Satu persatu pahlawan handal dari benua lain tumbang melawan Seiko. Sudah terbukti bahawa dia merupakan pahlawan handal dari Ryuu kingdom.
Sorakkan gemuruh dari setiap penonton yang berada di stadium itu dapat dirasai.
Seiko berdiri tegak dengan mengacu pedang katananya ke arah lawan yang memakai balutan mumia di seluruh anggota badan dan wajahnya.
Lelaki berbalut itu merupakan pahlawan ke 99 yang akan dia tumpaskan untuk mencukup genapkan bilangan ke 100.
Lelaki berbalutan mumia, mengetap giginya. "Urh, tak ada kelemahan pun yang aku dapat serang dari posisi dia seperti itu. Betullah apa yang dikhabarkan orang sebelum ini.."Dia tahu tentang Seiko. Pahlawan genius pertama dari keluarga terkenal di Ryuu kingdom. Tapi, dia tak mahu perasaan gementarnya itu akan menyebabkan dia gagal untuk menumpaskan Seiko.
Manakala Seiko pula, hanya tenang melihat lawan dihadapan dia. Seperti sudah tahu di mana tempat yang akan dia serang. Perlahan-lahan Seiko bergerak mendekati lawannya. Pedang katananya yang sedang dalam siap siaganya di genggam kemas.
Sesaat saja mata Seiko beralih dari lawannya.
Lelaki tadi terus berlari kepadanya. Pedang di tangannya terus ditusuk ke Seiko tanpa dia berlengah.
"Hiyargh!"Serentak dengan jeritan kuat, tusukan pedangnya mengenai badan Seiko berkali-kali.
Namun,
"Urgh.. Ini ilusi?" Malang baginya, setelah baru dia mengetahui tusukan pedangnya mengenai ilusi bayangan Seiko saja, tanpa langsung mencederakan tubuh asal.
Ilusi Seiko yang tadi hanya menerima tikaman pedang tiba-tiba menghilang.
"Mana dia?!"
Pedang katana yang entah dari mana berjaya mencederakan pergelangan tangan lelaki berbalut mumia, sehinggakan dia terpaksa berundur selangkah ke belakang.
Tetapi, tidak sempat dia mengambil nafas. Seiko terus berlari laju dan menyerang kembali.
Ktang!
Itu membuatkan pergerakan lelaki mumia menjadi semakin lambat akibat keletihan kerana menepis serangan daripada pedang Seiko.
Ktang! Ktang! Klang!
Satu percikan api yang kecil terhasil sewaktu pedang mereka berdua tergeser.
"Aku tak akan kalah!" Saat dia berteriak menangkis serangan Seiko.
Lelaki itu terus memusingkan badannya dari terkena serangan Seiko dan kemudian dia, menusuk hujung pedangnya saat dia berjaya bergerak ke bahagian titik buta badan Seiko. Hujung pedangnya tepat menuju ke mata kiri Seiko untuk dicederakan.
Klakk!
"Urgh!"
Serangannya gagal. Seiko berjaya menepis serangan tadi menggunakan hulu pedang. Kemudian, Seiko melibas kembali menggunakan katananya bertubi-tubi ke lelaki itu, tanpa diberikannya satu ruang untuk serangan baru.
"Argh! Tak guna!"
Ktang!
Pedang mereka berlaga sekali lagi. Tetapi kali ini, ia memberikan impak momentum kuat kepada lelaki tadi hingga dia terpelanting jauh ke dinding batu stadium. Dia akhirnya terpaksa menarik diri setelah mengetahui yang mata pedangnya patah dan badannya mengalami keretakkan pada rusuk sebelah kiri.
"Pemenangnya... Seiko!" Jerit suara pengadil perlawanan disitu setelah memeriksa lelaki mumia tadi betul-betul menyerah kalah dan dibawakan ke hospital oleh paramedik.
"Uhhh!!!!"
"Ohhh!! Seiko!!!"
Penonton di stadium terus menyorak dengan lantang setelah Seiko berjaya sekali lagi menumpaskan lawannya.
Ketika itu,
Lycus yang dari tadi duduk di sebuah kerusi penonton, berjalan dan terus turun ke gelanggang stadium. Dia terus menyebut nama teknik pedang Seiko.
"Ice slash!"
Teknik kuasa yang dilepaskan dari pedangnya terus memotong dinding bata bersebelahan dengan tempat berdirinya Seiko.
Boom!
Raut wajah Seiko terus berubah. Anak matanya terus menatap wajah Lycus dengan dingin.
"Apa? Aku baru je selamatkan kamu..."
"Ha?"
Lycus terus menundingkan jari telunjuk ke arah dinding bata yang separuh hancur di belakang Seiko.
Sebuah mantera yang tadi tidak kelihatan menampakkan diri setelah terbelah dua di atas tanah, berdekatan dengan dinding, tempat yang sama lelaki berbalut mumia tadi terbaring dan mengalah.
"Kenapa engkau tolong aku? Apa niat engkau?"
"Eh? Aku tolong sebab... Aku nak perlawanan kita berdua tak diganggu.."
"Oh.. Engkau.. lawan aku yang ke 100, rupa-rupanya.."
"Iya-" Tak sempat Lycus menghabiskan ayat.
Seiko terus menyerang Lycus dengan katananya bertubi-tubi.
Klang! Klang! Klang! Ktang!
"Ish.."
Aura serangan Seiko yang terbang ke arah Lycus dapat dielak dengan bersahaja seperti mengelak serangan seorang kanak-kanak membaling sebiji batu.
Sedang Lycus memfokuskan dirinya untuk menyerang dengan teknik pedang yang dia pernah belajar dari ayahnya sebelum ini.
Secara tiba-tiba, Seiko mengangkat tangan di tengah-tengah perlawanan dia bersama Lycus.
"Aku menyerah kalah! Kau layak.." ujarnya bersahaja sambil memasukkan katana ke dalam sarung sebelum memandang kembali wajah Lycus.
"Ha?!"
Terpinga-pinga Lycus mendengar kata-kata Seiko.
Seiko terus berjalan ke arah pengadil dan merampas mikrofon ditangan lelaki itu.
"Ayah! Lelaki ini aku pilih sebagai bakal suami aku.. Jadi, ayah tak akan bantah lagi kalau seseorang yang kuat macam dia menjadi suami aku kan?"
Seorang lelaki tua yang memegang sebatang tongkat di kerusi stadium, hanya tersengih sebelum dia menjerit kembali kepada Seiko.
"Okay!"
Raut wajah Lycus terus memucat. Dia benar-benar pening dengan perkara yang baru berlaku. "Apa yang dia maksudkan dengan suami? Eh? Eh?" Ujar Lycus terkumat-kamit, memandang Seiko.
765 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasyAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...