11 Kembara Bertiga

39 9 9
                                    

Micah yang duduk bersandar di kerusi hanya menjuihkan bibir selepas mendengar penjelasan daripada lelaki tua bertongkat yang memperkenalkan dirinya sebagai ayah kepada Seiko

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Micah yang duduk bersandar di kerusi hanya menjuihkan bibir selepas mendengar penjelasan daripada lelaki tua bertongkat yang memperkenalkan dirinya sebagai ayah kepada Seiko.

Manakala Lycus pula hanya mampu mengaru pipi. Dia langsung tidak melihat Seiko yang berdiri memandangnya.

"Jadi, perlawanan tu hanya untuk mengukur kekuatan seseorang untuk menjadi suami Seiko sajalah??" Tanya Micah.

"Ya. Minta maaflah. Sebenarnya ini idea saya sendiri.. Sebab dia nak keluar dari Ryuu kingdom tanpa pengawasan saya.. Saya terpaksa cari calon suami yang sama kuat dengannya untuk melindung Seiko." Jawab ayahnya tadi. Lalu dia terus menundukkan kepala untuk meminta maaf.

Seiko yang dari tadi mendiamkan diri. Tiba-tiba berjalan mendekati Lycus. Tangannya terus bergerak, memegang tangan Lycus.

"Eh?"

"Tolong maafkan ayah aku..."Bicara Seiko dalam nada bisik sedikit.

"Ba--baik.. Aku tak kisah.. cuma, pasal menjadi suami kamu tu.... Aku terpaksa menolak.."

"Kenapa?" Balas ayah Seiko yang terkejut dengan kata-kata pemuda bermata kuning itu. Amat mustahil untuk sesiapa menolak menjadi suami anaknya yang terkenal dan cantik di setiap benua itu.

"Uh.. Tuan, jangan salah faham pula.. Saya sekarang cuma tidak berniat untuk mempunyai apa-apa hubungan romantik dengan sesiapa pun sekarang ni, sebab saya ada.. perkara penting yang melibatkan nyawa keluarga saya."

Ayah Seiko hanya termenung selepas dia mendengar kata-kata Lycus.

"Tuan.. Kami mahu pergi ke Dark Continent.. Jadi, kami tak boleh nak bawa anak Tuan.. masuk ke tempat yang bahaya.." Tambah Micah lagi untuk menyokong kata-kata Lycus tadi.

Si ayah terus memalingkan wajah kepada anak perempuannya.

"Seiko.. Kamu masih mahu keluar dari sini?"

"Ya!"

"Walaupun tempat tu lagi bahaya dari tempat yang pernah kita pergi sebelum ini?"

"Ya!"

Micah dan Lycus hanya mampu berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar kata-kata lelaki tua bertongkat itu kepada Seiko. Rasa tidak sedap hati tiba-tiba muncul dibenak hati mereka berdua.

***

Maka bermula pengembaraan mereka berdua bersama dengan Seiko ke sebuah hutan mistik. Dari hutan mistik ini mereka akan terus ke beberapa tempat sebelum sampai ke Dark Continent.

"Ah~ ini mimpi kan? Betul tak Lycus? Katakan semua ini mimpi.." Ucap Micah yang dari tadi mengoncang badan Lycus.

"Bu-bukan.. Ini realiti.."

Seiko hanya mengekori mereka berdua dari belakang. Matanya meliar melihat sekelilingnya. Hutan yang mereka bertiga tempuhi ini bukan hutan biasa-biasa.

Kemudian, dia berhenti menapakkan kakinya.

Lycus yang tadi masih bergerak bersama dengan Micah pun menghentikan langkah setelah perasan bahawa Seiko berhenti bergerak di belakang mereka.

"Kenapa Seiko?"

"Hutan ni sedikit aneh.. Tak seperti hutan yang pernah saya pergi.."

Mendengarkan perbualan Seiko dan Lycus. Micah turut menghentikan langkahnya. Dia kemudian terus melompat ke atas pokok. Dan meninjau keadaan sekelilingnya.

"Betul.. Satu bunyi cengkerik pun tak ada ni.. Rasa macam ada sesuatu-"

Dari jauh seekor orc tiba-tiba terlihat Seiko. Lalu dia menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain. "Kiekk! Kiekk!"

Bunyi jeritan nyaring orc itu didengari oleh mereka bertiga, walaupun tempat orc tadi agak jauh dari situ.

Pedang 'The Slayer' yang berada di belakang badan Lycus itu terus dicabut dari sarungnya. Lalu dihunus kedepan dalam keadaan sedia. Malah Seiko juga telah lama bersedia dengan pedang katananya.

Micah terus menerus memerhatikan keadaan sekeliling dari atas pokok sebelum dia kemudian menjampi magik pelindung.

"Shield protection!"

Ping!

Lambang perisai bersama beberapa tulisan kuno tiba-tiba muncul di atas anggota badan mereka setelah jampi magik selesai.

"Apa ni?" Soal Seiko.

"Ini jampi magik pelindung. Berguna apabila ada musuh menyerang waktu korang berlawan nanti."

"Terima kasih.. jadi bolehlah aku pergi berlawan tanpa perlu risau serangan dari pihak lawan, ye?"

"Err.. ye. Tapi masih perlu hati-hati.."

Tap. Tap. Tap.

Seiko terus berlari laju menuju ke beberapa ekor orc dan mencantasnya.

"Perempuan tu memang hebat.."

Lycus juga terus membunuh beberapa ekor orc yang cuba menyerang Micah dari arah belakang.

"Micah! Kamu kena sentiasa peka!"

"Oh, sorry.."

Micah terus terbang ke udara sebelum dia menjampikan satu magik serangan ke atas orc dan menyebabkan kepala orc tadi meletup.

"Banyak orc kat sini.. Ini mungkin bermakna ada satu perkampungan orc berdekatan.."

"Mungkin.."

Beberapa ekor orc terus berlari laju ke arah Seiko dan mula menyerang mengunakan belantan besi dan tombak besi yang tajam. Tapi, serangan mereka berjaya dielak. Dan mereka maut ditangan Seiko dengan hanya beberapa libasan katananya sahaja.

-Graahhh!!

Seekor orc tiba-tiba, mendarat betul-betul di hadapan mereka. Saiznya agak besar dari orc-orc yang mereka bunuh sebelum ini. Mata tajamnya yang merah keunguan itu terus memerhatikan mereka bertiga tanpa satu pun kerdipan mata.

"Sepertinya ia sedikit marah kerana kaum-kaumnya mati dibunuh oleh makhluk lemah dihadapannya.." Lycus terus menguatkan otot kaki dan tangannya secara serentak selepas dia merasakan orc gergasi tersebut mengeluarkan aura membunuh yang kuat.

755 words

Adventure To The Dark Continent(Slow Update)Where stories live. Discover now