14 Elf Village (Bhg 2)

23 3 0
                                    

Naga merupakan seekor makhluk yang agak misteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naga merupakan seekor makhluk yang agak misteri. Sesiapa yang pernah melihatnya secara langsung akan terbit pelbagai emosi didada. Samaada takjub ataupun gerun.

Naga yang paling berusia merupakan naga paling berkuasa dan mempunyai pelbagai pengetahuan dunia. Mereka terkenal dengan sikap angkuh dan suka hidup menyendiri.

Bangsa elf pula sangat menyanjungi dan obses dengan makhluk bernama naga. Sehinggakan ada sebilangan daripada bangsa elf menyembah mereka seperti dewa-dewi. Elf juga sanggup berbuat pelbagai perkara tidak masuk akal untuk naga yang mereka sembah.

***

Rumah ketua kampung Elf.

"Macam yang saya katakan sebentar tadi.. Raja Eloihiim tidak mahu berjumpa dengan kamu semua.." Jelas seorang lelaki berbadan tegap berambut putih.

"Kenapa pulak? Kapten Elogia kata.. Kami boleh berjumpa dengannya.. " Soal Seiko sedikit kesal.

"Haihh.. Pergi.. Dia memang tak mahu jumpa dengan sesiapa pun sekarang ni.." Ujarnya lagi sambil menolak huraian rambut panjangnya ke belakang telinga.

"Jadi.. Apa alasan kamu lepas ni? Berikan maklumat palsu tentang naga Eloihiim dah mati kat negara lain pulak ke?"

"Psst.. Seiko, sudahlah tu.. Esok kita datang lagi ke sini.." Bisik Lycus perlahan, cuba menenangkan Seiko. Jari tangannya menarik hujung lengan baju Seiko.

"Kami tak akan berganjak dari sini! Buka pintu tu!" Arah Seiko lagi, tetapi kali ini sedikit keras. Dia cuba merapati lelaki berambut putih yang berdiri dihadapan pintu besar emas tersebut.

"PERGI!" Arah lelaki itu dengan marah. Kayu tongkatnya yang dia pegang, dihentakkan ke tanah terus mengegarkan sekeliling kawasan. Gegaran kuat tadi hampir saja menjatuhkan Lycus dan Seiko disitu.

"Pergi.. Sebelum aku gunakan kekerasan." Matanya terus bertukar dingin. Aura Mana (energi magik) yang berkumpul disekelilingnya terus mengila.

Seiko dan Lycus yang merasakan suasana disekitar berubah mula menarik pedang dari sarung pedang masing-masing.

Peluh mula menitis jatuh. Keadaan semakin tegang dan sunyi. Hanya dapat mendengar bunyi nafas dan degupan jantung masing-masing saja ketika itu.

Tidak sempat mereka beradu tenaga. Pintu besar yang dikawal oleh lelaki elf berambut putih itu tiba-tiba terbuka sedikit. Asap yang banyak mula keluar perlahan dari situ.

Dan itu mendiamkan Seiko dan Lycus dari terus mengeluarkan sebarang kata-kata. Hanya terpegun melihat satu sosok tubuh elf berambut emas keluar dari pintu tersebut sambil tersenyum.

"Hai, selamat petang.. Anak muda~" Ujar lelaki elf berambut emas tadi.

Seiko dan Lycus meneguk air liur dengan payah sebelum mereka membalas sapaan lelaki elf itu. "Se-selamat petang, raja Eloihiim.."

"Oh, awak sudah tahu identiti saya? Ini sudah cukup menjimatkan masa saya. Tak perlulah nak perkenalkan diri lagi... Hohoho.." Tawanya sambil menepuk-nepuk badan lelaki elf berambut putih yang merupakan pengawal pintunya. "Dan kamu Zander.. Tak perlulah asyik bermuka ketat. Cubalah berbaik-baik dengan mereka."

"Baik, tuan ku.."

Eloihiim terus memandang kembali ke arah Seiko dan Lycus. Satu pucuk Surat dikeluarkan dari bawah bajunya dan dilemparkan kepada Lycus.

Lycus yang menyambut surat tersebut, terpinga-pinga dengan perbuatan Eloihiim.

"Itu. Semua ramuan bahan-bahan penawar untuk mengubati sakit ayah kamu..Saya ikhlas tolong kamu.. Dan jangan beritahu dia yang saya berikan.."

"Terima kasih! Tapi.. kenapa tuanku Eloihiim sudi menolong tanpa sebarang balasan?"

"Kami kawan lama.." Jawabnya sebelum dia berjalan masuk ke dalam pintu besar tadi.

Mendengarkan kata-kata terakhir dari Eloihiim. Lycus tersenyum. Dia tahu bahawa ayahnya bukan seorang pahlawan biasa-biasa. Dan dia berhasrat untuk melepasi kehebatan ayahnya suatu hari nanti.

"Apa yang berlaku? Gegaran apa tadi tu?" Micah yang baru sampai melemparkan soalan. Kapten Elogia juga mengikut, wajahnya tampak risau.

"Oh, tadi kami.." Jawapan Lycus tersekat di kerongkong. Perkara tentang dia berjumpa dengan Naga Eloihiim, tidak boleh dibicarakan. Mungkin ini magik yang telah dijampi olehnya.

"Kenapa? Lycus, cakap tu biarlah sampai habis. Kau tahu aku dah hidup lama tapi aku bukan pakar dalam melihat isi hati.."

"Ah, kami cuma menunjukkan kekuatan masing-masing. Lupakan saja." Sampuk Seiko dengan niat menolong Lycus yang kelihatan bergelut untuk berbicara.

Malam itu mereka di jemput untuk tinggal di perkampungan elf buat sementara waktu dan kemudian berangkat ke negara lain untuk meneruskan perjalanan. Ramuan bahan-bahan yang diberikan oleh naga Eloihiim merupakan bahan-bahan penawar untuk ayahnya sembuh kembali. Namun, susah untuk dijumpai di negara lain kecuali di kawasan yang paling berbahaya iaitu Dark Continent.

Mahu tak mahu, Lycus harus ke sana. Tapi dia telah lama menyedari perkara itu tidak dapat dielakkan. Dan sekarang ini tubuhnya perlu dikuatkan lebih lagi untuk menghadapi musuh-musuh yang jauh lebih kuat.

Sebagai contohnya peristiwa sewaktu dia terpaksa berhadapan dengan elf yang menjaga pintu besar naga Eloihiim. Kalau kekuatan musuh seperti itu muncul. Mungkin dia dan kawan-kawannya mati tanpa sempat berlawan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adventure To The Dark Continent(Slow Update)Where stories live. Discover now