𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 14

21.8K 1.2K 18
                                    

TANGAN Puan Ilyas disalam lembut sebelum mereka berpelukan. Hazir menghampiri isterinya sebaik selesai memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

"Tiada barang tinggal?" tanya Puan Ilyas.

Hazir menggeleng.

"Semua dah ada," jawab Hazir.

"Bunga dengar kata suami bila dah duduk serumah. Ingat kepercayaan penting dalam kehidupan berumah tangga." Pesanan ringkas Puan Ilyas berikan kepada menantu perempuannya.

"Baik ibu. Terima kasih jaga makan minum Bunga sepanjang duduk sini dan Bunga minta maaf kalau ada buat ibu terasa hati," kata Bunga. Puan Ilyas senyum. Tangan menantunya diraih.

"Bunga menantu ibu. Sepatutnya ibu minta maaf sebab sepanjang Bunga ada dekat sini banyak kecil hati dengan Maira. Bunga anak yang kuat." Mahu saja Bunga mengalirkan air mata saat itu. Ibu mentuanya baik dengannya. Sangat.

"Hazir, kak Rai nak cakap sikit dengan kau," ujar Raisya mendahului adiknya.

"Abang pergi jumpa kak Rai kejap." Hazir berkata separa bisik. Rangkulan dilepaskan sebelum tepi dahi isterinya dicium.

Puan Ilyas senyum manis membuatkan wajah Bunga merona kemerahan. Rasa nak menyorok dalam bonet. Depan ibu juga nak bersweet macam ni. Di sisi Hazir dan Raisya kelihatan sedikit tegang. Raisya peluk tubuh memandang tajam adiknya

"Bunga tak tahu langsung pasal kerja asal kau?"

Raisya mulakan bicara.

"Memang pun," balas Hazir tenang. Tangan dimasukkan dalam kocek seluar menyerlahkan ketampanan jejaka ini. Raisya terkejut.

"What?! Ingat, kalau kau masih dipanggil untuk bertugas bila-bila masa saja boleh kantoi." Hazir diam. Raisya menghela nafas berat. Dia faham mengapa Hazir merahsiakan perkara itu tapi tidak mustahil untuk diketahui Bunga satu hari nanti.

"Jangan berahsia terlalu lama. Kak Rai tak nak menyesal kau menyesal kemudian hari." Raisya memandang simpati terhadap Hazir. Teringat akan arwah ayah mereka yang terkorban dalam peperangan. Arwah ayah sepatutnya bersara tapi masih mahu berkhidmat untuk mempertahankan negara.

"Arwah ayah pertahankan dua benda dalam masa yang sama. Negara dan cinta dia terhadap ibu. Kak Rai tahu kau boleh buat sama seperti ayah." Bahu Hazir diusap memberi semangat kepadanya.




MITSUBISHI Triton membahagi jalan raya. Dalamnya sunyi tanpa suara dari dua manusia dan hanya lagu sahaja memecah kesunyian.

"Awak."

Senyap.

"Awak!"

Cubaan kali kedua memanggil. Tetap sama. Senyap. Bunga mula bengang. Orang panggil bukan nak sahut. Haish!

"Awak! Saya panggil ni."

"It's supposed to you calling me abang instead of awak, right sayang?" Bunga memandang Hazir sekilas. Tahu lah dia tua dari kita tapi tahu tak geli nak panggil abang tu. Eii.

"Alaa kita duduk sendiri kan takkan masih nak berabang bagai. Lagi pun saya dah selesa." Masih dengan pendirian untuk memanggil panggilan awak berbanding abang. Hazir menghentikan kereta sebaik lampu isyarat bertukar merah.

"Abang not awak. Got it, dear?" Tangan Bunga dibawa ke bibir. Bunga terpana. Jantungnya degup laju terutama bila Hazir berbuat demikian. Adakah ini perasaan...

'Bunga stop it! Ingat tujuan utama kahwin dengan dia.' Bunga mengetuk kepalanya berulang kali.

"Hei takmo buat macam tu. Sakit kepala nanti."

Sekarang kepala Bunga dipegang pula. Lelaki ini penuh dengan kejutan. Mahu saja Hazir ketawa namun ditahan. Tak sampai hati nak ketawa.

"Ingat Hazir, jangan pernah jatuh cinta dengan saya!" katanya menyedarkan Hazir tujuan asal mereka berkahwin.

"I can't promise, sayang." Serentak itu pipi kanan Bunga dicium sekilas sebelum kembali fokus pemanduan. Hazir sengih melihat wajah kemerahan Bunga dari hujung mata.

"Next week kita pergi honeymoon. Sayang cakap saja nak pergi mana 'abang' bawakan."

Perkataan abang ditekankan sengaja. Ingatkan sudah berhenti mengusik rupanya ada lagi benda yang nak dikenakan. Bunga menjulingkan mata ke atas sambil berpeluk tubuh. Menyampah betul! Hazir yang tidak dapat menahan terus ketawa besar dalam kereta itu. Suka dapat mengenakan Bunga.

His only wife, flower and moon.

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now