Blurb 16-20

734 14 1
                                    

KUNCI kereta dan beg tangan dicapai setelah kerjanya di hospital ini selesai. Jururawat yang ada melambai kepadanya bersama ucapan bye. Raisya yang senyum manis turut membalas lambaian. Punat pada kunci kereta ditekan dan automatik lampu keretanya menyala lalu Raisya masuk ke dalam. Tanpa wanita ini perasan ada orang lain yang turut menerobos masuk ke dalam keretanya.

"Kenapa suka sangat tak kunci pintu, erm?" Orang itu menegur.

"Arghh!! Perompak! Tolong!" Raisya menjerit kuat seraya memukul orang tersebut menggunakan beg tangan. Mata terpejam rapat kerana dalam ketakutan. Apa yang boleh dia lakukan sekarang mampu berdoa saja.

"Hey hey sweetheart bawa bertenang. Abang ni...auch!" Febian cuba genggam tangan Raisya kuat tenangkan isterinya. Silap dia juga serbu masuk walaupun tahu Raisya jenis penakut orangnya.

Mendengar suara amat dia kenali, Raisya mendongak dan meninggalkan tumbukan pada dada lelaki ini. Pantas pegangan tadi direntap kasar.

"Apa awak buat dekat sini?!"

"Ikut sweetheart balik." Raisya menjengil matanya dengar jawapan selamba Febia itu. Cari pasal!

"Tolong keluar! Tak elok orang pandang. Kita bukan mahram." Febian ketawa besar masa itu juga. Lucu! Raisya mendengus kasar.

"Allah... sayang ajaran mana sayang belajar suami isteri bukan mahram ni."

"Keluar lah Febian. Saya dengan awak tak ada apa-apa hubungan lagi."

"Who said so? Abang ada jatuhkan talak pada sayang?" Febian senyum kecil. Bibir bawah digigit. Geram! Senyuman tadi berubah kepada sengihan nakal.

"Sayang gigit bibir tu nak goda abang ke?" usik Febian nakal.

"Stop it, Febian Elviz!"

Stereng kereta dihentak kasar. Mengucap Febian saat itu kerana terkejut. Isterinya sekarang berbeza. Tidak seperti dahulu. Lemah lembut orangnya. Mungkin faktor dia pernah meninggalkan wanita ini dalam tempoh yang lama menyebabkan perubahan drastik berlaku pada Raisya.

*****************************

Pintu almari dapur bahagian atas dibuka mencari makanan segera yang ada. Bibir mengukir senyuman lebar bila mata tertancap pada makanan di tangan. Heater berhampiran digapai sebelum mengisi air lalu suis dipicit.

Dua minit menunggu, akhirnya makanan boleh dimasukkan perencah. Perut berbunyi kencang terhidu haruman sedap. Boleh dikatakan agak lama dia tidak makan makanan ini. Dalam menikmati, telefon berbunyi. Bunga berdecit perlahan. Ganggu saja. Speaker ditekan.

"Kenapa abang call? Tadi baru je chat." Bunga menyoal. Iya lah baru kejap tadi mesej dah telefon. Rindu ke?

'Siapa izinkan sayang makan maggi?'

Membulat anak mata Bunga dengar suara Hazir di corong telefon. Bunga meneguk air liur kelat. Kita nak makan maggi pun tak tenang. Tapi macam mana dia boleh tahu?

"Mana ada saya makan biskut je."

'Then switch to video call, sayang.'

Bibir dikemam. Kantoi.

**********

Kerja meneroka rumah diteruskan kerana bosan tak tahu buat apa. Mahu telefon suami takut tengah sibuk jadi Bunga batalkan niat. Tengah sesi meneroka itu Bunga baru perasan ada satu bilik yang tidak pernah terbuka. Perasaan ingin tahu menguasai diri wanita ini. Tombol pintu dipulas tapi berkunci. Apa ada sebalik bilik berkunci tersebut.

"Kenapa ek bilik ni sentiasa berkunci? Apa kata tanya Mak Teh."

Kemudian Bunga pergi mencari Mak Teh.

"Mak Teh dekat dapur!" jerit Mak Teh menjawab panggilan Bunga dari dapur.

"Mak Teh buat apa tu?" tanya Bunga tiba di dapur.

"Tengah kamus dapur ni ha sikit-sikit. Kenapa Bunga cari Mak Teh?" soal Mak Teh semula.

"Haa...Bunga nak tanya bilik sebelah bilik gym tu kenapa berkunci? Bunga perasan pintu tu tak pernah terbuka dari hari pertama Bunga ke sini." Mak Teh berhenti dari meneruskan kerjanya. Wajah polos Bunga dipandang.

"Itu bilik kerja Hazir. Bila Hazir takda dekat rumah memang Mak Teh kunci atas arahan dia. Hazir tak izinkan sesiapa masuk kecuali Mak Teh dengan ahli keluarga saja. Tapi Mak Teh pelik Bunga kan isteri dia takkan tak bagitahu Bunga pasal bilik tu."

Bunga menggeleng. Kedutan pada dahi Mak Teh jelas wanita tua ini keliru. Biar dia sendiri tanya dekat Hazir kenapa masih rahsiakan perkara itu.

"Tak apa nanti Hazir balik kamu boleh tanya dekat dia terus," kata Mak Teh hilangkan rasa curiga Bunga.

"Mak Teh ada kunci kan? Tak perlu tunggu dia balik boleh buka. Kan kan kan. Boleh lah Mak Teh," pujuk Bunga agar Mak Teh membuka bilik tersebut.

"Mana boleh. Nanti Hazir marah kamu yang kena nanti."

************

Terkebil-kebil Bunga memandang suami isteri di hadapannya dia sekarang. Dhafi masih pasang wajah dinginnya manakala Nawal senyum manis setiap kali bertembung mata dengan Bunga.

"Cantik isteri Hazir kan abang? Patut tak sanggup nak tinggalkan." Nawal ketawa kecil.

"Lawa lagi cinta hati," balas Dhafi.

"Abang cakap sepatah lagi tidur luar malam nanti," ugut Nawal.

"Nanti muncul mak koala sebelah cari hutan." Mencerlung mata Nawal. Kenapa dia boleh kahwin dengan mamat insurans mulut tak habis bayar. Dhafi beriak selamba menarik kerusi Nawal. Takut isteri hilang.

"Nak maki tapi suami sendiri. Tak bau syurga nanti." Selamba Nawal berkata sendiri namun dapat didengari oleh Dhafi.

"Aip! Siapa ajar sayang maki-maki ni? Biashe dia! Nak masuk Melaka ke?"

"Tak baik samakan neraka dengan Melaka."

"Sorry sayang." Laju Dhafi minta maaf selepas tersedar silapnya. Pipi Nawal dicium sekilas menambah minyak pada api isterinya surut tadi.

"Apa abang ni?" marah Nawal.

"Apa? Aku buat salah apa?" tanya Dhafi tanpa rasa bersalah.

"Memang kena jual laki aku ni satgi. Bunga nak beli tak? Akak bagi diskaun."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now