PETANG itu Bunga kebosanan. Nak layan drama tapi kebanyakan semua sudah ditonton. Baca novel? Buku pada rak dalam biliknya telah khatam baca. Telefon yang terletak di atas meja solek tepi katil dicapai. Lincah jarinya mencari nama seseorang dalam kenalan kemudian membuat panggilan. Dia menanti penuh sabar untuk panggilan diangkat.
"Helo?" Suara Nurina kedengaran di hujung panggilan.
"Kak Nurina! Jom keluar nak tak?" ajak Bunga. "Baru sampai rumah. Keluar dengan Rayyan tadi." Bunga mencebik. Mentang-mentang ada encik tunang sanggup lupakan kawan.
"Tak apalah kalau macam tu," rajuk Bunga.
"Eh cakap je lah nak keluar pergi mana? Nak jalan dekat mall atau pergi Baitulmal Qaseh?" Nurina menyoal.
"Baitulmal Qaseh. Rindu dekat budak-budak tu,"
"Ikut je mana-mana. Pergi siap akak pick up kau lagi lima belas minit," kata Nurina.
Belum sempat ucap terima kasih, Nurina matikan panggilan. Teruja dapat jumpa dengan penghuni Baitulmal Qaseh. Bunga lekas turun dari katil untuk bersiap. Sebuah kereta Alza biru berhenti tepat di hadapan rumah keluarga Bunga. Pintu kereta dibuka lalu Bunga masuk ke dalam perut kereta itu. Sekejap saja kereta itu sudah hilang dari pandangan.
SEPERTI dirancang, Bunga memulakan misi mencari calon suami. Mungkin ramai yang beranggapan Bunga seorang yang gila kerana melakukan perkara sebegini. Jarang dibuat orang sesi temuduga calon suami di tempat kerja. Kali pertama dalam sejarah hidup Bunga berani mengambil risiko tersebut. Sangkaan tidak ramai tetapi meleset sekali apabila beratus juga lelaki yang menghadirkan diri. Siapa sahaja yang tidak mahu beristerikan Bunga Athalia anak kepada Datuk Adam. Seorang wanita yang berkerjaya dan berdikari. Fail sedia ada atas meja dipandang kosong.
"Keluar!"
"Tak minat."
"Saya tak perlukan duit awak."Selepas calon tersebut keluar, Bunga bersandar pada kerusi empuknya. Bibir mengeluh kecil. Sampai sekarang masih belum jumpa yang sesuai. Rasa menyesal menyerbu diri. Perkataan padan muka bermain di pelosok fikiran.
"Ni fail yang Cik Bunga minta." Fail dari Fadlina bertukar tangan dengan Bunga.
Tok! Tok!
"Masuk!" Seorang jejaka tinggi lampai melangkah masuk ke dalam. Dari segi penampilan kelihatan seperti orang kaya. Bunga membetulkan posisi daripada bersandar ke duduk secara tegak.
"Taufiq Arjuna?"Bunga mengangkat wajah pandang lelaki itu sambil menongkat tangan atas meja. Lelaki bernama Taufiq Arjuna ini angguk mengiyakan. Dia menarik kerusi lalu duduk.
"Kenapa rasa layak menjadi suami saya?" Bunga terus menyoal calon terakhir pada hari ini.
"Sebab jodoh kita dah tertulis bersama," kata Taufiq sambil mengenyit mata ke arah gadis ini. Bunga menjeling sekilas.
Bunga tayang riak wajah menyampah. Ayat buaya. Beli konfiden dekat Lazada agaknya. Badan ditegakkan semula."Okay. Dekat sini awak bekerja sebagai..." Kertas pada tangan dibaca dengan teliti setiap maklumat yang tertera disitu.
"...askar? No! Get out of my face!" Tanpa amaran, Bunga menghalaunya.
"But why?" Taufiq menyoal. Begitu saja perempuan ini menghalaunya hanya kerana bekerja sebagai askar.
