Dia sememangnya pakar dalam berenang. Berenang di dalam sebuah kolam amat mudah baginya. Seperti seekor ikan di dalam air. Namun, amat memeranjatkan. Kolam itu mempunyai arus. Kekuatan arus air kolam itu tak ubah seperti waktu dia berenang di dalam laut.
Tiba-tiba dia terfikir sejenak tentang trick yang diajar oleh ayahnya sebelum ini.
'Kekuatan otot maksimum'
Splash!
Dengan menguatkan otot kaki saja. Dia dapat melepaskan satu tendangan kaki di dalam air. Dan berjaya berenang lebih jauh ke dalam.
...
Semakin lama dia berenang ke bawah.
Akhirnya, dia berjaya menjumpai penghujung dasar. Kakinya terus menapak keatas batu-batu kecil yang berpasir di dasar.
'Tadi boleh rasa airnya masih ada. Boleh berenang. Tapi kat dasar ni.. rasa macam berada di atas darat..'
Ya.
Keadaannya tak ubah seperti dia berjalan atas darat. Daun-daun rumpai air terlalu panjang dan tebal hingga mampu menjadi sebuah hutan.
Namun ia tidak menjejaskan Lycus untuk mencari asal keberadaan yang memanggilnya dari tadi lagi.
'Makin lama berjalan, kolam ni makin luas..'
Daun rumpair itu di selak ke tepi sebelum dia perlahan melangkah ke depan. Setelah hampir 3 minit dia berada di "hutan rumpai air".
Tiba-tiba muncul garisan cahaya biru dari bawah celah tapak kakinya. Garisan panjang tidak berpenghujung itu diikuti oleh Lycus yang mengagak akan membawanya terus ke suara tersebut.
Tak lama kemudian.
Suara sayup-sayup tadi kembali memanggilnya.
Tapi kali ini semakin kuat. Mungkin dia sudah semakin hampir. Tak sia-sia dia mengikut kata hati untuk terus mengikut garisan cahaya biru itu.
'Ini.. ini bukan ke sebuah *dungeon?'
Betul-betul di penghujung garisan cahaya biru tadi. Sebuah banggunan lama dengan dinding bata yang separuh hancur tersergam di hadapan dia.
'Sebuah dungeon dalam kolam? Nak kata tak masuk akal.. Tapi, kolam ni kolam air mata dewa.' Lycus bermonolog.
*Dungeon ialah bilik gelap, kurungan bawah tanah, menara ialah terjemahan teratas "dungeon" ke dalam Bahasa Melayu.
Pintu dungeon dihadapan dia tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Angin tiup? Mustahil. Dia betul-betul di dasar sebuah kolam. Tidak ada angin kuat yang mampu buka pintu besi yang sekurang-kurangnya dalam berat 2 tan itu.
'Macam pernah tengok, lambang ni..'
Permukaan corak serigala yang dilihatnya pada pintu besi itu, disentuh dengan tangan sebelum dia melangkah masuk ke dungeon.
Dam!
Pintu dungeon terus tertutup setelah dia betul-betul berada di dalam ruang masuk dungeon.
Dihadapan dia tiba-tiba saja lima ekor makhluk tinggi yang bersirip ikan memegang tombak memunculkan diri. Tombak besi yang agak runcing itu ditujukan tepat ke arah Lycus.
Aura niat membunuh dari kelima-lima ekor makhluk dihadapan dia tiba-tiba dapat dirasa.
'Ergh.. aura membunuh dia boleh buat aku sakit kepala..'
Kakinya yang rapat tadi dibuka sedikit sebelum menulis kata-kata magik di udara.
"Fire ball!" Jerit Lycus.
Beberapa bebola api terbang melayang kepada makhluk yang masih berdiri tegap di hadapannya. Dan mengenai mereka.
"Yes!"
Namun, bebola api tadi tidak dapat mencederakan makhluk itu. Malah, membuatkan mereka mula naik darah dan menyerang kembali Lycus.
"Urgh!"
Serangan itu sempat dielak olehnya dengan bantuan magik yang diajar oleh Alastair.
'Tusukan tombak besi tu boleh hancurkan dinding macam tofu je.. kena hati-hati, kalau tak boleh cedera..'
Serangan tadi tidak berhenti setakat itu sahaja. Salah satu makhluk tadi terus menerpa ke arah Lycus. Tombak yang berada di tangannya menusuk bahu Lycus.
"Boom!"
"Kurgh!"
Tanpa melengahkan masa, Lycus terus mematahkan batang tombak besi yang tertusuk tadi dengan tendangan dari lututnya.
Dan berlari ke dinding sebelum melompat ke atas kepala makhluk tadi, untuk dijadikan platform terbang ke udara.
Serentak dengan tindakannya itu, dia terus menulis kata-kata jampi magik.
"Volcano ball!"
Bebola api lava tadi terus mengena tepat kelima-lima ekor makhluk tadi, tanpa sempat mereka mengelak. Anggota badan mereka mula mencair sedikit demi sedikit bagai marshmallow yang terkena api panas.
-"Grahh!"
-"Kieekk!!"
-"Kraahh!!"
Makhluk-makhluk itu akhirnya hilang menjadi cecair yang sama seperti lopak air di lantai.
'Urgh.. lepas ni taubat dah.. tak akan pernah tinggalkan pedang lagi kalau nak pergi mana-mana..'
Lycus terus terduduk, menyandar dinding. Perasaan leganya kelihatan dimuka.
...
Dia terus meminum sebotol posyen yang berada di dalam kantung dimensinya.
Luka teruk pada bahunya tiba-tiba bercahaya dan tercantum sendiri. Dia genggam-genggamkan tangannya untuk melihat pemulihan luka yang baru sembuh sebentar tadi.
"Nasib cepat sembuh.."
...
Setelah dia berehat beberapa saat.
Telinganya kembali menangkap suara misteri yang dari tadi lagi asyik memanggilnya untuk datang.
"Baiklah, masa untuk ke sana."
715 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasyAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...