𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 13

22.2K 1.2K 39
                                    

BERSEMANGAT Hazim menyanyi lagu. Apa hal mamat seorang ni. Don't relate what? Tertekan sangat duduk rumah ke acane. Sengal.

"I don't relate to you...no!"

Suzaily ketawa suka melihat pakciknya menyanyi penuh emosi sambil tepuk tangan. Perangai tak semenggah si Hazim ni buat orang menyirap pun ada.

"Cause I'd never treat me this shitty.
You made me hate this city.
And I don't talk shit about you on the internet
Never told anyone anything bad
'Cause that shit's embarrassing, you were my everything."

Penuh emosi Hazim menyanyikan lagu Happier Than Ever. Kalau Billie Eillish dengar mesti terkejut beruk. Rosak lagu orang.

Hazim Erfaan broken era gaisekk...

Pap! Laju tangan Hazim naik menahan kakaknya berhenti dari terus mengetuk kepalanya yang mahu timbul benjolan.

"I don't relate I don't relate banyak cekadak kau pula. Awek punya batang hidung lansung aku tak nampak. Jiwa tu jiwang sangat." Pedas Raisya menyindir. Hazim yang mencebik terus duduk. Orang tengah feeling terus hilang mood.

Tempat kosong sebelah Bunga diduduki oleh Raisya. "Penat mama nak riba awak tu. Sini dekat ibu."

Raisya memanggil anaknya dari tadi duduk atas riba Bunga. Maira duduk bersimpuh di sebelah kerusi kayu memberikan jelingan menyampah pada Bunga lebih-lebih lagi melihat Suzaily yang enggan berjauhan darinya. Erat anak kecil itu merangkul leher Bunga.

"Amboi tak nak renggang langsung. Boleh dah, Bunga." Raisya senyum mengusik.

"Boleh apa kak Rai?" Bunga kurang faham.

"Takkan tak faham maksud kak Rai. Hazir tak tuntut ke hak dia sebagai suami?" Setelah memahami, Bunga merona kemerahan. Dalam banyak-banyak soalan mengapa harus soalan itu.

"Tengok muka pun abang Hazir tak ada selera apatah lagi nak bersama," sampuk Maira.

Raisya mengabaikan Maira seolah tidak wujud. Puan Ilyas menggengam erat tangan menantunya. Dia tahu Bunga terasa. "Haa baru teringat kak Rai ada belikan hadiah untuk Bunga. Jom ikut kak Rai." Bunga ditarik agar mengikutinya.

"Kamu ni kan Maira asyik sakitkan hati si Bunga tu kenapa. Mak long tak suka," tegur Puan Ilyas. Nada perlahan tidak tinggi. Sememangnya Puan Ilyas seorang yang lemah lembut tetapi tegas ketika menegur.

"Betul apa Maira cakap. Bukan cantik mana dia tu. Apa yang abang Hazir suka pun Maira tak tahu. Entah-entah abang Hazir kena buatan perempuan tu."

Pang!

"Orang yang kamu kutuk tu menantu mak long tau. Jaga perasaan dia sikit. Ingat Hazir tu dah jadi suami orang. Suami kak Bunga kamu tu."

"Biar tak cantik rupa asalkan cantik adab. Datang rumah tanpa diundang lepas tu buat macam rumah sendiri." Giliran Hazim menyampuk.

"Balik Maira. Mak long tak nak tengok muka Maira lagi."

"Sampai hati mak long buat Maira macam ni."

"Mak long kau ni ibu aku. Pemilik rumah ni jadi ikut suka dia. Balik ah Maira menyemak tahu tak," halau Hazim seraya bangun masuk ke dalam bilik. Buat sakit mata lama-lama dekat ruang tamu ni.

"Mak long tengok abang Hazim tu." Maira merengek minta simpati dari mak longnya namun diabaikan oleh Puan Ilyas.

"Dengar kan tadi. Balik!"

Maira terbungkam. Semua gara-gara perempuan tak guna tu semua benci dirinya. Di bilik, Raisya menghulurkan beberapa beg berjenama kepada Bunga. Semua itu hadiah untuk Bunga. Raisya menghadiahkan Bunga baju abaya dan kaftan yang pernah dia beli sewaktu bertugas di hospital Perak.

"Bunga pakai ni mesti nampak lagi lawa." Sehelai abaya warna maroon dihalakan pada badan kecil Bunga. Nampak sesuai sangat dengan adik iparnya itu.

"Wah, abaya! Cantiknya! Terima kasih kak Rai."

Raisya senyum. "Sama-sama kasih. Kak Rai suka abaya ni rasa selesa je bila pakai."

Abaya jenama Haurabelle menjadi pilihan Raisya. Lembut kainnya dan selesa.

"Betul. Bunga pun suka."

"Mujur Bunga suka. Kak Rai sebenarnya tak tahu nak bagi apa sebagai tanda minta maaf tak ada waktu Bunga kahwin dengan Hazir," kata Raisya bersalah.

"Tak perlu minta maaf. Bunga faham."

Raisya menghela nafas lega kemudian senyum manis. Beruntung Hazir mendapat isteri sebaik Bunga. Mereka berkenalan pun sewaktu makan tadi. Baru Bunga tahu yang Hazir mempunyai kakak. Bunga balas senyuman.

"Bunga," panggil Raisya.

"Iya kak Rai," sahut Bunga.

"Kak Rai tahu Bunga terasa dengan ayat Maira tadi. Percaya lah Hazir tu tak pandang rupa."

Ye ye je pandang rupa. Lelaki sekarang bukan boleh percaya. "Hazir tak pandang rupa? Menipu je."

"Betul. Dia adik kak Rai tahu lah."

"Kak Rai back up." Bunga ketawa kecil

"Tak nak caya sudah. Kak Rai tertanya macam mana kau orang jumpa? Setahu kak Rai la kan Hazir ni jarang nak ambil port terutama bab kahwin. Ni tup tup dah nikah."

"Ermm...dari kawan kami berdua." Raisya mengangguk faham. Pasti orang yang Bunga maksudkan sama ada Riz Idham atau Rayyan.

"Kiranya first love sight. Sweet betul si Hazir ni."

Bunga ketawa janggal.

"Kak Rai cuma nak pesan kalau ada apa-apa berlaku antara kau orang jangan pernah mengambil tindakan untuk bercerai. Kak Rai tak nak dua-dua sakit." Bunga terdiam sejenak. Fikirannya melayang.

"Janji dengan kak Rai yang Bunga boleh bahagiakan Hazir."

"Dengan izin Allah Bunga jaga abang Hazir." Raisya senyum nipis lalu mengusap lembut bahu Bunga memberi semangat kepada wanita itu. Mereka berada di situasi yang sama dimana kedua-duanya merupakan isteri orang.

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now