran.
"Apa kata kau buat misi mencari bakal suami?"
"Macam mana?" soal Bunga.
"Kau buat interview siapa yang layak untuk jadi calon suami. Tetapkan syarat ikut citarasa sendiri," kata Nurina menerangkan ideanya. Bunga kemudiannya mengangguk setuju dengan cadangan itu. Menarik!
"Bila nak mula?"
"Esok. Cepat mula cepat habis takda kena melayan sewel kau tu lama-lama."
"Ouh kejap." Laju tangan membuka telefon lalu mata fokus merenung skrin. Bercantum kening Nurina melihat perilaku Bunga. Apa lagi yang dilakukan oleh gadis ini…
"Siap!"
"Kau buat apa?" Kening terangkat.
Jemari Bunga menekan alat interkom sedia ada atas meja. "Fad masuk bilik saya sekejap."Beberapa saat kemudian, Fadlina muncul di depan bilik kerja Bunga. Nurina perhatikan saja dari tempat
duduknya yang berhadapan dengan Bunga."Ya cik Bunga," sahut Fadlina, pembantu peribadi Bunga.
"Tolong print apa yang saya hantar dekat awak," Bunga memberi arahan. Fadlina pantas membuka telefonnya
dan mungkin sedang melihat apa yang dihantar kepadanya.Bunga pandang wajah Fadlina yang sudah melopong. Poster mencari bakal suami? Biar betul?
"Cik biar betul nak buat dekat pejabat? Datuk kalau tahu ni masak saya nanti." Fadlina kelihatan takut. Nurina juga turut tidak ketinggalan terkejut. Otak Bunga masuk air ke?
"Awak jangan risau. Datuk tak tahu pasal perkara ni. Sekarang awak buat je apa yang saya suruh tadi."
"B-baik Cik Bunga." Fadlina mengalah. Kata bos kena dengar kalau tidak sia-sia kena buang kerja.
"And one more thing sebarkan benda ni ke media sosial lagi cepat saya tamatkan semua benda ni," katanya sebelum mengarahkan Fadlina keluar.
"Baik Cik Bunga." Fadlina keluar dari bilik kerja Bunga.
"Haih, Bunga Bunga."Bunga sandarkan badan ke kerusi empuk selepas Nurina beredar. Kalau misi ni tak menjadi juga maksudnya kena redha kahwin dengan pilihan mama. Tapi takkan nak kata itu semua tipu. Tak kan? Serabut dia ketika ini. Kenapa papa mesti bangkitkan isu ini semula.
YOU ARE READING
ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)
Romance"𝓘'𝓶 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻 𝓔𝓻𝓶𝓪𝓷. 𝓛𝓮𝓯𝓽𝓮𝓷𝓪𝓷 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻." Berkahwin di usia muda kerana ayahnya memerlukan cucu lelaki sebagai pewaris syarikat. Bunga Athalia mula jalankan misi mencari bakal suami bersama sahabat baiknya, Nurina Balqis dalam temp...