𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 6

22.6K 1.2K 25
                                    

"JARANG nampak muka kau sekarang," tegur salah seorang rider foodpanda memerli.

"Aku ada komitmen lain daripada terperap dekat rumah." Terdiam terus rider tersebut. Bila Hazir Erman bersuara terpaksa telan ayat yang keluar.

"Dah nama pun part-time lain ah full time macam kau orang hari-hari dapat order." Riz cuba mengawal keadaan. Risau jadi lain jika tidak kawal.

Hazir paling rapat dengan Riz dalam kelompok rider foodpanda itu. Hanya Riz saja yang berani menegur Hazir yang dikenali sebagai rider paling dingin dan pendiam kali pertama bertemu. Itu sebab kalau nak tegur kena berhati-hati takut terlajak kata buruk padahnya.

Hazir langsung menghiraukan Riz dan rider yang lain selepas pesanan untuknya selesai. Laju memecut Kawasaki Ninja miliknya.

"Sombong betul. Fikir bagus sangat ke s**l!" hamun salah seorang rider foodpanda itu.

"Kau bernasib baik dia dah pergi." Riz turut berlalu sambil diperhatikan rider tadi.

Nombor rumah dicari sehingga jumpa. Hazir menghentikan motornya hadapan rumah tersebut lalu menekan loceng. Sementara menunggu, Hazir mengeluarkan plastik bungkusan dari beg warna merah jambu yang ada gambar panda. Seorang gadis keluar beberapa minit kemudian.

"Cik Ismahani?" Gadis itu mengangguk.

"Thank you, handsome."

Bungkusan plastik bertukar tangan.

"Wow lelaki berotot. I like," gumam Ismahani apabila melihat lengan Hazir yang berotot.

Hazir fokus dengan telefonnya. Dia terus menunduk pergi ke motor kesayangan.

"You ni jenis tak pandang orang ke?" Ismahani menyoal tapi tidak langsung Hazir berhenti.

Ismahani merengus kerana lelaki ini tidak menjawab soalannya sebelum gerak ke motor Hazir lalu memegang lengan lelaki ini. Pantas Hazir menepis kasar. Ismahani tersenyum kerana dapat rasa otot milik jejaka itu.

"Hey! Berani you tepis I!" tepik Ismahani. Belum pernah ada lelaki menepisnya begitu.

"Setakat tepis tangan apa sangat dari naik tangan. Percuma dapat gelaran lelaki dayus."

Ismahani rasa tercabar.

"Nasib you handsome. Are you single?" Ismahani terus menyoal tanpa rasa malu.

"Kau nak kena langgar ke?" Laju Ismahani menggeleng. Dia undur dua tapak ke belakang.

"Dah tu ketepi aku nak lalu."

Motor Hazir ditahan. "Jawab dulu baru I lepaskan."

"Tunangan orang dan bakal kahwin hujung minggu ni. Sorry tak minat benda murah dan buruk."

"Baru tunang belum kahwin lagi kan. Apa salahnya kita kawan," kata Ismahani menggedik. Tangan gatal merayap ke lengan sasa milik Hazir.

"Engkau nak merenyam cari jantan lain! Duit ada beli Starbucks tapi takda untuk beli kain. Lain kali sebelum keluar pakai kain langsir rumah tutup nasi lemak basi kau tu." Kutukan dilontarkan sebelum Hazir memecut laju dari perkarangan rumah tersebut. Ismahani protes.

"Berani dia kutuk aku. Nasib handsome. Tak apa nanti kau melutut merayu dekat aku juga nanti. Tengok lah." Gadis ini masuk ke dalam rumah bengang kemudian senyum sinis. Lelaki tadi betul-betul menarik perhatiannya.

"Puas ngorat jantan dekat luar tu? Mana air aku?" Nurina menegur adik saudaranya yang baru masuk rumah. Lama betul dekat luar.

"Nah ambil ni." Nurina mengambil bungkusan dari tangan Ismahani kasar.

"Semua jantan nak kebas," kutuk Nurina sebelum meninggalkan Ismahani.



KECOH mulut gadis ini menyoal makciknya. Hazim jeling gadis itu dari tadi menganggu Puan Ilyas buat kerja. Mulut tu rasa nak jahit je. Bising. Lama Hazim pandang gadis itu sebelum bertindak untuk pergi ke meja yang diduduki oleh Puan Ilyas.