"Stop asking why! I rejected you!" Fadlina disisi mendiamkan diri tidak mahu masuk campur. Taufiq bengang terus berdiri menghentak kuat meja. Bahu Bunga terangkat kerana hentakan tersebut.
"Kau jangan menyesal nanti perempuan!" ugut Taufiq.
"Fad, panggilkan security." Fadlina mengangguk seraya menelefon pengawal keselamatan di bawah menggunakan alat telekom atas meja.
"Tak payah panggil security aku boleh keluar sendiri," suara Taufiq berubah bengis.Dalam masa yang sama Bunga menghela nafas kerana tidak menerima lelaki itu. Nampak seperti lelaki ini seorang yang panas baran.
"Silakan. Pintu itu terbuka luas," ujar Bunga dengan senyuman sinis pada bibir. Dia kembali sandar pada kerusi kerja empuknya. Sengaja buat isyarat tangan ke arah pintu pejabatnya.Taufiq keluar dengan perasaan marah membuak. Bunga geleng kepala. Sakit kepala terpaksa layan lelaki seperti itu. Melihat kertas-kertas berteraburan atas meja, bibir melepaskan keluhan berat. Tiada seorang calon pun yang mampu menarik minat Bunga. Ketukan pintu menyedarkan Bunga sedari tadi jauh mengelamun.
"Dah jumpa yang berkenan?" Bunga geleng kepala lemah.
"Aik takkan satu pun tak berkenan?"Nurina menarik kerusi lalu melabuhkan punggung disitu sambil menyelak setiap fail yang berteraburan atas meja Bunga. Tak mungkin gadis ini tidak jumpa yang sesuai untuk jadi calon suami walhal dah tapis sebelum kena temuduga dengan Bunga.
"Tak ada. Kebanyakan tipu pekerjaan padahal gaji lebih kurang. Haih susah rupanya nak cari suami ni," keluh Bunga. Kepala dibaringkan di atas meja. Penat.
"Itulah tak fikir dulu sebelum cakap sekarang tanggung akibat." Bunga mencebik. Ini yang tidak suka bila cik Nurina mula membebel.
"Simpan mulut itik kau tu. Ni akak ada kenal salah sorang kawan tunang Rayyan. Muka boleh tahan. Ada ciri laki idaman kau kot. Kerja sebagai rider foodpanda." Telefon bertukar tangan. Bunga meneliti gambar tersebut. Not bad.
"Nama dia Hazir kalau tak salah. Akak boleh minta tolong Rayyan arrange date untuk kau orang."
"Ah okay. Terus jadi suami kontrak je lah."
"Suami kontrak?" Alis kening Nurina terangkat memandang Bunga pelik. Bunga mengangguk.
"Ye suami kontrak. Cukup masa bercerai. Lagipun Bunga nak tunaikan hasrat papa nak cucu je."
"Ya Allah bawa mengucap Bunga Athalia binti Adam. Engkau dah gila apa sebenarnya? Ingat kahwin benda main-main ke! Kau belajar agama tak dekat sekolah ah Bunga! Tahu kan apa hukum kahwin kontrak." Nurina buka mukadimah.
"Nak kata kau bengap tak boleh. Ajaran mana kau belajar boleh kahwin kontrak ni? Tahu kan dalam Islam tak ada istilah kahwin kontrak semua ni. Jangan nak merepek." Bunga terdiam. Ada betul juga apa yang diperkatakan Nurina.
"Tahu terdesak tapi benda berkaitan agama jangan dibuat main. Perkara ini akan melibatkan perasaan kau dan juga bakal suami kau tu." Nurina memandang tajam ke arah Bunga seolah memberi amaran.
YOU ARE READING
ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)
Romance"𝓘'𝓶 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻 𝓔𝓻𝓶𝓪𝓷. 𝓛𝓮𝓯𝓽𝓮𝓷𝓪𝓷 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻." Berkahwin di usia muda kerana ayahnya memerlukan cucu lelaki sebagai pewaris syarikat. Bunga Athalia mula jalankan misi mencari bakal suami bersama sahabat baiknya, Nurina Balqis dalam temp...