12 Orc

25 6 6
                                    

Lycus berlari laju menuju ke Orc gergasi tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lycus berlari laju menuju ke Orc gergasi tersebut. Aura dari pedangnya itu terus dia libas dengan ganas hingga menumbangkan beberapa batang pokok disekitar kawasan yang dia lalui.

"Hiyargh!"

Krak!

Namun orc gergasi itu mengelak serangan Lycus dan tiba-tiba menarik sebatang pokok di sebelahnya dan kemudian membaling ia ke arah Lycus.

Zass!

Batang pokok yang dibaling oleh orc gergasi itu terus dipotong saat mendekati atas ruang kepalanya.

Sekelip mata figura orc gergasi tersebut berada betul-betul dihadapan Lycus. Tangannya yang dikepal menjadi sebuku penumbuk itu diangkatnya tinggi dari hujung kepala untuk menyerang.

"Jaga-jaga!!" Jerit Seiko yang sedang bertarung dengan lima ekor orc. Badan dan tangannya ligat mengelak dan memotong ligamen tangan lima ekor orc itu sebelum dia menusuk bahagian leher orc.

Selesai saja dia membunuh lima ekor orc itu serentak. Seiko terus membaling tiga bilah pisau kecil yang tersimpan di bawah kimono ke arah mata orc gergasi itu untuk melemahkannya.

-"Graahhh!!"

"Berjaya!"

Walaupun pisau tersebut tertusuk di matanya. Orc tersebut masih lagi kuat dan terus menghentak-hentak perisai magik pada badan Lycus.

"Kurgh!" Sedang Lycus menahan momentum dari serangan orc gergasi.

Micah pula yang dari tadi menghilangkan diri rupa-rupanya sedang tegak berdiri diatas sebatang dahan pokok. Mulutnya berkumat kamit. Jarinya laju menulis perkataan jampi diatas udara.

"Lightning strike!"

Sebuah pancaran elektrik yang bergerak sepantas cahaya terus menyambar pisau kecil yang tertusuk di mata orc gergasi dan terus meletupkan matanya. Darah hijau dari matanya memancut keluar seperti air terjun.

-"Kuarrgh!"

Kesakitan yang menyerikan pada bebola matanya yang baru meletup tadi menyebabkan dia kehilangan imbangan pada badan sehingga membuatkan dia terduduk, meronta-ronta di atas tanah.

-"Graah!!"

Namun, rontanya itu tidak lama. Dengan sekali libasan pedang Lycus. Orc gergasi itu terus kehilangan nyawanya.

Zass!

Selepas selesai saja perlawanan melawan orc tersebut. Micah terus turun ke tanah. Satu kantung dimensinya dikeluarkan dari bawah baju. Tangannya itu kemudian membuka kantung dimensi untuk mencari sesuatu.

"Jumpa!"

Sebuah balang kaca berbentuk silinder dikeluarkan dari kantung dimensi.

Lycus dan Seiko yang baru membersihkan pedang mereka dari darah orc hanya mampu melihat tindakan lelaki vampire tersebut.

Micah terus memotong kulit mayat orc gergasi yang terlantar diatas tanah itu berhati-hati.

"Okay.. lepas ni darah dia pulak.."

Satu lagi balang kaca dikeluarkan bersama dengan picagari. Tanpa bercakap banyak, Micah terus menyedut darah orc gergasi itu menggunakan picagari sebelum darahnya itu di masukkan ke dalam balang kaca baru.

"Selesai.."

Micah terus menyimpan kembali balang-balang kaca tadi ke dalam kantung dimensi miliknya.

Lycus berjalan mendekati Micah. "Nak buat apa?" Luahnya setelah lama dia memerhati dari tadi.

"Oh? Untuk duit.. hehehe.."

"Duit? Bukan duit syiling emas yang hari itu tak habis lagi ke?"

"... Adalah.. Kamu mana tahu.."

***

Hampir lima hari mereka bertiga menghabiskan masa berjalan di dalam hutan. Air botol dari kantung dimensi mulai habis. Niat mereka hanyalah melepasi hutan puaka itu dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, jalan keluar dari situ masih tidak ditemukan.

"Dah lima hari... Tapi, tak nampak satu pun jalan keluar.."  Ujar Seiko.

"Entah-entah kita sesat?" Soal Lycus. Tangannya terus mengesat peluh didahi.

"Mustahil... Kompas magik aku tak akan buat kita sesat.. Cuma hutan ni terlalu besar dan luas.." Balas Micah pula yang sedang memerhatikan jarum kecil terbang dihadapannya.

Prakk.

Perbualan mereka terhenti selepas mendengar bunyi beberapa ranting kecil berderap seperti ada seseorang yang memijaknya.

Dengan refleks yang laju, mereka terus menyorok di bahagian semak-samun, daun lalang tirus yang sedikit tinggi.

Bunyi derapan kaki itu diselang selikan dengan bunyi tawa kecil seperti suara kanak-kanak berbual dan bergurau.

Lycus berasa aneh dengan bahasa yang dituturkan oleh suara tersebut. "Oi.." Dia kemudian terus melihat ke arah Micah. Micah terus memberikan isyarat tangan untuk mereka keluar dari semak itu serentak.

"Tapi... Kaum elf tak agresif ke?" Bisik Lycus yang berada di sebelah Seiko. Micah yang melihat gerak bibir Lycus pula terus menggelengkan kepala. Tanda balasan terhadap soalan Lycus tadi.

"Aku kira sampai tiga.. kita keluar.."

Lycus dan Seiko yang mendengar bisikkan Micah mengangguk setuju.

"Satu, dua.. tiga!"

Kanak-kanak bertelinga runcing yang sedang berbual sambil mengambil beberapa batang ranting kayu disitu terkejut melihat beberapa figura yang keluar dari semak dihadapan mereka.

-"Huh? Siapa?!"

"Er.. kami.."

Saat mata mereka bertembung. -"Gyaaa!!" Tiba-tiba saja kanak-kanak elf tadi menjerit dan terus berlari laju dari situ.

"Eh? Nanti dulu! Kami datang bukan untuk mengapa-apakan kamu semua!" Teriak Micah sambil mengejar mereka dari belakang.

717 words

Adventure To The Dark Continent(Slow Update)Where stories live. Discover now