Tanpa disedari, mereka bertiga yang sedang mengejar kanak-kanak tadi telah pun menjejakkan kaki ke kawasan yang aneh. Aneh yang macam mana?
Hutan puaka yang mereka lalui tadi mempunyai pelbagai haiwan buas dan makhluk ganas. Manakala daun-daun hutan tersebut agak hijau kehitaman seperti terlalu banyak magik terlarang di persekitaran sehingga daun dan pokok terpaksa menyerapnya.
Tapi berbeza sekali dengan hutan yang mereka jejak sekarang ini. Bunga-bunga yang cantik tumbuh setiap kali mereka bertiga memijak kawasan berumput. Itu belum lagi dengan haiwan-haiwan yang cantik.
Disebabkan oleh keadaan sekitar mereka yang berubah mendadak, tanpa mereka sedar. Mereka telah pun membiarkan kanak-kanak yang mereka kejar tadi lesap dari pandangan.
"Tengok tu! U-Unicorn!" Tunding Micah ke arah sebuah tasik jernih yang sedikit jauh dari mereka.
"Unicorn? Bukan haiwan tu dah pupus ke?" Tergagap-gagap Lycus memacukan kata.
Seiko pula terkaku melihat seekor haiwan yang sepatutnya telah pupus dari Ryuu kingdom dua ratus tahun dahulu memunculkan diri disebalik pepohon hijau sebelah kirinya.
"Eh? I-Itu... Itu beruang bertanduk ke?
Beruang bertanduk yang setinggi 4 meter apabila berdiri, hanya bergerak membawa anaknya ke tempat lain dan langsung tidak mengendahkan mereka bertiga disitu.
"K-Kamu pasti ke, yang tu beruang bertanduk?" Soal Micah yang terlihat agak pucat wajahnya.
"Ya. Tapi, kenapa dia tak serang kita?"
"Itulah kenapa aku tanya kamu lagi sekali, Seiko.."
"A-Aku.. Pun tak tahu.. Sedangkan beruang bertanduk memang haiwan yang terkenal dengan sifat ganas.. "
Lycus yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka berdua, tiba-tiba menurunkan kepala. Telinganya terus dirapatkan, betul-betul diatas tanah.
"Shh.. Aku dengar beberapa tapak kaki menghampiri kita.." Ayat yang dikeluarkan dari mulut Lycus tadi mematikan perbualan Seiko dan juga Micah.
"Lycus, berapa orang?"
"Sembilan.. Bukan.. Ada dua puluh."
Micah terus menjampikan beberapa magik keatas badan mereka dan salah satu magik tersebut merupakan magik kuno terkuat yang dia belajar dari cikgu keduanya iaitu Cornelia.
Dalam tempoh 30 saat, dua puluh orang berbangsa elf berambut emas memunculkan diri di hadapan mereka, sambil memegang pedang dan panah magik yang terus dihalakan ke arah Lycus, Seiko dan Micah.
"Manusia! Kenapa kamu semua masuk ke kawasan kami? Apa tujuan kamu?!"
Micah yang mendengar soalan salah seorang elf dihadapannya, terus menjawab pertanyaan mereka. " Kami tak ada tujuan atau niat buruk pada bangsa elf.. Kami cuma tersesat dan mahu cari jalan keluar dari hutan puaka ini.."
"Sesat? Tapi, kenapa tindakan kamu tadi seperti mahu mengancam kami?!"
"Ah, maaf kalau tindakan kami seperti penjahat.. Tapi, percayalah yang kami memang tidak berniat jahat.."
"Hmm... Baiklah, mari ikut aku.." Ujar seorang lelaki elf yang agak menonjol berbanding elf yang berada disitu.
"Huh? Tapi, kapten.. Ketua kampung tak suka penceroboh masuk ke kawasan kita.. Lagipun mereka tu manusia.. Dan manusia pasti ada niat jahat."
"Ya, aku tahu. Tapi, kita perlu selidik dulu identiti mereka. Mereka tak nampak macam ada niat jahat.. Dan aku dapat rasakan energi magik yang kuat daripada mereka. Kalau mereka jahat, separuh orang kita kat sini mungkin dah mati, diserang oleh mereka.. tapi mereka tak serang, malah mengambil keputusan untuk menerangkan situasi mereka pada kita.."
"Oh, minta maaf kapten.."
Perjalanan ke kampung elf hanya mengambil masa 20 minit dengan berjalan kaki sahaja.
"Ini ialah Elf Village.. Nama saya Elogia. Dan saya kapten untuk pasukan elf kat sini.." Ujar lelaki elf berambut emas itu kepada Micah.
"Saya Micah. Ini Lycus dan yang ditepinya itu pula, Seiko.." Jawab Micah ringkas.
Seiko yang dari tadi mendiamkan diri, tiba-tiba saja melangkah ke sebuah figura patung seekor naga. " Kenapa Seiko?" Soal Lycus yang mengikutinya dari tadi.
Lama dia diam dan hanya menatap. Akhirnya, dia bersuara. "Lycus, kamu tengok ni.." Ujarnya sambil menundingkan jari ke arah sebuah plat nama di bawah figura tadi.
"Eloihiim.. Siapa Eloihiim?"
"Nama seekor naga yang berada di dalam lagenda.. "
"Naga? Wujud ke naga tu?"
"Wujud.. Dia merupakan seekor naga yang sudah berabad tahun wujud.. Dan dia juga mempunyai berjuta-juta pengetahuan dunia.."
"Jadi?"
"Ya. Dan mungkin dia tahu cara-cara untuk mengubati penyakit ayah kamu.."
"Be-betul ke? Kat mana kita boleh cari dia?"
Elogia berdehem. Dia merapati Lycus dan Seiko yang dari tadi sibuk berbual mengenai naga lagenda.
"Encik Lycus dan Seiko.. Biar saya perbetulkan... Tuanku Eloihiim sudah lama mangkat.. Jadi agak mustahil untuk kamu berdua mencarinya.."
"Apa? Mustahil! Ayah saya kata naga Eloihiim masih hidup. Dia pernah berjumpa dengannya di perkampungan elf sebelum ni.. Dan perkampungan elf itu mungkin kampung kamu!"
"Si-siapa nama ayah kamu, Cik adik?"
"Kitayama Ryujin dari Ryuu kingdom.."
"Ryujin? Si bedebah tu ada anak? Menakjubkan!"
"Awak kenal ayah saya?"
"Mestilah kenal.. Dia budak yang pernah meminta Tuanku Eloihiim mengajarnya teknik pedang.."
757 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasyAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...