Satu laluan panjang diikutinya dengan berjaga-jaga. Dia risau kalau-kalau, masih ada lagi makhluk lain yang akan datang menerkam sekiranya dia tidak peka dengan persekitaran.
Laluan masuk utama yang panjang itu bersambung ke bahagian tempat singgahsana untuk para diraja. Walaupun tempat tersebut sudah lama ditinggalkan. Mungkin beribu atau berdekad. Tetapi, kain lindung di atas tempat bersemayamnya para diraja masih cantik dan tidak lusuh. Cuma sedikit berhabuk.
Di tepi singgahsana itu, terlihat sebuah peti besar yang masih terkunci.
'Bunyi tu datang dari sini..'
Dia terus menyentuh kotak peti tadi.
'Berkunci? Mana nak cari kunci?'
Dia berpaling dari peti dan mencari kunci di sekitar ruang itu. Manalah tahu kalau-kalau dia terjumpa ia masih tersorok di suatu tempat.
Puas dia mencari. Hasilnya, tiada satu pun kunci yang ditemukan. Maka, dia harus membuka peti tadi secara kasar menggunakan kuasa magik.
Jarinya laju menulis kata-kata jampi magik diudara sekali lagi.
"Open"
Ktak!
Peti tadi terus terbuka. Memperlihatkan segala isi dalamnya yang bersinar-sinar.
Loket emas, duit syiling emas, berlian, permata, dan beberapa artifak lama seperti teko, cawan dan pasu.
Semua tu memang rezeki dia. Kalau dia ambil sikit, mungkin Micah tak akan marah padanya sebab dia pergi seorang diri. Dia tahu Micah tengah runsing dengan masalah perbelanjaan untuk pengangkutan dan makanan.
Barang-barang yang dia lihat dipeti itu terus di kauk masuk ke dalam karung dimensi untuk disimpan.
'Selesai!'
Karung tadi diikat dan terus disimpan kembali. Dia tersenyum lebar hingga ke telinga. Mungkin kerana hatinya gembira yang dia dapat membantu Micah.
Tiba-tiba, sewaktu dia mahu keluar dari ruangan tadi. Suara tadi bergema kembali.
-"Jangan pergi!"
'Suara ni bukan dari peti tu ke? Tapi, bila difikirkan kembali.. Suara tu hilang bila peti tadi terbuka.. Kenapa muncul balik?'
-"Tolong, aku merayu. Jangan pergi!"
"Siapa kamu?"
-"Ah! Kamu boleh dengar?"
"Ya. Kenapa kamu panggil aku ke mari? Apa niat kamu?"
-"Aku nak kamu berada di sini bersama-sama dengan aku--"
"Ha?"
-"SELAMANYA!!!"
Suara halus tadi tiba-tiba berubah garau. Asap hitam mula keluar dari lubang kunci peti tadi dan mengelilingi Lycus.
"Urgh! Ini satu perangkap."
Asap hitam yang mengelilingi dia mula menjadi partikel nyata, dan kemudian terus mengikat tangan seperti rantai.
Klang!
-"Hahahaha! Akhirnya aku berjaya dapat tubuh seorang lelaki berketurunan dewa."
"Urggh! Apa maksud kamu?"
-"Ha? Ayah kamu tak pernah beritahu? Kasihannya.."
"Diam! Aku tak akan terpedaya dengan hasutan makhluk jahat seperti kamu!"
-"Aku, jahat? Hahahaha! Kamu sebenarnya yang jahat! Aku benci keturunan kamu! Dewa yang telah memaksa aku untuk tunduk dan dikurung disini!"
Krak!
Rantai yang membelenggu Lycus terus mematahkan pergelangan tangannya secara tiba-tiba.
"Arghh!"
-"Hahahaha! Macam mana? Seronok ke, tulang tu dipatahkan?"
...
'Fikir cepat, Lycus.. Kau tak boleh mati kat sini. Kalau engkau mati, maksudnya kau tak boleh selamatkan ayah kau..'
Dia harus cepat bertindak. Kalau tidak nyawa dia melayang.
-"Eheii.... Dah diam? Dah menyerah kalah? Tak mahu meronta?"
Separuh dari asap hitam yang masih mengelilingi Lycus yang sedang terikat, menjelma. Fizikalnya tidak ubah seperti seekor syaitan berkepala anjing. Mempunyai tiga tanduk didahi. Mendekati Lycus yang dari tadi lagi mendiamkan diri.
Kemudian dia menjelirkan lidahnya yang panjang hingga mampu memegang batang tengkuk Lycus.
-"Aku nak tengok.. reaksi kamu diseksa sebelum aku rasuk badan ka-"
Secara tiba-tiba, Lycus terus meludah jarum dan mengenai mata makhluk tadi.
-"Kurgh! Apa ni? Racun?"
Jarum dari racun yang diludahnya, membuatkan dia buta sementara. Rantai yang membelenggunya terputus. Dan ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu olehnya.
Jari tangan laju menulis perkataan jampi magik di udara.
"Lightning"
Boom!
-"Berani kamu!"
Tidak sempat makhluk tadi melakukan penyembuhan keatas dirinya. Satu lagi serangan magik mengenainya.
Bang!
"Kamu ingat aku nak serang sekali je?"
Tanpa dia ingin melengahkan masa yang tercipta. Dia cuba jampi yang pernah dia saksikan sendiri depan matanya sebelum ini. Ya. Jampi magik yang digunakan oleh guru magiknya, Alastair.
'Kalau aku tak berjaya.. Memang aku betul-betul mati.'
Tangannya didepakan ke atas. Mulutnya berkumat kamit membacakan sebuah jampi magik yang agak panjang. Disaat penghujung perkataan jampi. Dia terus menundingkan jari telunjuk ke arah makhluk tadi yang masih menggelupur sakit akibat terkena serangan magik kilatnya yang sebelum ini.
"Black hole!"
Sebuah pusaran hitam seperti portal muncul di tengah-tengah badan makhluk dihadapannya.
-"Jahanam kamu dewa seri-!"
Badannya terus disedut ke dalam pusaran hitam hingga tiada lagi sisa yang tertinggal.
Plop!
...
Selepas makhluk tadi hilang dari pandangan mata. Dengan tiba-tiba, seluruh dungeon bergegar dan menjatuhkan bata-bata di dinding.
"Alamak.. lepas satu bahaya. Nak kena hadap ni pula!"
Lycus terus menerajang bahagian dinding banggunan yang sedikit retak. Hasil dari tendangannya yang kuat. Sebuah lubang besar tercipta. Dan dia kemudian berenang keluar sebelum kesemua dungeon tadi runtuh.
'Berjaya. Yang jadi masalah sekarang ni. Kena berenang ke atas dengan tangan yang patah. Kamu kena bertahan.. huhuhu..'
771 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasyAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...