𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 12

22.7K 1.3K 38
                                    

"UHUK!" Serentak Hazir dan Bunga batuk selepas disoaldengan soalan maut daripada Raisya sewaktu keluarga kecil ini sarapan bersama.Bulan madu?

"Kamu ni Rai tanya melulu macam tu kenapa. Kesian dia orang tersedak." Lembut Puan Ilyas menegur. Raisya sengih.

"Betul apa sebelum Hazir dapat panggilan balik ke-" Belum sempat Raisya menghabiskan ayat kakinya disepak oleh Hazir bawah meja. Gelengan kecil dari lelaki ini terus menukar topik.

"Panggilan ke mana?" tanya Bunga.

"Tak perlu nak tahu. Makan ni." Hazir menarik kerusi Bunga rapat sebelum kuih seri muka disuap ke dalam mulut. Bunga menjegilkan mata kerana tindakan Hazir yang menyumbat makanan ke dalam mulutnya. Puan Ilyas tersenyum senang melihat mereka manakala Raisya melayan Suzaily.

"Saja lah tu nak buat jiwa bujang aku meronta."

"Kau jealous sebenarnya kan?"

"Ewww....tak kuasa I nak jealous bagai ni. Ramai skandal aku dekat luar sana tu." Hazim tayang muka bangga.

"Riak punya budak!"

"Hari ni tak ada order?" Raisya mengembalikan suasana semula.

"Kejap lagi adalah," jawab Hazir sambil menjamah nasi goreng masakan Puan Ilyas.

"Lain macam rasa kali ni ibu masak."

Puan Ilyas berkerut. Bila masa?

"Ibu baru balik dari pekan tadi tang bila masaknya." Hazir tercengang. Kakaknya dipandang dengan kening terangkat.

"Kak Rai sibuk uruskan Aily ada pula masa nak masak." Seakan faham Raisya jawab selamba. Sempat pula nak masak sedangkan baru sampai Kuala Lumpur tambahan uruskan anak lagi.

"Sebenarnya-"

Baru Bunga nak beritahu terbantut disebabkan 'tetamu' tidak diundang berada di ruang makan dimana mereka anak beranak kumpul. Hazim mengeluh berat. Minah kerek ni lagi.

"Maira yang masak. Khas untuk abang."

Maira senyum manis. Jug berisi sirap diletakkan atas meja selepas dituang ke gelas untuk Hazir. Orang sarapan minum teh atau kopi yang buat sirap awal pagi dah kenapa. Membulat Raisya melihat warna air sirap yang dibuat oleh Maira. Pekat!

"Ini sirap ke darah?"

"Sirap lah Kak Rai ni pun," jawab Maira sambil ketawa kecil menganggap Raisya mahu bergurau.

'Orang dah buatkan air bukan nak ucap terima kasih! Aku bagi darah adik ipar buruk ni baru tahu!' monolog Maira.

Bunga di sebelah Hazir dijeling tajam. Meluat sungguh dia melihat wajah gadis itu. Bukan lawa mana jika dibandingkan dengan dirinya. Maira senyum sinis.

"Ya Allah Maira kamu buang tabiat buat air sirap pagi buta macam ni. Sejuk pula tu."

Sejak Hazir kahwin anak saudaranya berubah menjadi makin pelik perangai. Dia sendiri bingung. Puan Hidayah adik bongsu dan merangkap ibu kepada Maira juga terkejut akan perubahan mendadak anaknya itu. Suka bercakap sendiri. Puan Ilyas risau melihat Maira berubah sampai begitu sekali.

"Ala Mak Long bukan selalu pun. Biar lah Bunga rasa air buatan Maira ni. Betul tak, kak Bunga?" Senyuman palsu dilemparkan kepada gadis itu. Bunga membalas dengan anggukan. Melihat isterinya tidak selesa lantas Hazir mencantumkan jari mereka. Bunga terkejut pada saat itu tapi kembali tenang tatkala lelaki itu mengusap perlahan jemarinya.

"Dengar boleh percaya jangan. Kak Bunga yang masak nasi goreng tu bukan minah kerek ni." Hazim mencelah. Maira memberi jelingan sekilas.

"Really, flower?" Dagu Bunga ditarik mendongak ke atas. Mata bertembung. Bunga mengetap bibirnya. Laju jantung berdegup mengalahkan orang marathon. Renungan redup Hazir sungguh mengasyikkan. Lambat-lambat Bunga mengangguk.

"Wow! I am such a lucky husband to have you as a wife."

Hazir memuji Bunga. Kali pertama Hazir memuji dirinya. First time! Rasa nak pitam pula sekarang. Maira merengus. Rosak rancangan untuk pikat Hazir alih-alih sendiri yang panas dengan agenda 'manis' Hazir dan Bunga. Raisya senyum mengusik. Hazim semestinya dengan mood mengusik.

"Tak sabarnya nak dapat anak saudara. Mesti comel kan ikut muka kak Bunga. Ini kalau abang kahwin dengan kembar kak Ponti mahu buruk muka budak tu nanti." Selamba Hazim mengutuk bersama usikan untuk pasangan pengantin itu.

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now