Alastair menceritakan setiap pengembaraannya bersama Leonidas iaitu ayah Lycus. Setiap ceritanya disambut berbagai reaksi.
Sehinggalah dia menceritakan tentang Dark continent. Iaitu sebuah tempat yang paling bahaya di dalam dunia Gaia.
"Dark continent ialah tempat paling bahaya bagi setiap makhluk. Tak ramai manusia berjaya sampai. Tapi, Leonidas berjaya sampai ke Dark continent. Dan dia juga menumpaskan raksasa yang menghuni di situ seorang diri tanpa memerlukan pertolongan dari rakan-rakannya. Raksasa yang berada di Dark continent tu, bukan raksasa biasa-biasa untuk dilawan."
Tangan Alastair mengangkat secawan air susu dari meja. Kemudian dia menghirup perlahan sebelum menyambungkan ceritanya lagi.
Mata Lycus langsung tidak berkedip. Air liurnya ditelan. Barangkali, rasa ingin tahunya memuncak.
"Lepas tu?"
"Tapi, akibat dari kecederaan sewaktu perlawanannya bersama raksasa tersebut dia dijangkiti penyakit. Mulanya kami fikir penyakit tersebut akan hilang selepas dirawat menggunakan magik dan posyen. Namun, tidak. Penyakit tu semakin teruk apabila dia semakin berumur."
"Jadi.. penyakit misteri yang ayah dapat tu berasal dari Dark Continent lah?"
"Ya. Dan saya yakin. Penawar untuk penyakit misteri tu ada di Dark continent."
"Kalau macam tu.. saya kena pergi juga ke sana! Ke Dark continent!"
"Sebab tulah.. Leonidas berkeras untuk tidak cerita fasal tempat dan penawar tu pada kamu.. Kamu pasti nak pergi ke sana nanti. Dia tak mahu kamu berada ditempat bahaya.."
"Tapi, saya mesti pergi! Tak kiralah kalau ayah dan saya akhirnya bergaduh nanti.. semua ini untuk dia jugak!"
"Haihh.. betul ke kamu nak pergi? Walaupun akhirnya kamu yang mati?" Tanya Alastair spontan.
"Ya!" Jawabnya dengan yakin. Anak matanya langsung tidak berasa gentar pada amaran Alastair. Malah kelihatan semakin bersemangat.
"Okay.. kalau macam tu, kamu kena belajar dengan aku. Cara berlawan dan mengunakan jampi magik."
"Ba--baik!"
...
Dalam tempoh sebulan latihan, akhirnya Lycus berjaya menempatkan satu serangan ke atas Alastair. Namun, Lycus tetap tidak dapat menjatuhkan dia. Sebaliknya, Lycus yang dijatuhkan.
"Hah.. hah.."
"Baiklah.. kita berhenti setakat ni je hari ni.."
Lycus terbaring di tanah setelah berulang kali disepak oleh Alastair.
Badannya masih berdenyut sakit apabila dia cuba untuk bangun.
"Ergh.. Jangan kalah pada kesakitan! Kau kan anak jantan!" Lycus cuba memberi motivasi pada dirinya sendiri.
...
"Macam mana? Jangan risau.. dia elok je berlatih kat sini.. Ya. Kamu tak nak datang jenguk dia ke?"
Tutt.. tutt.. tutt..
"Aku tak habis cakap, dia dah letak gagang telefon dulu? Keras kepala betul manusia ni.." ujarnya geram sebelum meletakkan telefon.
Alastair kemudian mengangkat punggungnya dari kerusi. Lalu berjalan keluar dari kliniknya.
Di taman belakang kliniknya, Lycus masih berlatih melibas pisau belatinya ke arah sebuah patung berukuran beruang yang dicipta oleh Alastair. Sudah berkali-kali dia melibas, namun tiada satu pun libasan pisaunya berjaya memotong kepala patung tersebut.
Keringat peluhnya mula membasahkan belakang badannya.
Alastair yang berdiri memandang dia dari jauh. Mula berfikir. Bagaimana caranya untuk dia membuat Lycus menjadi lebih kuat dari yang sebelum ni.
Puas dia berfikir. Akhirnya satu idea terlintas ke fikirannya.
Micah!
Ya. Micah boleh bantu dia.
"Oi! Lycus.. Mari ikut saya ke ibu kota."
Lycus yang sedang meneguk sebotol air terkejut dengan ajakkan tiba-tiba Alastair.
"Eh?"
...
Di kota Silver sky. Alastair mengorakkan langkahnya ke sebuah lorong sempit yang sedikit gelap.
Setelah mereka berdua melalui berbagai jalan berselirat. Akhirnya, Alastair memberhentikan langkah kaki di hadapan sebuah kelab malam.
"Strip Show?"
Lycus membaca perkataan yang tertera pada papan nama kelab tersebut. Matanya membulat sebelum mengalihkan pandangan ke arah Alastair kembali.
Culture shock!
Hampir dia tidak percaya bahawa Alastair. Lelaki yang tidak mempunyai nafsu pada perempuan atau lelaki ingin melawat ke tempat seperti itu. Kalau lelaki seperti ayahnya, dia tidak akan terkejut.
"Jangan salah faham.. Saya bukan jenis orang yang kamu fikirkan.. Kat sini ada orang yang saya kenal.." ujarnya untuk melindungi imej. Tak fasal-fasal nanti keluar khabar angin aneh tentang dia bernafsu kuda.
Yang terpaling dia bimbang nanti bila jadi bahan ejekkan Leonidas seumur hidupnya. Nak bayangkan pun dah boleh buat trauma.
Lycus hanya mengangguk kepala tanda mengerti.
...
Saat mereka berdua melangkah masuk.
Irama muzik dari gitar dan drum yang kuat hampir-hampir membuatkan gegendang telinga mereka pecah.
Tanpa membuang masa mereka terus bergerak ke kawasan vvip tanpa pertanyaan atau penyewaan bilik di kaunter. Dan itu membuatkan pekerja di kaunter merasa aneh.
...
Setiap kali Alastair berjalan, dia pasti akan membuka semua pintu bilik yang berada di kelab malam. Liar matanya memerhati wajah-wajah yang ingin dicari.
Tiba-tiba Alastair berhenti dihadapan sebuah bilik di tingkat tiga.
"Jumpa." Katanya ringkas.
Tanpa bercakap banyak. Dia terus menerajang pintu besi hingga tercabut dari kedudukan asalnya.
Gedegang!
Aahh!!
Terlihat seorang remaja lelaki berambut putih tersengih-sengih saat mata mereka berdua bertembung. Remaja itu sudah siap sedia bercangkung di atas jendela tingkap. Lambat satu saat, pasti remaja lelaki tadi terjun dari situ untuk lari.
Gadis- gadis yang berada di dalam bilik tersebut hanya mampu berpelukan. Takut dengan situasi yang berlaku di mata mereka.
"Micah! Baik kamu turun dari situ sebelum aku patahkan semua tulang rusuk kamu!" Arahnya dengan keras. Urat dahinya timbul tanda amarahnya membuak-buak melihat pelajarnya yang suka berfoya-foya itu tersengih.
"Ba--baik cikgu!!" Jawabnya laju.
826 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasyAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...