KAWASAN lapang dipenuhi ramai keluarga menyambut wira-wira baret maroon yang berjaya melepasi ujian dan latihan khas yang disediakan sebelum pemilihan. Logo sayap yang ada pada bahagian kiri baju merupakan tanda lepasan kursus asas payung terjun. Baret maroon pula menandakan selesai kursus asas Atur Gerak Cepat.
"Selamat pulang wahai bapak harimau eh silap Leftenan Hazir!" Kedengaran satu suara yang tidak asing bagi lelaki ini kerana dia sangat kenal dengan suara itu. Perbualan dengan rakan seperjuangan terhenti sebelum kepala menoleh. Satu penumbuk dihadiahkan pada bahu si adik menyebabkan Hazim mengadu. Tak kuat mana pun tumbuk tu mengada je lebih.
"Nak bergurau pun bertempat sikit pondan."
"What? You called me pondan?" Hazim memandang abangnya tajam.
"Betul apa pondan."
"Amboi mulut makin pedas sekarang eh." Hazir senyum herot lalu rambut Hazim menjadi tempis lepaskan geram.
"Ibu tengok abang rosakkan rambut Ipan!" Seperti anak kecil, Hazim merengek manja kepada Puan Ilyas. Anak ibu katakan. Puan Ilyas mampu senyum saja melihat gelagat dua beradik ini yang jarang jumpa. Pasti ada benda yang jadi bahan gaduh setiap kali berjumpa.
Hazir merupakan anak kedua Puan Ilyas dan Encik Hadif. Rupa paras Hazir dapat dari si ibu manakala perwatakkan dingin dan bertanggungjawab datang dari sang ayah. Tanggungjawab sang ayah diambil alih oleh Hazir selepas Encik Hadif meninggal dunia sepuluh tahun yang lepas. Berkat doa dan restu seorang ibu, Hazir Erman telah sampai ke tahap sekarang memegang pangkat sebagai seorang leftenan muda di usia 27 tahun. Berlainan pula dengan si bongsu, Hazim Erfaan. Hazim tidak mahu mengambil risiko untuk meneruskan perjuangan sang ayah kerana lebih cenderung dalam bidang kejuruteraan.
"Tak gentle mengadu dekat ibu. Patut tak layak masuk askar," kutuk Hazir sengaja cari pasal.
"Cukup cukup. Pening kepala ibu tengok kamu berdua ni asyik bertengkar dari tadi." Puan Ilyas meleraikan pergaduhan kecil dua beradik ini.
"Abang yang mula." Hazim mencebik kerana ibunya pasti menangkan si abang juga.
"Mengada ah kau budak." Lagi sekali Hazir mencari pasal.
"Ibuuu!" Bertambah monyok muka Hazim kerana Puan Ilyas lansung tidak mengendahkannya.
DUA jejaka saling berjabat tangan dan berpelukan sekejap sekian lama tidak berjumpa. Kali ni baru dapat bersua muka. Salah seorang ajak duduk sekali lalu memanggil pelayan. Seusai memesan, Rayyan mulakan perbualan."Lama tak jumpa, macam mana sekarang?"
"Macam biasa."
"Ye ke ni?"
"Iya Rayyan Danial. Nak makan buku lima ni ke?" Buku lima ditayangkan. Rayyan ketawa besar.
"Amboi garang abe Hazir kita."
"Acik kau." Makin galak Rayyan ketawa sebelum berhenti sebaik pelayan tiba di meja mereka berdua.
"Sorry waktu tunang kau tak dapat datang."
"Chill. Takda kau bukan tak jadi tunang pun." Hazir angguk setuju. Lagipun bukan dia yang bertunang.
"Masih solo ke?"
"Siapa nak lelaki rider foodpanda macam aku?"
"Muka kau layak makan kasut tahu tak. Foodpanda tu kerja haram ke?"Rayyan menggeleng kecil.
"Rupa ada tapi bujang terlajak."Hazir tayang muka bekunya. Kerja asalnya melibatkan nyawa dan hanya wanita yang kuat mampu menerima dia sebagai suami. Bukan setakat kena tinggal berbulan malah kena bersiap dari segi mental jika ditakdirkan tumpas dalam medan pertempuran.
"Asal ada calon untuk aku ke?" soal Hazir.
Mana tahu Rayyan Danial ada calon. Melebar Rayyan senyum. Waktu yang tepat. Kebetulan sekali Rayyan ingin buka topik hangat. Rayyan ni rajin jadi pakcik bawang terutama bila cik tunang yang sampaikan gosip.
"Tadi kau tanya ada calon ke tak kan, serius timingtepat aku nak bagitahu kau ni. Tunang aku ada kawan tengah mencari bakal suami jadi alang-alang engkau tengah bujang boleh ambil peluang."
"Gaya macam suruh aku interview kerja." Kawan baiknya dijeling meluat.
"Betul ah tu interview kerja jadi laki orang."Rayyan ketawa kecil.
"Siapa kawan tunang kau tu?"
"Kejap aku tunjuk gambar. Haa, nah." Rayyan menghulurkan telefonnya kepada Hazir. Berkerut dahi lelaki tampan ini selepas mengenalpasti gadis dalam gambar itu.
"Nama?"
"Bunga Athalia." Kening kanan terangkat. Seperti pernah dengar nama itu.
"Bunga Athalia binti Adam." Rayyan menyebut nama panjang gadis itu pula.
"Bunga Athalia anak Datuk Adam yang jutawan terkenal tu kan? Biar betul nak suami sederhana."
"Kan. Mula-mula aku pun pelik takkan perempuan macam dia nak kahwin dengan lelaki biasa sedangkan anak Datuk kot. Semua yang pergi interview sanggup palsukan maklumat."
"Tak kantoi?" Rayyan mengangguk.
"Kantoi masa interview."
"Hrmm interesting."
"Petang ni kau pergi lah jumpa dia."
"Okay." Rayyan senyum riang dan Hazir dengan wajah bengisnya.
YOU ARE READING
ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)
Romance"𝓘'𝓶 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻 𝓔𝓻𝓶𝓪𝓷. 𝓛𝓮𝓯𝓽𝓮𝓷𝓪𝓷 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻." Berkahwin di usia muda kerana ayahnya memerlukan cucu lelaki sebagai pewaris syarikat. Bunga Athalia mula jalankan misi mencari bakal suami bersama sahabat baiknya, Nurina Balqis dalam temp...