𝘏𝘢𝘻𝘪𝘳 𝘉𝘶𝘯𝘨𝘢 5

23K 1.2K 58
                                    

PULANG dari pejabat ada tetamu tidak diundang berada dalam rumah. Duduk di sofa sambil berpeluk tubuh. Susuk tubuh itu diperhatikan lama sebelum dapat mengenal pasti siapa jejaka tersebut. Bunga terkesima.

Taufiq Arjuna?

"Buat apa dekat sini?" tanya Bunga agak kasar.

Kehadiran lelaki ini menambahkan rasa meluat. Mata Bunga meliar mencari kelibat kedua orang tuanya.

"Jumpa bakal isteri I. Salah ke?"

Taufiq menyeringai.

"Dasar lelaki psiko," kutuk Bunga selamba.

Taufiq ketawa sinis. Dia bangun mendekati Bunga. Tindakan Taufiq menyebabkan Bunga berganjak ke belakang.

"Ma! Mama!"

Datin Thalia baru keluar dari dapur menyahut panggilan si anak. Pantas Bunga mendapatkan Datin Thalia.

"Kenapa sayang?"

"Mama kenal ke siapa dia ni?"

"Bakal suami kamu, Taufiq Arjuna."

Hampir pengsan Bunga tatkala mendengar jawapan Datin Thalia. Mana mungkin dia nak terima lelaki yang pernah kena tolak tempoh hari kerana bekerja sebagai askar.

"Mama tak bincang pun dengan Bunga."

"Aik! Bukan mama dah bagitahu tak dapat calon dalam tempoh dua minggu mama sendiri carikan calon. Tak ingat?"

"Tapi kenapa mesti dia?' rengek Bunga sambil menggoyangkan lengan Datin Thalia.

"Taufiq ni anak kawan mama. Baik tau orangnya."

Melihat Taufiq senyum menambahkan rasa panas hati. Bunga jadi menyirap pula. Pandai lelaki ini manipulasi supaya mama nampak lelaki itu baik padahal psiko. Sememangnya Bunga akan tolak dan sanggup pinang suami orang dari berkahwin dengan lelaki seperti Taufiq.

"Mama yakin sangat dia ni baik. Lagi satu mama tahu ke Taufiq kerja apa?"

"Mesti lah mama tahu. Dia kerja askar. Lagipun Taufiq satu kem dulu dengan arwah Izma. Kiranya kawan. Tak silap mama, Taufiq pegang jawatan sarjan."

Bunga mengeluh. Abang Izma langsung tidak cerita perihal lelaki bernama Taufiq Arjuna ini. Tak mungkin mereka berkawan. Beza sekali perangai Izma dan Taufiq.

"Bunga tak nak kahwin dengan Taufiq."

Bunga berterus terang. Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk beritahu Datin Thalia perkara yang sebenar. Datin Thalia memandang anaknya.

"Dah tu? Ada calon ke?" Pertanyaan Datin Thalia membuat Bunga terdiam. Otak ligat memikirkan ayat untuk bahas ayat Datin Thalia. Tangan naik menggaru kepala yang berlapikkan tudung. Datin Thalia masih setia menunggu jawapan daripada puteri tunggalnya itu.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam. Siapa yang datang tu?"

Tiga pasang mata memandang pintu utama melihat lima orang datang ke rumah. Datin Thalia berjalan ke pintu utama untuk menyambut tetamu yang datang ke rumah. Riak wajah Bunga dan Taufiq berubah selepas bertembung dengan sepasang iris hitam milik seseorang.

"Hazir?"

"Tuan?"

"Ini rumah keluarga Bunga Athalia?"

Datin Thalia mengangguk. "Iya. Saya mama dia. Ada apa datang sini siap ada dulang merisik sekali."

"Saya Ilyas, ibu kepada Hazir datang membawa hajat."

ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)Where stories live. Discover now