02 Tekad

140 19 22
                                    

"Ni posyen untuk ayah kamu guna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni posyen untuk ayah kamu guna. Guna bila rasa sakit, panas pada bahagian dada dan kepala." Jelas doktor tersebut sambil mengeluarkan satu posyen berwarna jingga dari kantung beg dimensinya.

"Penyakit ayah saya ni tak boleh sembuh ke?"

"Hmm... Walaupun berbagai doktor berkaliber macam saya ni berkumpul, keadaannya tetap susah untuk disembuh. Melainkan.."

"Melainkan apa doktor?"

"Cukup, Alastair.. Tak perlu beritahu fasal perkara merepek tu.."

Perbualan mereka dipotong oleh ayah Lycus yang kebetulan membuka pintu bilik tidurnya.

"Aahh.. okay. Tapi, ingat ye. Minum posyen tu bila rasa sakit sahaja."

"Okay. Tak perlu risau.."

"Bye, Lycus. Panggil saya datang lagi kalau ada apa-apa masalah.." jelasnya lagi sebelum melangkah keluar dari pondok.

Ayah Lycus yang tadinya masih berdiri memandang doktor, mengalihkan pandangan ke pada anaknya. Dari wajahnya yang semakin pucat, terbit satu senyuman. Mungkin di benaknya, dia gembira melihat anaknya semakin dewasa. Dewasa dan boleh berdikari.

"Kotornya kamu.. bersihkan diri dan istirehat." Arahnya.

Tangannya yang berkedut itu menyapu segala kotoran debu dari tanah dan daun yang melekat pada rambut dan baju Lycus.

"Ayah.. boleh beritahu pada Lycus. Kenapa ayah tak benarkan doktor habiskan ayatnya? Lycus nak tahu."

"Kamu tak perlu tahu. Tak penting."

"Tapi, ini fasal rawatan ayah.."

"Dah! Pergi mandi." Kata ayahnya menaikkan nada satu oktaf.

"Ish! Kalau ayah tak mahu bagitahu! Biar Lycus yang pergi tanya!" Jeritnya marah dengan kedegilan lelaki tua separuh umur itu.

"Lycus!"

Arahan oleh ayahnya tidak lagi diendahkan. Kali ini dia betul-betul marah. Dia nekad. Sekiranya ayahnya masih berdegil untuk bercerita. Dia sendiri yang akan pergi bertanya.

Tanpa membuang masa. Lycus terus bergerak menuju ke arah biliknya. Dia kemudian mengeledah almari kayu disisi katil.

"Jumpa."

Sebilah pisau belati dengan bersarungkan corak kepala serigala digenggamnya, sebelum di masukkan ke poket belakang badannya.

Blam!

Adventure To The Dark Continent(Slow Update)Where stories live. Discover now