"Oi Jemah boleh pergi main jauh-jauh tak? Buta ke tak nampak orang tengah buat kerja."

"Isy sibuk lah abang Hazim ni. Maira tanya mak long yang abang Hazim pula panas kenapa." Maira menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah.

"Eyy perempuan ni. Dah lah datang rumah tanpa diundang lepas tu tanya soalan kalah anggota polis apahal." Maira mengabaikan Hazim yang duduk di sebelah Puan Ilyas. Satu tangkai bunga telur yang telah siap dicapai.

"Mak long betul ke abang Hazir nak kahwin esok?" tanya Maira. Tidak percaya yang abang sepupu kesayangannya bakal berkahwin esok. Dengan perempuan mana pun dia tak tahu.

"Ya Maira. Habis takkan mak long pula yang kahwin lagi," perli Puan Ilyas.

"Mak long ni suka perli Maira tau. Dengan perempuan mana abang Hazir nak kahwin tu? Lawa tak? Pandai masak ke? Untung tau abang Hazir kalau kahwin dengan Maira. Dah lah lawa, pandai masak pula tu. Paling penting pandai ambil hati abang Hazir."

Hazim yang dengar rasa nak muntah pula. Loya tekak jadinya. Gedik!

"Malang laki tu dapat bini gedik macam kau ni. Cium tapak kaki aku dulu kalau nak kahwin dengan abang aku. Puih!"

"Hazim!" Tegas suara Puan Ilyas memanggil.

"Sorry ibu."

Puan Ilyas geleng kepala. Dia memandang Maira dari tadi berkepit dengannya. Tak nak renggang langsung.

"Lebih baik tolong mak kamu dekat rumah tu. Kesian dia buat kerja seorang-seorang," ujar Puan Ilyas lembut tapi tegas.

"Tapi Maira nak tolong Mak Long."

"Balik je lah Maira."

Maira menoleh begitu Puan Ilyas. Senyum lebar Maira melihat Hazir menuruni tangga menuju ke dapur. Lantas mendekati Hazir dan selamba memegang lengan lelaki ini namun Hazir lebih pantas mengelak. Dia berjalan ke arah ibunya tanpa menghiraukan Maira. Gadis ini turut mengikuti Hazir dari belakang.

"Maira ada buatkan kuih bangkit kegemaran abang Hazir. Rasalah. Penat tau Maira buat kuih ni pagi tadi."

Bekas berisi kuih bangkit itu dihulur ke arah Hazir. Lelaki ini pandang kuih itu lama sambil tangan ingin mengambilnya. Maira senyum suka. Sangkaan meleset kerana Hazir bukan mahu mengambil kuih bangkit tersebut malah capai karipap tersedia atas meja makan. Maira berdecit geram.

"Kau asal?"

"Err Maira balik dulu," balas Maira keluar dari dapur.

"Kesian kena reject. Hahahahaha."

Terlepas tawa Hazim ketika itu melihat agenda tadi. Siapa suruh menggedik kan mendapat. Hazir memandang sambil menyumbat karipap tadi ke mulut sekali suap. Dasar pirana!

Puan Ilyas hanya mampu tepuk dahi melihat perangai kurang matang dua orang anak terunanya itu.

"Barang semua dah siap ke ibu?"

"Tinggal nak sediakan goodies untuk bagi dekat budak-budak kampung sini," balas Puan Ilyas.

Hazir angguk kecil. Mata meliar melihat gubahan bunga telur yang digubah sendiri oleh Puan Ilyas. Cantik. Semenjak beritahu yang dia nak kahwin masa tu seronok sangat. Bersyukur sangat Puan Ilyas kerana bakal mendapat menantu.

"Ni ibu nak tanya. Hazir dah beritahu belum orang atasan yang kamu nak kahwin?"

Hazir menggeleng. "Nanti Hazir beritahu."

"Jangan lambat sangat beritahu tu. Kamu tu leftenan jangan buat perangai." Lembut percakapan Puan Ilyas menasihati anak keduanya. Puan Ilyas seorang ibu yang sangat lemah lembut bila bicara dengan anak-anak. Tidak pernah sekali meninggikan suara.

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now