𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 9

21.9K 1.2K 101
                                    

TIBA hari yang dinantikan semua. Hari ini juga Bunga seakan dilema untuk teruskan atau batalkan majlis. Nurina berdecit melihat kawannya yang masih duduk di birai katil. Ingatkan sudah bersiap rupanya tak.

Plak! Dahi Bunga dijentik menyedarkan gadis ini ke dunia nyata. Cemberut terus wajahnya kerana jentikan tersebut.

"Termenung apa?" Bunga diam. Tidak keluarkan sebarang suara.

"Pihak lelaki dah on the way kau masih belum bersiap."

"B-Bunga tak boleh teruskan." Nurina memincing matanya. Sah kejap lagi kena bebel.

"Eh kau dah sampai ke tahap ni mengada nak batalkan aku tempeleng kepala kau berpusing 360 darjah tahu tak."

"Batalkan boleh tak? Bunga belum sedia."

"Jangan merepek benda bukan bukan lagi. Kejap lagi MUA datang tengok pengantin tak bersiap."

Tangan Bunga ditarik mengikutnya ke almari. Baju kurung Kedah berwarna putih bersama sehelai shawl yang turut sama warna diserahkan kepada Bunga sebelum tubuh kecil itu ditolak masuk ke dalam bilik mandi. MUA (make-up artist) yang telah sampai terus melakukan kerjanya. Wajah Bunga yang tidak memerlukan make-up tebal memudahkan kerja Kak Sari, MUA yang diupah pada harini.

"Masya-Allah cantiknya kawan aku ni," puji Nurina sebaik Kak Sari selesai. Senyuman lebar itu mulai pudar.

"Cuba senyum baru naik seri pengantin tu." Bunga menurut saja. Sebaris senyuman manis diberikan. Kurang rasa gementar dapat sahabat seperti Nurina pandai mengambil hati. Veil yang terletak elok atas kepala ditarik sedikit bagi mengembang.

"Tak sangka adik akak nak jadi isteri orang kejap lagi. Cepatnya masa berlalu. Huwaaa aku yang dah lama bertunang pun tak naik pelamin lagi."

Kepala Bunga yang berlapik tudung digosok lembut. Masa berlalu pantas. Dahulunya Bunga paling tidak suka cakap hal kahwin alih-alih kena sangkut. Nurina sebak kerana sudah menganggap Bunga seperti adik sendiri walaupun jarak umur mereka hanya setahun.

"Jadi isteri solehah. Ingat akak sayang kau macam adik sendiri." Nurina menahan sebak.

"Auww sis kita ni sweet."

Seusai bergurau senda, mereka berdua akhirnya keluar dari bilik. Bunga duduk di tempat kosong antara Puan Ilyas dan Datin Thalia. Terkesima Bunga nampak susuk tubuh Hazim yang berada depan tok kadi. Tak mungkin bakal adik ipar akan menjadi bakal suami.

"Ibu... abang Hazir mana?" tanya Bunga dalam keadaan berbisik tapi tiada jawapan. Puan Ilyas hanya genggam tangan Bunga.

"Pengantin perempuan dah ada jadi boleh kita mulakan," ujar tok imam.

Datuk Adam menghulur tangan dan disambut oleh bakal menantunya. Raut wajah Bunga berubah. Tak mungkin dia kahwin dengan bakal adik ipar sendiri. Bunga lebih rela jadi anak dara tua. Baru saja nak halang terbantut selepas mendengar nama seseorang.

"Hazir Erman bin Muhammad Hadif."

"Saya." Suara garau milik Hazir menyahut.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku, Bunga Athalia binti Adam dengan mas kahwin sebanyak RM100 dibayar tunai bersama senaskhah Al-Quran." Datuk Adam selamat melafazkan lafaz ijab dan menanti lafaz kabul daripada Hazir pula.

"Aku terima nikahnya Bunga Athalia binti Adam dengan mas kahwin sebanyak RM 100 dibayar tunai bersama senaskhah Al-Quran."

"Sah?"

"Sah!" jawab saksi serentak.

"Alhamdulillah."

Sekali lafaz Bunga sah bergelar isteri kepada Hazir. Tok imam menadah tangan memanjatkan doa kepada-Nya tanda syukur. Lantas dua orang insan bergelar ibu ini memeluk erat Bunga sambil menangis kegembiraan dan berbalas pelukan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Hazir meminta izin solat sunat sebelum melanjutkan acara seterusnya.

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now