𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 7

22.2K 1.3K 89
                                    

BUTIK Clarissa's Wedding diperhatikan lama. Tak sangka citarasa seorang Hazir Erman ni mewah. Tengok pada butik itu pun sudah tahu lelaki ini bercitarasa tinggi walaupun berasal dari kampung. Hazir dan Bunga baru selesai menghadiri kursus kahwin.

"A-awak tak rasa ke butik pengantin ni mahal? Kita pergi butik biasa pun dah okay."

"Jangan banyak bunyi. Ibu dengan mama suruh bawa kau datang ke sini," balas Hazir. Pintu kaca itu ditarik lalu menahannya. Bunga akur lalu masuk ke dalam.

"Hi welcome bride-to-be. Wait! Are you the daughter of Thalia? If I'm not mistaken Bunga Athalia your name isn't it?" tegur seorang wanita anggaran umur 40-an, menyambut kehadiran mereka berdua.

Bunga angguk sambil senyum kekok. Dia rasa janggal pula apabila bersua muka dengan Datin Mona, kawan rapat Datin Thalia merangkap pemilik Clarissa's Wedding Boutique. Pandangan Datin Mona beralih kepada lelaki sebelah Bunga.

"Oh Allah! Your fiancé looks so handsome, darl. He matches you beautifully. Fits very much you both."

"Thank you, auntie."

"My pleasure, darl. Kamu datang sini mesti nak cuba baju yang encik tunang dah tempah khas untuk bakal isteri dia," kata Datin Mona mengusik Bunga.

Bunga jadi hairan. Hazir beritahu yang ibu dan mama yang ajak datang sini. Datin Mona pelik dengan reaksi yang diberikan oleh gadis itu. Dia kemudian ketawa mengusik.

"Encik tunang saja buat kejutan. Maaf lah auntie excited sangat bila dapat tahu kamu nak kahwin tau. Apa kata cuba sekarang baju tu," kata Datin Mona sambil menarik Bunga agar mengekorinya.

Bunga pasrah. Jika dia menolak pun pasti kena bebel dengan lelaki tu. Baju nikah yang tersarung pada tubuh kecilnya diteliti. Terpesona Bunga melihat rekaan pada baju itu. Tak nampak langsung seperti baju nikah tapi lebih kepada baju sanding saja.

"Betul ke ni baju nikah? Tak ada rupa baju nikah pun."

Rekaan gaun labuh warna baby blue dihiasi lace berombak bersama manik-manik kecil pada bahagian bawah gaun itu menyerlahkan lagi si pemakai. Nampak simple tapi elegan. Datin Mona senyum.

"Mesti lah bukan baju nikah. Ni baju resepsi kamu tau." Terkejut Bunga dengar. Hazir tak beritahu pun yang mereka ada majlis resepsi sedangkan masa itu dia sendiri yang tak nak buat.

"Kenapa? Pengantin lelaki tak beritahu?" Bunga tersedar kemudian menggeleng kepala.

"Ada beritahu cuma saya yang terlupa. Biasa sibuk kerja." Datin Mona ketawa.

"It's okay, darl. Auntie pun macam tu sebelum kahwin. Sesuai gaun ni dengan Bunga. Pandai encik tunang pilihkan." Sempat Datin Mona memuji Hazir.

Ini kalau Hazir dengar pasti kembang jejaka itu ada orang puji. Wajah Bunga yang kelat sengaja tayang senyuman tak nak Datin Mona syak.

"Nak tunjuk tak dekat bakal suami?" tanya Datin Mona mengusik.

"Tak apalah. Saya tunjuk waktu majlis saja. Baju nikah mana satu?" Bunga menyoal semula.

"Haa nasib kamu ingatkan auntie hampir terlupa tadi. Kejap auntie ambil."

Datin Mona keluar dari bilik persalinan semula untuk mengambil baju nikah pula. Ketika itu Hazir serempak dengan Datin Mona sedang senyum ke arahnya. Senyum penuh makna.

"Cantik bakal pengantin," usik Datin Mona. Hazir tayang senyuman sebaris. Datin Mona hilang dari pandangan dan Hazir menghampiri bilik persalinan.

"Bunga."

Tidak bersahut.

"Bunga Athalia tak nak tunjuk dekat aku ke baju yang kau pakai tu."

"Saya tengah marahkan awak tau."

Kening Hazir terangkat. "Marah sebab?"

"Kenapa awak tak beritahu saya yang kita ada majlis resepsi?" Berasap telinga Bunga menangkap tawa Hazir di luar bilik persalinan. Sakan pula lelaki tu ketawa.

"Aku beritahu nanti kau mesti tolak. Bak kata cik Bunga Athalia kita kan kahwin kontrak." Bunga mengepal penumbuk tahan marah. Ikutkan hati yang tengah panas ini mahu saja Bunga keluar tumbuk si Hazir tapi hasratnya terbantut.

"Terima je sayang. Aku tak pernah anggap pun perkahwinan kita ni berdasarkan kontrak. Terpulang nak teruskan atau tarik diri selagi ada masa," ujar Hazir mendatar.

Akhirnya Bunga sendiriterperangkap. Terperangkap disebabkan sifat pentingkan diri yang menguasaiBunga.

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now