HUJUNG jari kaki tidak berhenti menguis permaidani yang berada dalam bilik ini. Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Bunga. Segera Bunga berdiri sebaik melihat susuk tubuh Hazir masuk ke dalam kemudian mata bertembung. Lantas Bunga menunduk. Malu!
"Untung lantai kena tenung."
Bunga bingkas bangun pergi ke bilik air.
"S-saya nak solat." Bunga bersuara apabila Hazir bertindak menahan dari terus melangkah.
"Cepat sikit abang imamkan," ujar Hazir lembut.
Bunga mengangguk laju lalu bergerak ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Hazir tersenyum nipis melihat gelagat isterinya. Solat Isyak berjemaah diakhiri dengan salam. Terpegun Bunga mendengar kemerduan suara Hazir membaca surah tadi. Huluran tangan Hazir dipandang kemudian beralih ke muka.
"Untuk?"
"Tak nak salam?"
Lantas Bunga menyambut dan mencium tangan kekar tersebut. Baru sahaja Bunga mahu mengangkat kepala terhalang kerana dapat merasakan ciuman syahdu pada kepalanya. Bunga kaku. Mereka saling menatap satu sama lain sebelum Bunga mengalihkan pandangan ketika Hazir senyum manis ke arahnya.
Pantas Bunga bangun meninggalkan suaminya sebelum melangkah ke ampaian sejadah. Sedang menyangkut sejadah pada penyangkut, tiba-tiba tangan kekar melingkari pinggang lalu leher Bunga menjadi mangsa.
"A-awakk..."
"Terkejut sangat sampai tersasul ke sayang?" Bunga mengetap bibir. Macam mana boleh terlupa syarat lelaki ini menyuruhnya untuk menggunakan gelaran abang.
"M-mana ada saya terkejut tadi."
"Are you sure, moon?"
Terus meremang bulu roma kerana lelaki ini bisik ke telinga tambahan deruan nafas turut terasa. Bunga tidak ubah seperti patung cendana. Hujung bibir Hazir terangkat menandakan dia sedang tersenyum. Sinis!
"Kau yang minta, Bunga," monolog Hazir.
Hazir bertindak memusingkan tubuh genit Bunga menghadapnya. "Kenapa lari dari abang ni, hrm?"
Selepas bergelar suami isteri pagi tadi, Bunga kerap melarikan diri ketika bertembung dengan Hazir dari pagi tadi. Bukan Bunga sendiri yang beriya nak kahwin. Sekarang terbalik. Tepi dahi digaru mencari idea untuk menjawab pertanyaan tersebut. Nak jawab apa ni? Hazir mendekatkan mukanya dengan muka Bunga lalu dahi mereka bersatu.
"Sayang tahu kan malam ni malam kita?" Senyuman nakal terukir pada bibir. Cubaan menolak tubuh itu gagal apabila Hazir sauk pinggangnya dan automatik tangan naik mencipta jarak.
"M-maksud?" Bunga menyoal gagap. Hazir tidak menjawab tetapi senyum penuh makna.
Gulp!
Kahwin tak sampai 24 jam Bunga dah tahu perangai sebenar Hazir. Gatal! Miang!
Mana pergi sifat dingin lelaki itu sewaktu pertemuan kali pertama mereka berdua? Hilang. Bunga sendiri bingung dengan perubahan Hazir. Mungkin ini sekadar lakonan lagipun mereka berada di rumah keluarga Hazir takut semua rahsia terbongkar.
"Kenapa? Malu?" soal Hazir masih dalam mood mengusik. Suka melihat pipi kemerahan milik Bunga. Isterinya mahu saja ketuk kepala suami dengan pasu yang ada atas meja ni tapi mengenangkan papanya mahukan cucu, Bunga batalkan sahaja niat itu. Kalau tidak pasti menjanda di usia muda.
"Jom tidur," ajak Hazir sebelum meleraikan pelukan.
"Abang pergi tidur dulu," balas Bunga.
"Tapi abang nak tidur dengan sayang. Alang-alang tu boleh-" Sengaja Hazir menggantungkan ayatnya. Maksud disebalik senyuman nakal itu dapat ditangkap oleh Bunga. Otak kotor!
"Mengada... tak nak."
"Buat anak pun kira mengada ke sayang. Halal kan."
Tolong panggil ambulans, parah sangat dah ni.
"Please dear-"
Bam!
Dua pasang mata ini memandang tepat ke arah pintu bilik yang kena hempas. Pelukan turut terlerai sama. Suzaily berlari mendapatkan Bunga lalu wanita itu menariknya ke dalam pelukan. Esakan dari anak kecil ini sudah Hazir tahu penyebabnya.
"Hey sayang kenapa ni?" Bunga menyoal Suzaily cemas. Jika tadi bersyukur kerana ada penyelamat tapi berubah cemas selepas melihat air mata kanak-kanak itu.
"Babah ahat! Dia ata Aily mok!" Anak kecil ini terus mengadu. Tercengang Bunga seketika. Hazir melutut separas Suzaily. Kepala anak saudaranya ini diusap perlahan.
"Nanti papa babap babah okay. Takmo nangis," pujuk Hazir lembut.
"Anji?" Suzaily tayang jari kelingking comelnya di hadapan pakciknya. Hazir mengangguk kemudian menyatukan jarinya dengan jari comel itu.
Bunga cair. Lembutnya suara bila dengan budak. Ada ciri bapa mithali pada diri Hazir ni. Tanpa sedar, Bunga mengukir senyuman melihat kemesraan pakcik dan anak saudara ini. Hazir perasan hanya berkelakuan seperti biasa. Dingin.
"Mama, Aily nak sleep ngan mama oyeh?"
Bunga terkelu kemudian memandang Hazir menanti jawapan. Ini bilik suaminya jadi semua keputusan di tangan Hazir. Bunga senyum paksa berharap Hazir benarkan Suzaily tidur bersamanya. Dia masih belum sedia sekatil dengan lelaki itu walaupun suami sendiri.
"Papa nak spend time dengan mama. Aily sleep dengan tokma." Terbeliak biji mata Bunga dengar. Lain yang minta lain yang mendapat. Aduh Hazir cari masalah.
"Ala Aily nak sleep engan mama!"
"Mama tu wife papa, tak boleh tak boleh."
"Huwaaa! Papa ahat!" Rengekan Suzaily makin kuat dan Bunga segera memujuk. Tak guna punya pakcik saudara.
"Malam ni Aily sleep dengan mama biar papa sleep seorang-seorang," pujuk Bunga sambil mengusap pipi Suzaily lembut. Andai mereka mempunyai anak pasti secomel Suzaily tapi dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ibu.
"Ye la papa tidur luar. Kesian mama tak dapat peluk papa," usik Hazir mengenyitkan mata ke arah Bunga. Gadis ini jeling menyampah. Nak menggatal je kerja dia. Lempang kang.
YOU ARE READING
ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)
Romance"𝓘'𝓶 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻 𝓔𝓻𝓶𝓪𝓷. 𝓛𝓮𝓯𝓽𝓮𝓷𝓪𝓷 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻." Berkahwin di usia muda kerana ayahnya memerlukan cucu lelaki sebagai pewaris syarikat. Bunga Athalia mula jalankan misi mencari bakal suami bersama sahabat baiknya, Nurina Balqis dalam temp...