𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 15

24.4K 1.2K 24
                                    

TERGAMAM Bunga melihat susunan perabot dalam penthouse ini. Cantik sekali walaupun kelihatan simple dan teratur. Susun atur ruang tamu ini menampakkan lebih luas dan selesa walaupun lengkap dengan perabot.

"Tutup mulut tu nanti lalat masuk." Hazir menegur sambil menolak bagasi milik Bunga masuk ke dalam.

"Ini rumah awak ke?" tanya Bunga.

Cup! Wajah Bunga merona kemerahan. Hazir sebelahnya dipandang sekilas terus mencubit perut lelaki itu. Suka ambil kesempatan.

"Hazir!"

"Setakat pipi je nak kecoh."

Bibir bawah digigit. Masa ini juga nak tersasul. Bunga memarahi dirinya. Memang patut kena cium tadi. Mata meliar meneroka lagi keadaan di dalam penthouse. Pernah berniat untuk memiliki sebuah penthouse tapi masih belum kesampaian.

"Suka?"

"Gila tak suka. Lawanya rumah ni! Pandai abang deco," puji Bunga tanpa sedar menggunakan gelaran abang.

"Apa sayang panggil tadi?" Wajahnya dirapatkan pada wajah si isteri. Serta merta ditolak oleh gadis itu.

"Kut ya pun jangan dekat sangat. Tak suka!"

"Tak suka atau malu sayang?"

Mai sudah perangai mengusik Hazir itu. Bunga berang. Kenapa lelaki ini suka buat dia lupa cara untuk bernafas? Parah parah.

"Bilik saya mana?"

"What do you mean by 'bilik saya'?"

"Yelah bilik saya. Takkan nak tidur bersama pula."

"Absolutely we will sleep together as real husband and wife. A big no for you to sleep alone. Sayang ada abang yang boleh peluk waktu malam."

Dicuit hujung pangkal hidung Bunga. Agaknya dah berapa tong malu mamat ni tuang dekat dia. Selesai mengemas rumah dan apa yang patut, Bunga merengangkan badan pada sofa berbentuk L. Letih betul seluruh badan. Hazir bercekak pinggang melihat isterinya senang lenang baring atas sofa sedangkan dia perlu menghabiskan kerja mengemas. Hazir mendekati sofa dimana Bunga berbaring.

"Bertuah punya bini boleh pula tidur dekat sini." Hazir menghela nafas sebelum tubuh Bunga genit dicempung bawa ke bilik. Perlahan diletakkan atas katil risau mengganggu lena gadis ini. Dia duduk di sebelah isterinya dan lantas naik mengusap pipi. Telefonnya berbunyi beberapa minit kemudian lalu diangkat tanpa menunggu lama.

Dalam kelekaan mendengar suara si pemanggil di talian, Hazir dapat merasakan sesuatu yang berbulu. Lantas dia menunduk. Terbuntang melihat benda berbulu ini sedang menggosok badannya pada kaki sambil mengiau.

"ARGH!"

Bunga terjaga dek jeritan nyaring lelaki ini ditambah kedutan pada dahi tatkala dia menoleh. Tawa ditahan daripada meletus. Sekeliling bilik diperhatikan mencari sumber suaminya menjerit rupanya kucing kesayangan dia yang sedang mengiau sambil merenung Hazir.

"Abang kenapa ni?" tegur Bunga risau. Wajah tenang ditayangkan padahal dalam hati sedang menggelakkan suaminya.

Hazir merayu minta jauhkan kucing tersebut.

"Aik takkan kucing pun takut. Pelik-pelik je abang." Tawanya meletus jua. Bunga bangun mendapatkan kucing peliharaannya.

"Marienatte macam mana boleh terkeluar daripada sangkar?"

Entah bagaimana kucing itu boleh terlepas dari sangkar kerana sebelum masuk ke dalam rumah Bunga letak elok di luar rumah itu. Hazir merenung tajam isterinya yang berani mentertawakannya sambil turun dari sofa.

"Bukan takut cuma..."

"Kalau tak takut nah pegang." Marienatte dihulurkan pada Hazir dan automatik lelaki ini naik semula ke atas sofa ketakutan.

"Flower pleaseee! Jauhkan benda berbulu tu dari abang." Hazir merayu. Semakin lebar senyuman Bunga mahu mengusik lelaki ini. Dia bangun menghampiri Hazir dengan sengihan nakal di bibir.

Revenge time!

"Abang!" Baru beberapa langkah mendekati Bunga gelabah. Cepat-cepat dia letak Marienatte di lantai dan berlari mendapatkan suaminya.

Hazir Erman pengsan!

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now