01 Lycus

194 25 109
                                    

Pada tahun 1901

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada tahun 1901.

Von Stein Kingdom.

Di sebuah kota kecil yang bernama Silver Sky. Dari 100 hingga 1000 pedagang dari pelbagai kerajaan akan turun ke pasar kota Silver sky untuk berniaga. Sebab utama mengapa kota Silver sky menjadi tempat penarik pedagang asing adalah kerana tempatnya yang agak strategik.

Jauh dari pasar kota kecil yang sesak. Terdapat sebuah pondok usang yang terpinggir di hujung kota. Disitulah tinggal sebuah keluarga kecil yang di benci oleh penduduk kota.

...

Seorang remaja lelaki berambut hitam, terbongkok-bongkok menurunkan kayu-kayu ke tanah.

"Ah, penat. Sambung nanti." Ujarnya sambil meregangkan otot belakang.

Kreek..

Pintu depan pondoknya ditutup perlahan sebelum dia membungkuk, menanggalkan kasut.

"Lycus, kamu ke tu?"

"Ya, ayah. Hari ni saya balik awal sebab kayu-kayu dah banyak orang lain kebas."

"Oh, dah tak ada rezeki kitalah, nak. Nak buat macam mana lagi?"

"Yalah" jawab Lycus sambil memuncungkan mulutnya.

Dalam hatinya, dia berkali-kali menyumpah orang yang menyusahkan hidup mereka berdua. Padahal seumur hidupnya, dia tidak pernah membuat musuh. Orang-orang disitu saja yang membenci mereka berdua.

Sudahlah. Kalau diingat kembali perbuatan mereka mungkin sampai ke esok pun tidak habis.

Tanpa berlengah, Lycus terus mengambil sehelai tuala bersih yang tersidai rapi diatas sebuah rak kayu.

"Nanti dah habis mandi. Kamu boleh ambil makanan kat dalam periuk."

"Okay!" laungnya sebelum menutup pintu papan bilik mandi.

...

Habis sahaja dia mandi. Hujung rambutnya yang masih basah menjatuhkan manik-manik air ke lantai kayu.

Dengan perlahan, dia mendekati ayahnya yang baru menghabiskan semangkuk bubur gandum di dapur.

"Ayah, kalau Lycus nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Lycus perlahan sebelum mencuri pandangan ke ayahnya.

"Ha? Nak tanya apa?" jawab si ayah yang sedang mencungkil gigi dikerusi.

"Lycus ni manusia ke? Kenapa tak serupa macam orang lain? Orang-orang kat sini semua kutuk rupa Lycus.. Dahla berkuku hitam, anak mata pulak berwarna kuning.. Manusia normal tak ada ciri-ciri tu.." luah Lycus sedih.

Ayahnya terkilan. Tak pernah-pernah lagi anaknya, Lycus meluahkan isi hati seperti itu sebelum ini.

"Sini." Tangannya melambai-melambai, menyuruh anaknya mendekat.

"Kenapa?" soalnya hairan.

"Marilah kesini cepat.." gesa ayahnya lagi.

Tanpa Lycus sempat memberi pertanyaan lagi, satu pukulan yang laju mengenai dahinya.

"Ouch!"

Berkerut-kerut Lycus menahan pedih.

"Kenapa pukul saya ni, ayah?!"

"Tu! Walaupun orang lain kata kamu bukan manusia.. kamu tetap anak ayah. Walaupun semua orang didunia membenci kamu.. ayah tak sesekali membenci pada kamu.. ingat tu." Jelas ayahnya tadi sambil mengusap-usap lembut rambut Lycus.

"Ya.. Tapi perlu ke ayah pukul saya dengan sudu kotor tu.. ew, banyak air liur." Jelasnya mengelap dahi.

"Eh, budak ni. Sudu ni tak kotor. Air liur ayah je pun.."

"Tetap kotor.."

"Budak ni nak kena ni.. nah, rasakan penangan air liur.. tuih!tuih!"

"Argghh! Kotor, Lycus baru mandi tadi.."

"Hahahaha! Padan muka!"

Seperti biasa, pasangan ayah dan anak di pondok menghabiskan hari-hari mereka dengan gelak ketawa.

...

Namun, hari gembira buat keluarga itu tidak berkekalan lama.

Prang!

"Ayah!"

"Uhuk! Uhuk! Ay--ayah tak apa-apa.. Jatuh je. Jangan risau. Makan sup tu dulu nanti sejuk."

"Tak! Sup tu tak penting sekarang. Tunggu sekejap, biar Lycus panggilkan doktor"

Lycus terus berlari keluar dari pondok untuk mendapatkan doktor.

...

Tok! Tok! Tok!

Pintu depan klinik itu diketuk sekuat hatinya. Tak peduli sekiranya ia mungkin akan pecah. Yang penting ayahnya selamat.

"Doktor! Tolong ayah saya!" jeritnya.

Tok! Tok! Tok!

Seorang lelaki yang berkot putih berlari perlahan menuruni anak tangga klinik. Lelaki yang hanya memakai sandal dan berseluar pendek kemudian, membuka pintu dan terus menanyakan soalan. "Apa yang terjadi, Lycus?"

"Hahh.. hah.."

"Perlahan-lahan ceritakan pada saya.."

"Tak ada masa. Mari!" Lycus menarik tangan doktor.

"Eh?"

"Naik cepat!"

Lycus meminta doktor itu untuk naik kebelakangnya. Lycus berfikir kalau mengendong seseorang ketika berlari akan memendekkan perjalanannya ke pondok. Tambahan pula, dia adalah seseorang yang sangat kuat tubuh badannya. Lebih kuat dari tubuh badan manusia biasa. Semua itu disebabkan oleh latihan daripada ayahnya.

Namun, tindakannya itu sia-sia.

Doktor itu malah menolak keras perlawaannya. Mana mungkin seorang lelaki dewasa mahu digendong oleh seseorang yang lebih muda darinya. Habis egonya tercalar nanti.

"Jangan risau. Saya pun boleh gunakan magik."

Tangannya didepakan ke atas kepalanya sebelum melaungkan jampi magik.

"Portal open!"

Sebuah portal berwarna biru terbuka luas muncul di hadapan mereka. Keadaannya, seakan-akan mengoyakkan dua dimensi.

"Masuk!"

"Baik!"

701 words

Adventure To The Dark Continent(Slow Update)Where stories live. Discover now